Monday, July 12, 2010

*Girls - How to apply gel eyeliner*

Dulu, masa habis belajar kalau jalan-jalan macam terkagum(?) I bile tengok
orang punya mata cantik je letak eyeliner. Bile cuba sendiri, jadi comot tak tentu pasal.

Tapi sekarang tidak lagi (^_^)V

Ok. tiba-tiba.


Ok. Harini saya nak tunjukkan cara yang senang untuk masak ayam kicap..eh cara pakai eyeliner - gel. Basically, I tak suka pensil sebab comot. Kalau peluh nanti jadi macam panda beranak 2. I pun tak suka eyeliner yang cecair sebab sebab yang sama. Comot. Untuk orang yang baru nak belajar guna eyeliner, guna yang gel is highly recommended :)

Ok. stop membebel sya.
Serius. *sambil kening sangat bertukar rapat*

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:


Mula-mula kene pastikan muka tak berminyak. Sapu la bedak atau concealer.
Sekeliling mata tu perlu diberi perhatian. Kalau tak nanti nampak cam panda.
Panda jugak yang kena (=_+)

Pastu dengan guna Benefit - pallet tu, sapukan warna brown kat kening tu.
Emm, basically ikut kesesuaian warna kulit.


Next, dengan ambik sikit gel eyeliner hitam tu, mulakan sapuan dari
bahagian tengah bingkai mata. Faham tak? Tak faham tengok bawah.
Sapu halus-halus je. Tak payah over. Nanti jadi Lady Gaga pulak.


Dari tengah bingkai mata sampai hujung. Cuba pegang berus tu dengan still.
Sampai kat hujung mata tu cuba buat line ke atas, sedikit. Kalau tak boleh takpe.
Pastu apply mascara.

Seterusnya buat kat mata sebelah lagi.
Kalau pakai eyeliner hitam dan pekat, make up untuk lips and blusher perlulah neutral.
Supaya tak nampak cam panda.
ok. panda lagi (o_O)V

Kalau salah, padam guna tisu + make up remover
I guna baby oil untuk hilangkan make up.
Tapi, kalau muka banyak jerawat, atau parut jerawat, atau jerawat batu,
make sure di conceal dulu jerawat-jerawat tersebut.
Ok?

Hasilnya :

No comments:

Post a Comment