Friday, October 8, 2010

anak jiran yang comel

*anak jiran yang akan jadi bahan kajian subjek harini
katil buruk itu aisyah yang punya*

sebelum ni rumah sebelah kitorang kosong. tiba-tiba (ok, guna ayat tiba-tiba pulak, skema gile) ada sorang nyonya muda datang dengan laki dia yang cam omputih.

pastu diorang pun jadi la jiran kami. anak dia cooooooomel sangat. sairah nama dia.
dah nak dekat setahun dah kami berjiran. suka sangat ngn sairah. dulu dia malu-malu nak datang rumah. sekarang, pantang ibu dia lepa je gate, mesti dia masuk rumah kitorang.
sabtu ahad memang pintu rumah kitorang terbukak je.
dia pepandai je naik tangga, pastu masuk bilik i.

tapi sebab dia comel, suka main ngn dia. she's soo adorable. mungkin sebab dia tak tau nak panggil my mom ape, so dia panggil "ibu" my daddy pulak dia panggil "ayah"..

*muka kengkonon comel makan jagung sepah-sepah*


sairah boleh cakap 4 bahasa..english, mandarin, cantonese ngn malay - walaupun pelat.
tapi nakal kemain. lompat-lompat kat katil i. lari-lari. kacau ibu masak.
tapi ibu pun cair, sebab dia panggil ibu, ibu.. hehe

nak dijadikan cerita, haritu dia suruh i lukiskan gambar gajah - i memang suka melukis,kan. tapi haritu macam malas nak lukis, sebab tengah surf internet.

akak yang baik : sairah nak lukis apa?
sairah : awak lukiskan saye elephant..
akak yang baik: emm tatau la pulak
sairah : (buat muka cute)
akak yang baik : ok-ok. here is your elephant.
sairah : saye nak dia dengan mama dia..
akak yang baik: .........

ni dia hasil lukisan akak..hahahaha lawak la..cane la sairah tu boleh suka i lukis gambar...hahaha
lawak tak? please la cakap lawak. ok. diam. tak lawak sangat eh? fine. nak tido..



ps: entri harini saje guna bahasa melayu pasar, kasi google translate pening kalau
ditukar ke english

No comments:

Post a Comment