Saturday, July 24, 2010

Saya Menang!

Masa sekolah rendah dulu, masa hari kecemerlangan sekolah adalah yang paling best. Saya tak ingat berapa kali pernah naik pentas ambik hadiah. Tapi yang paling saya ingat ialah masa saya darjah 2, tahun 1998 saya dapat nombor 1 penggal pertama dan nombor 1 penggal kedua.
Hebat kan?

Itu lah yang pertama dan terakhir
Saya dapat nombor 1 kedua-dua penggal..bleghh

Masa grad dulu saya ingat saya naik pentas ambik scroll.

*Comel kan? bini sape lah ni (sila buat-buat taktau)*

My parents was so proud of me. Best tau.
Saya graduan Universiti Malaya tahun 2007.
Walaupun orang lain bangga belajar kat Universiti luar negara,
tapi saya bangga dengan UM, sebab dia pernah jadi antara 100 universiti terbaik dunia.

Then, tak lama lepas tu saya naik pentas lagi.
Kali ni merupakan titik tolak permulaan karier saya.
Menerima surat tawaran sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik.
My parents was too, proud of that (^_^)

Lagi, yang terbaru...
...

Saya naik pentas lagi.
Saya menang acara bowling berkumpulan
3rd Place, ok!

Kejohanan Boling Tertutup 2010

Hehehehe


*saya terkembang-kembang disimbahi cahaya. Betukar jadi Gaban! Heeeeeeppp*

No comments:

Post a Comment