Saturday, June 25, 2011

Buah hati


Hari yang panas. Bawak danial pegi check up harini.
Anak bujang i berat dah terlebey sudah. Bukan sebab mak dia sumbat dengan ayam KFC.
Sebab mak dia bukan makan ayam pun.
Berat Danial sekarang 5.5kg. Ambek kau.
Nak lawan gusti tangan ngan anak i? Tinggi pun dah mencecah 60cm.
Memang baka makbapak dia.

Harini diam pulak dia pakai topi.
Selalu marah nak buang.
KEcik-kecik pandai marah.

Tapi takpe. Harini I gembira bersama si topi biru
dan mamat berjersey biru ..

Sayang sangat-sangat dua lelaki neh :-*

*Kisses*

Friday, June 24, 2011

Kenan


Masa i mengandung dulu orang cakap jangan tengok cerita hantu nanti terkenan.
Jangan bunuh binatang. Sampaikan semut kat tepi sinki pun laki i taknak bunuh.
Tapi laki i memang camtu. Lembut hati. Kih kih kih.

Tapi masa ngandung tu i suka sangat tengok baby gemuk ni.
Chomel sangat.
Mungkinkah sebab tu sekarang Danial pun ala-ala budak ni?

.
.
.
.
.



anak bujang i ni dah pandai respon balik.
bile nyanyi kan dia lagu..dia tgk je muka pelik mak dia
laki i pun sebuk nak cakap-cakap ngn dia.
orang suruh tidurkan danial dia agah-agahkan budak tu

esok danial ada check up untuk 2 bulan.
bole kite jalan-jalan!

Thursday, June 23, 2011

phewit. hari sape harini?


Harijadi Danial!

Happy 2 months old Danial.

Nak tulis banyak-banyak pun tak sempat.
Danial tengah tido, mak dia nak mandi, bertungku, berbarut,
buat stok susu...haish.. busy woman pulak aku ni
*sambil menghembus kuku*

Danial ni makin besar makin tembam hensem.
Alhamdulillah, these past 2months dia sepenuhnya minum susu mak dia.
Walao. Produktif weh.

Masa mula-mula haritu byk komen pasal tak cukup susu.
Tengok pulak saiz badan Danial, derang cakap standby susu formula.
Tapi ibu banyak bagi galakkan.
Bile sekarang ni tgh buat stok, guna electric pump - susu lagi banyak.

Nak sambung tapi dah dengar Danial berdengus-dengus.

Wait up honey, I will always be there for you.


Wednesday, June 22, 2011

Tun M dan ibu


Senang ajo tajuk. Nah scroll di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tun M dan ibu :)
i pun tade gambar ngan Tun M

Monday, June 6, 2011

Kami

Hik hik hik

Sunday, June 5, 2011

Ayer mata kaseh



Ahad ahad camni sangat menggembirakan bila ko dah ada anak.
masa takde anak laki bini malas dah tido sampai petang...haish
Pastu bila boyfriend suami kau yang gigih bekerja ada kat rumah...
sangat seronok.
Jadi mak nya malas la sikit nak taip2...jadi harini upload gambar je banyak.
Adek adekku nina, aisyah dan aiman.. ape korang buat? cepat balik jaga danial.

Apa kene mengena tajuk di atas.
Anak lelaki I menitiskan ayer mata.

Terus laki bini nyanyi lagu
"Ayer mata kaseh..."
Sambil goyang-goyang bahu

Ape la mak ayah ko ni kan Danial...


Baju anak mak pun dah kecik.. eh silap
Anak mak pun dah membesar..
tapi sebab mak pakai kan aje..
Danial terpaksa ikut fesyen britney spears..
baju nampak pusat

Malam-malam takpe. orang tak nampak..


Hit me baby one more time!
(terus merah pipi Danial)

Friday, June 3, 2011

Kesabaran yang pendek



Doii..semalam siang danial tido 2 jam je. Stress betul badan. Susu dah bagi.
Diapers dah tukar. Saba je la. Tatau ape yg dia nak. Hai.
Waktu-waktu camni terus insaf. Cane la mak aku jaga aku dulu.
*Insaf*

Danial's growth. Dah pandai tengok orang. Tapi tade la fokus sangat.
Lagi interested nak tengok TV ngan lampu. Pastu suka dibawa berjalan.
Kulit pipi pun dah licin. Halus mulus anak mak.
Baru la nampak putih. Kalau tak haritu merah je muka dia.
Dia sangat aktif. Ayah belikan gym (bukan gym yang kat fitness first tu).
Bulat bulat mata dia main. Kaki cam biasa- menyepak-nyepak,
mengayuh-ngayuh...sebijik bapak kau, danial.

Walaupun menguji tahap kesabaran, tapi bila cium-cium pipi si tembam ni hilang
sume rasa penat. Harini dia baik you....
tu sebab mak dia dapat berblogging. Hehe.

Gambar Danial ngn kawan baik dia, Farouq Khan (anak cina pakistan tu).
Dah besar dah Farouq. Beza 2 bulan ngan Danial.
Si Danial memang tak duduk diam..Farouq diaaaam je atas gym tu.

Lagi 2 bulan nak masuk keje. *Hati berat*