Monday, March 14, 2011

Menghitung hari


Berat dah bertambah. Perut makin membulat.
Kalau nak pegi isi minyak, suka pegi shell. tak suka petronas.
Kalau takde kredit kad takde orang pun tunggu kat tepi tu.
kalau shell, bole bayar kat situ, pastu orang tu tolong isikan minyak. bagus.
kenapa tetiba cerita pasal isi minyak. duhh.

Pulak tu, rezeki anak mak dalam perut ni pun murah.
Haritu beli cheese tart, dapat satu free.
"ambiklah nak, acik sedekah kat baby"....bagus anak mak.
padahal mak kau yang melahap makan.

Baby ni aktif sangat dalam perut. Kekadang kalau jalan terpaksa stop kejap.
Sebab dia tendang or gerak kuat sangat.
Macam mengikut bapak dia yang kuat main bola je.
Sian mak tade kawan kalau kau asyik main bola je nanti, baby.

Lagi sebulan lagi insyaAllah, sebelum baby keluar.
Aiman, nina aisyah gemok. korang dah bersedia ke nak jadi pakcik+makcik.
Aisyah kau memang makcik pun. Sebab gaya tudung cik embun kau.
Mesti anak aku takut dengan kau. Sebab tengok gigi pancang pancing kau.
Hahahaha...(tujuan?)

2 minggu lepas jalan-jalan pegi genting (nina+aisyah, sila jeles).
Ayah kerja. jadi kami cam biasa anak beranak tak malu, ikut ayah sekali.
Ingat nak masuk theme park, tapi please la kan dengan keadaan ni.
Jadi pegi jalan jalan je kat situ.
Bagus jugak pegi genting dengan perut memboyot. Tau la dah kawen.
Tade la orang fikir bukan bukan.

Pasni planning nak gi jalan-jalan.
Tapi dekat-dekat je la kot.

*Ikutkan hati nak je pegi tempat nina sekarang.
Ambik kau cantik gile pemandangan*

Nak makan makanan yang tak bole makan dalam pantang nanti.
Tapi cam semua aku dah makan.
Kalau tak, takkan jadi demok cam sekarang.
LOL

Semoga semuanya selamat nanti.
Amin.



No comments:

Post a Comment