Friday, December 23, 2011

Hectic

Me mum is too busy. And she ruins her handphone. 
So that explain the no-update thingy.
Do check on me though.
Check out my car, people :)


Abah bought it for me.
It's a car powered by battery. I like cars nowadays.
Lorries draw my attention.
My uncle booked MDH 21 as my plate number.
How cool is that.

Mum is going for Askar Wataniah's course for a month, soon.
They say that they will take her handphone.
I guess I'll be missing mum so much.
But I know that she loves me so much.
She has a new breastpump now. I guess more milk for me, then. Yum.
Ok. So long~

Oh, and I am 8 months old today.
What a big boy I am.
I'm 9.12kg today :)

Friday, November 11, 2011

Post Cantik

Harini nak tanak kene update blog sesawang ni. Sesawang bukan sebab ni laman sesawang.. tapi sebab blog ni dah cam sesarang lelabah. Eh. Labah-labah. Sebab hati aku pun dah jadi cam sarang labah-labah. #apakes.

Sebab dah lama tak dapat pegang Danial :( #sedih

Rambut sikit, muka hensem :)

Okay. Tanak sesedih. (motif buat ayat jadi se?) Sebab kalau sesedih (lagi) susu tak keluar.

Harini Danial dah 6 bulan 2 minggu. Perkembangan Danial, bab mileage merangkak, camtu lagi.
Takat luruskan tangan dengan angkat pungkok je. Anakku yang bijak. Cucu manja kan.
Bunyi je sikit atuk nye dah bawak berjalan tengok 'bird'. Bab bercakap memang first class.
Pastu makan pun dah okay. Mula-Mula haritu tamau langsung makan. Sekarang okay sikit.
Tapi kadang-kadang macam lagi banyak bubur kat leher dari yang masuk mulut.

Harini dah hari ke-5 kat Kluang ni. Masa tinggalkan Danial ngan baba dia hari Isnin haritu, 
stok EBM (susu badan) dalam fridge ada beberapa je. 
Danial tumpang kat rumah Mak Anjang, dekat dengan ofis cik abe. 
Malam memang fully cik abe jaga -
 and I AM SO PROUD OF MY HUSBAND!
Malam cik abe bagi Danial EBM. Pandai cik abe aku.
 Siang memang sebab stok dah sikit, bagi Danial susu NAN. 
Haritu bagi yang free lactose, tapi ni dah back to susu lembu :(

Bile sampai kat tempat X ni, memang bawak semua botol untuk stok EBM - empty.
Pastu set dalam kepala, nak pam habis habisan so that I can replenish EBMs for Danial.
Jadual pam nye I (kejap aku, kejap I.. asal korang paham dahla).. susun camni..

5 am - 7.30 am (tapi last 2 days tak buat) - 10.30 am - 1.30 pm - 5 pm - 7.30 pm - 11 pm
dan kadang-kadang kalau tak letih, and sedar - 3 am.

Sampai hari rabu botol dah abes. Terpaksa mintak kat Aziah dengan Aini 
- kawan se pam. (sepam ye bukan sepah. ahaks).

Pastu dengan pantas
 (sekarang sume pantas - boleh bersiap dalam masa 5 minit, siap tudung berlilit lagi),
 cari online store yang jual storage untuk breastmilk.

Order Khamis pukul 10.30 am. Tetibe harini....

Yea! Storage bag dah sampai. Bukan 1, bukan 1.5... bukan jugak 2.
Tapi 3 kotak I beli uols
I beli kat sini.. Thanks puan aqilah :).
Maka dengan itu, dapat lah saya membuat stok dengan hati yang gembira
 tak sabar nak habeskan cepat storage bags tu :))
Gambar stok 2 hari lepas. Sebelum storage bag tu datang
Pehal gambar ni terbalik. aaaaaaa.
Tak pedulik.
Ngantok. Ok. Bye.
Assalamua'laikum :)



Tuesday, October 18, 2011

asimilasi

Tak faham la kenapa sekarang dalam bahasa melayu, orang akan direct translate dari english

macam asimilasi dari assimilation
inovasi dari innovation
transformasi dari transformation...

abes kalau nation? jadi apa? nasi?

duh..

nampak lebih omputih ke kalau tulis camtu..
pening aku la.
stress banyak benda nak buat.

nasib ada penglipur lara, buat penyejuk hati beta :)


Minggu depan 6 bulan, mama bagi makan ye nak oi


Sementara ni, kau makan lah hp bapak kau. handphone mama tak no-no ;p

As you can see, kitorang dah tido bawah dah sekarang.
Sebelum dia jatuh, sementelah tu la kitorang beralah. (ayat ok)


Friday, October 14, 2011

Kemuliaan wanita mengandung dalam islam

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata . Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.


Copied

Thursday, October 13, 2011

The climb

Lama tak update. Ni pun suami tersayang dah pasang 3g kat hp.
DPA bil 1/2011 dah start pada 1/10/11 yang lalu. Tengok haripun dah tau yang selama 6 bulan ni memang akan sibuk. Sebab hari pendaftaran hari sabtu, terus pegi group integration dekat kem landaian danau, jasin.

Kat sana kitorang spend 3 hari, without any electronic gadgets. So memang sangat susah untuk aku yang tak pernah berpisah lama dengan danial.

Hari-hari kot nangis bila ingat danial. Tapi sebab kesibukkan dan kepadatan jadual, memang susah nak ingat-ingat. Selama 3 hari tu, kitorang dibenarkan tido selama 30min je. Setiap hari pakai baju basah. Setiap hari bertempur dengan lumpur.

Tapi bile kite terpaksa untuk kuat, aku yang baru bersalin ceaser ni mampu je buat semua aktiviti tu, alhamdulillah. Cuma bile kene meniarap kat lumpur dengan memanjat tu aku mintak excuse.

Yang paling susah ialah masa untuk pam. Tapi sebab fikirkan danial, aku mintak je nak pegi pam. Depa takdela bagi pelepasan, tapi cut off masa makan dengan pam. Tebalkan je muka nak mintak permission untuk pam. Kalau malu, anak aku tak makan.

Sepanjang 3 hari tu aku cuba untuk tak buang susu. Ada kawan cakap kotor dan sebagainya. Freezer aku tumpang fridge kat kem tu. Terima kasih Pak Let and wife and staffs sebab banyak bagi support. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik Pak Let semua.

Apa yang aku belajar dari ibu, ialah what you said will become a dua for your children. Sekarang aku ada 2 minggu kat INTAN, before we'll be at the north of malaysia for a week of a very tough course. Jadi, for the time being, danial akan datang tiap-tiap malam untuk aku bagi direct feed to him. So far, susu dah kembali normal. Masa kat kem haritu, air mata aku lagi banyak dari susu. I was so down.

Ibu, ayah, suami dan aiman pun dah macam pegi dpa. Sayang mereka semua sebab banyak tolong dalam membesarkan danial. Balik haritu i could not cope with restocking, jadi minggu lepas danial dah diberikan formula milk. I asked my friends here, kebanyakkan bagi Enfalac A+, so setakat ni almost 5 bottles dah danial minum. Tapi still, aku berusaha making time untuk pam susu for danial.

Sedih sebab terpaksa bagi susu formula. Tapi I know that Allah knows what's best for him. Danial nak masuk 6 bulan dah, dah nak makan. I will still continue my journey even with this hard condition is stressing me to the ground. I will be rising, like a skyscrapper!

Macam faris kata hari-hari ; bertahanlah!

Wednesday, October 5, 2011

Danial with hair

What if danial has hair? Then he'll be looking like this. Hehe. Harini rasa motivated sikit. Kene stay positif. Ingat dah macam-macam benda sedih dah tempuh dalam hidup ni. Tapi sepanjang 27 thn hidup, ni la saat yang paling sedih. Memang ujian terbesaryang Allah bagi. Tapi Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya tak mampu. Kene kuat. Ni untuk masa depan danial jugak. Harap anak mummy tetap sayangkan maknye.

Bapaknye pulak..thank you so much for the comfort words. You are too, my pillar of strengths. I'm married with a superb husband! I love you so much Mohd Faris.

Ibu & ayah, harap ina akan buat ibu & ayah bangga dgn ina. I am who I am now because of you. Ina akan pastikan ina takkan sia-siakan harapan ibu& ayah, insyaAllah..

To my brother and sisters. I am at the lowest point in my life in order to strive for success. So you guys should be better! Work hard, pray hard and stay focus.

I am made out of all of you.
Danial Hamzah
Mohd Faris
Ibu
Ayah
Aiman
Ainina
Aisyah

Only words can tell.

Tuesday, October 4, 2011

.....

I don't know how others do it. But i cry every single nights. I miss my baby so much. Should i keep it going? Using my iphone

Hang in there

Mummy has to do this. Sorry for not spending enough time with you. I hope you know that you are always here in my heart and mind.....

Thursday, September 29, 2011

Check ups

Given 5 days to cater all in. Whatever. Bring it on!

Tuesday, September 27, 2011

To understand

I've been trying so hard to juggle with works, breastfeeding and spending time with Danial.
In this wee hour, every minutes count.
Like if I have to bathe it will take 30mins, if I spend 30mins with Danial, 
I could see him on his own chest.
(Tapi takde la sampai aku tak mandi)

I am starting to be so calculative about my time.
Every second of it.
Because I am afraid that I would miss watching him grows.
I am afraid that he grows up so fast that I can not keep up with the pace.

I will be leaving on Saturday. I'm sure I'm going to miss Danial so much.
But I know that he will be in good hands.
Terima kasih bu. Terima kasih ayah.
Sebab tolong jagakan Danial.

To my husband,
please don't work so hard ;P
please don't come home so very late, Danial would not see his mother once in a while.
I don't want him not to see his father too.
and
please take pictures of Danial.
When he cries, when he laughs, when he poos. (bukan poo dia)

My son's left foot - comel kan?

Danial, mummy loves you so very much.

Monday, September 26, 2011

Tak mahu berkata-kata

I've to finish doing my work, otherwise I can't take any leaves.
Not taking any leaves will leave me with not spending more time with my baby.

Sambil tido pun pegang apple :)

This week is the last week at the office.
Before my 6 months of so called 'vacation'.

Bring it on.
I hate you no matter what.
Haha.

Ok. Bai. Takde mood.

Friday, September 23, 2011

5 sudah

Say what? 

5 bulan dah anakku harini.
Tak sabar nak tunggu dia 5 tahun. hehe
Gembiranya.
5 bulan jugak dah aku tak tengok TV malam-malam.
Ber internet je la sempat.
Cam sekarang.
Anak ngan bapak dah selamat di buai mimpi.
Mak nye kene siapkan keje. 

Danial dah pandai meniarap. Undur ke belakang. Mulut pun ringan je.
Tambah pulak ada tahi lalat di bibir (macam maknye).
Ada kaitan ke tahi lalat dengan mulut ringan? haha

Tak caya ke mulut dia ringan?
Ce tengok? hehehe



Bapaknye nak tiru pun tak jadi. Booo. jejejeje

Selamat hari lahir yang ke 5 bulan Danial.
I hope you know that you're always be loved by us.
Tak lama lagi dah boleh makan bubur dah!


Ok. Sambung tido. ( Tu gamba danial 3 bulan, which explains his mitts )

Tuesday, September 13, 2011

In 3 weeks time..

In 3 weeks time, 
there will be nights when I will not be able to hug Danial goodnight..


In 3 weeks time,
there will be weekends when I will not be able to tickle Danial when he wakes up..


In 3 weeks time,
there will be days when I will not be able to direct feed Danial...


In 3 weeks time,
when Danial will be 6months and will start eating solid food, 
I will not be able to witness his first feed...


In 3 weeks time, 
there will be days when I could not manage to hold my tears,
as I will be away and miss Danial so badly....



Are you happy now, DPA?!
No matter how positive things are.. I will be separated from my 4 months old son!
What is so great about that?

O Allah, I beseech You to give me health and happiness at the earliest,
make me survive misfortunes,
and let me depart from the world (only) unto Your mercy.



Monday, September 12, 2011

Mak Datuk.. sama la pulak

Elhamdulillah *bajet arab eja camni*
Selesai sudah majlis aqiqah Danial.
Selesai dah satu tanggungjawab gua. *pehal bajet KL gangster? tampar kang*

Aku takde la buat keje sangat pon.
Cam nina cakap.
Yang bertungkus lumus mustila mak, bapak, ngan adik-adik aku.
Pastu makcik-makcik sedara sekelian.
Terima kasih daun keladi, ada kuih raya lebih, bole bagi. ahaks.
#sumpahtaklawak.

Pastu ada pulak kawan bapak Danial, post gambar masa kecik.
Muka sebijik dolah. *tetibe teringat abang dolah*
Betul. Gua tak tipu lu bai.
Ce tengok gambar di bawah.
Sama kan, bai?!


Takkan aku usha gambar Encik Anan kot time mengandung?.
*to wife anan - betul, saya tidak* - Muka takut -

Takpe. Kalau cenggitu comel la jugak Danial  bile dah besar nanti.
Danial nak tak pakai jam pink cam uncle anan?
Ahaks.
#sumpahtaklawak2

Sementelah itu.
Adik aku yg kecik dah bak balik negara asal dia harini.
Hehe. #okyangnilawak

Ada ke patut pakai kan selendang kat si Danial.
Sah-sah aku scan anak aku dulu memey Boy okay!


Takpe. Comey dop?
Mana tau nanti dapat baby girl cengini pulak.
#lawaktak?

Ha sudah mengaja anak bukan-bukan.
Kau la ni syah. 


Ok nak pegi pam susu. Bye.

Friday, September 9, 2011

Kene kuat


Sampai hari ni tak bercakap lagi pasal benda ni.
Yang keje gomen tau la kot DPA ni ape. Kawan-kawan kat luar tau tak?
DPA ni stands for Diploma Pengurusan Awam.
Bukanlah maksudnya kitorang ni baru nak grad, ambik diploma.
It's a course in the service.
 Cam benda wajib yang korang kena buat untuk jadikan kau sah dalam perkhidmatan. 
Kira macam confirmation la. walaupun dah 2 tahun setengah kau keje dengan gomen
Thus, every PTD has to attend this course.
Kalau tak, jadi Pegawai Takde Duit je la.

Waa.. nak cakap banyak lagi pasal benda ni pun, really not in the mood.
Simultaneously, I have to leave my son for 6 months.
So sape yang ada mood nak cerita pasal benda ni.

Dahla. Tanak cakap lagi.
Tapi yang taunya, I have to be strong.
Cuma harap-harap derang akan lebih moderate, 
since I rasa majority perempuan yang pegi this time dah kawen.
Dah bersalin.
And like me, dah kene bedah perut nak keluarkan Danial.
And I guess, this is the real challenge to breastfeed my son.
This is it.

Semoga semuanya selamat dan diberkati Allah.
Will tell more later.
Nak bersedia untuk Majlis Aqiqah Encik Danial esok :)
Ja!

Thursday, September 8, 2011

Cerita Raya

Sebab tak sempat nak cerita pasal raya masa 1 hari raya,
harini menaip dalam gelap nak cerita.
Sementara anak bujangku lena.

Tahun ni giliran raya sebelah cik abe.
Haruslah alternate kan. Dah tahun lepas side aku.
Raya pertama berjauhan dari ibu ayah.
ala kalau dekat pun kau bantai tido je sampai tengah hari

Tahun ni raya kedua sebagai bini orang.
Tahun ni raya pertama sebagai mak orang yang hot

Mula ingat taknak pakai kan anak bujang tu baju raya.
Anak bujangku kan rambut perang, haruslah tak tahan panas.
Duk rumah semua baju takde ketiak je. 
Tetiba raya pakai baju melayu. Culture shock jadiknya budak tu.

Kitorang tengok kat Jusco baju melayu budak RM 49.90.
Helo? kain budak setakan 1.5m je sampai 50hinggit.
Is canot is canot.
Kat nilai jumpa baju melayu RM 22.00. 
Kain cantik. Dah jumpa baju anak, carik pulak baju  bapak. 
Pastu baju maknya.

Raya pertama tu terus test pakai..
Hasilnya
.
.
.

 Memang A++.
Kacak anak bujangku :)

Dengan itu dapatla kami bergambar boria sekeluarga
dengan tema biru laut..
Omputih panggil turquoise..



Selamat Hari Raya!

Tapi bile anak kau dah angkat baju nak tunjuk six packs dia...





Dan apabila songkok yang besar dari tuannya tu dia dah rimas...



Vogel kan aje..

Pastu pakat anak beranak vogel.



Anak ngan bapak la aje dalam gambar?!
Takkan kau sanggup nak tengok maknya
Hazzab!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maap le zahir & batin.
Dari kami sekeluarga!


Saturday, September 3, 2011

Bengang tak ngan pempuan ni?!


Wah wah wah. Tajuk cam Majalah Mangga gitew.
Sebenarnya tak la sangat. Haha.
Cuma nak persoalkan kenapa beliau bergambar sedemikian.

Tajuk harini ialah: APA MOTIF?


Bergambar dengan baju kat operation theater, kalau tak silap.
Dengan Rebecca a.k.a anai-anai.
Pastu crop muka sebab nak cover rambut

.........APA MOTIF? 




Sebelum pegi new zealand, baru tau diri tu rabun.
Pastu pakai cermin mata ambik gambar
........ APA MOTIF?




Mungkin sebab stress dengan hospital routine. 
Dengan keadaan  bilik bersepah, ambik gambar dengan baju sejuk
.......... APA MOTIF?



Dulu masa belajar kat Malaysia, walaupun cuaca panas terik,
cermin mata aku dia rembat.
Sekarang dah pegi New Zealand, dah ada rayban sendiri.
Pakai rayban dalam rumah takde cahaya matahari terik
...ambik gambar
...........APA MOTIF?







Mungkin dipengaruhi oleh Twilight yang berlatarbelakangkan Alaska, pakai baju sejuk..
 ambik gambar dengan blackberry depan cermin..
....... APA MOTIF?


Yang ni I bagi korang sendiri la pikir...



...................... APA MOTIF?!

Orang dalam gambar ni akan balik Malaysia sempena raya ni dalam masa sehari.
Welcome home.
Hope you'll have a safe ride.
Future doctor, Nina.
Adik aku yang nombor 3.

Friday, August 26, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Lazy finger

I need to write. But I don't want to write.
Cik abe keje malam for the whole week. suka hate it.
Semalam ada lori terbalik dekat depan mid valley, terus sampai rumah pkul 6.30pm.
Danial dah menangis-nangis dah. Sian aiman tatau nak buat apa. 

3 hari lagi bekerja. I guess I will gain more energy after the raya holiday.
Kene re-charge time with Danial and cik abe.

Bab ambik gambar memey tak pro lagi


I made lasagna the other day. Macam addicted dengan cheese pulak aku ni.
Sedap. Tapi like life - it is not perfect. Sebab aku potong time dia panas.
So it crumbles. Tapi sedap. Tak caya sudah. Nak resepi cuba tengok post masa July 2010.

Ok. Dahla. Macam tajuk di atas, I tade mood nyah nak taip.
Tak macam anak bujang I ni.

Rajin berusaha nak meniarap dan merangkap merangkak. 



Sayang Danial ni :-*

Happy 4 Months Danial baby!


Friday, August 12, 2011

Kelahiran Danial (Part 1)


During my 3rd months - at India

Dah 3 bulan baru nak buat post ni.
 Tapi sebab baru masuk keje, pastu orang asyik tanya, 
pastu sekarang I tengah free, why not? 
*sambil meniup kuku*

5th months - at Perak

22.04.11- Friday
Siang haritu pegi makan sotong bakar la kan. Dengan hazel n fad.
 Pastu waktu isya' tetiba tergerak hati nak solat .
 *ehem biasa solat lambat sikit*.
 Waktu sujud terakhir tu cam rasa something wrong somewhere. 
Pastu turun sambung tengok TV. 5min duduk kat sofa rasa cam watery. 
Bila bangun "gedebushh" - banyak air ketuban yang keluar. 
Dalam hati HOMAIGOD, I'm freaking leaking la!. 
Laki I plak time tu lagi cuak gaban, terus kejut kan mak bapak I.
 I plak berdiri atas kawasan tak berkarpet. 
Kang marah pulak mak I terkena carpet mahal dia. Hehe.
 Then terus rush pegi Hospital Pakar Annur, Bangi. 
Kitorang kat Nilai time tu. Ada jugak tanya cik abe, 
nak ke Hosp. Serdang ke Annur. 
Cik abe kate Annur - kurang sikit risau :)


Sampai Annur terserempak dengan Dr. Khamsiah Muda,
dia baru nak balik. Waktu tu 11pm.
Dia kata terus pegi Labour room.
I time tu takut gila. Nervous. Exited. Semua la.
Perasaan cam mak mertua kau suruh masak ikan haruan.
Padahal ikan haruan pun kau tak kenal.
Padan muka kau.

8 months - at Terengganu :)
Bercanda di pasiran pantai..

Masa tu tak rasa apa-apa pun. Jadi bole la duduk ward biasa.
Sampai pkul 1.30am start rasa contraction.
Dulu cam tatau rasa contraction tu hape.
Takpe.

Bila kau dah bersalin nanti kau tau.
Sakit dia bukan macam kena gigit semut.
Sakit gile. Gile pun tak sakit camtu.
Then nurse cun kat Annur tu pasangkan CTG. I baring je la tahan sakit.
Cik abe dok tengok CTG tu. Asal graf contraction tu naik, dia tau I tgh tahan sakit.

Jadi dia pun tadela keluar kan soalan,
"sakit ke yang"
memang nak kene la kan.. 


23.04.11 - Saturday

Sampai ke subuh dinihari.
Rasanya I tido 5-10 minit je for the rest of the night.
Sebab asal nak tido, contraction. 
Dah reda, nak lelap mata... contraction.
Sakit wo. Sayangilah mama korang.

Tapi time tu memang berzikir je.
Tapi bila nurse bagi Hot Choc Cadbury dengan big breakfast,
makan tetap makan :)

Ha okay. Nanti I sambung lagi.


chow bela :)

Thursday, August 11, 2011

Bibik India


Mahal ni nak import. Pulangnya dari India ngak ketahuan jagak baby
- kenapa aku kena cakap bahasa indonesia?

Tapi bila dah seminggu dua ni, kalau setakat cuci poo poo Danial,
dia pakai jari pon boley.
Hehe.

Balik malaysia dan dan tengah birthday.
Nak pau aku le tu.
Pastu dapat flying colours exam haritu.
Nak pau aku jugak le tu.


Apapun ni la adik bongsu I.
Dah nak masuk 2nd year dah.
Tapi sakit gusi pun nak menangis cerita kat ibu.

Danial cukup suka main dengan dia.
Dua-dua perangai sama - nak attention.

Eh, kenapa aku tulis entry ni pasal kau, syah?
Hehe.
Thank you jagakan Danial. Walaupun saiz badan Danial lagi besar.

Nina? kapan mau pulang? Danial dah kenal orang hokay!


Gewdik sangat taww


Bile selak-selak belakang post ni, takde pulak gambar diri sendiri.
Dulu kan suka tergewdik (perlu ke eja camni?) ambik gambar sendiri.
Emm.. mungkin sebab badan 76kg time preggy, jadi takde konfiden?
Yeke. Banyak je ambik gambar.

Tapi hari ni nak sangat pos gambar sendiri.
Lagipun tanak ke tengok perubahan mak orang ni.
Kurang 25kg okay uols.
Ok scroll la

,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


Tengok blog orang suka buat camni, I pun nak try
,
,
,
,
,,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


*tring*

ala. malula. taknak la.
Hehehe.

Kenapa dengan aku ni. Nak kene penampar? tamau.
ok. bye.

Improvise

Ecece.. penat edit-edit header.
Ha nanti buat post baru. Dah penat edit blog ni.
Nak masuk 2 tahun dah umur blog ni.

Rajinnya i kan ;p

Saturday, August 6, 2011

New Zealand


Ini bukan cerita pasal susu New Zealand.
Tapi kisah percutian keluarga.
Bukan I.
Bukan suami I.
Bukan juga si nyum nyum Danial.

Ibu, ayah ngan aiman bercuti ke New Zealand.
Takdela bercuti tapi pegi jadi tukang masak melawat nina.

Kemain suka mak bapak i.

Ni nina. Dah besar panjang nak jadi doktor dah pun,
pun mak i still panggil "Dik Na".

Ni adik bujang i. Nak habes belajar dah.
Bakal engineer. Pandai buat bisnes. Berminat? PM me.
Hehe.

Nanti i upload la gambar-gambar kat NZ.
Trust me, NZ ada lah tempat yang paling nak sangat pegi.
Tempat dia cantik dan orang dia pun okay.

Jadi siapa yang mendapat untung terbesar melalui lawatan ni?

Our man of the match!

Kemain suka dia kan.
Shaaayang mama ni.