Tuesday, July 19, 2011

Durian High


Ada orang kata anak laki jangan dimanjakan sangat.

Why not? Dia anak saya. Amanah saya.
InsyaAllah saya takkan beza-bezakan mengikut gender.
.
.
.
Pehal kau emo tetibe? haha.
Danial nak masuk 3 bulan dah.

Ibu dia tengah gigih ganti puasa.
Tula masa mengandung tu kekonon lapar.
Sekarang ganti la puasa.
Pulak tu last-last minit.
Sementelah baju raya telah pun ditempah awal.

Biasa la tu kan.

Eh lupa nak attach gambar danial.
Danial.
Panjang sangat ke nama tu.

Tu kan nama Nabi Danial.
Ha tu tatau la kan.
Pastu tuduh aku feeling nak namakan anak nama mat saleh
kan kan.

Bebel lagi.
Okay.
Danial. Cium cium.

Durian high.

Hoi bukan la aku bagi danial makan durian.
Dia minum susu jer.
Tetibe dia cakap sembang sorang-sorang.
Persediaan nak masuk story telling la tu cam mak dia.

Friday, July 8, 2011

Aina Pavlova


Ok. Nak taip pun kene laju laju. Sementara baby bulat ku tidur.
Harini birthday ayah. Happy Birthday ayah.
Alang-alang dah cuti bersalin 3 bulan, tangan tu nak je bake something.
Danial tido je bergerak pantas tanganku. Supermom sungguh!
* Ok. perasan *

So here goes.
4 egg whites
aku gatal buat 5, terus lembik. Tapi okay je.

200g castor sugar
I blend je gula pasir. Senang.

1 sudu tepung jagung

1 sudu vinegar

1/2 sudu vanilla essence

Gambar kat bawah

Beat egg whites tu. Sampai naik.
Pastu masukkan gula sesudu demi sesudu.
Lama-lama dia akan jadi a lil stiff.
Pastu masukkan the rest of the ingredients.

Masukkan dalam oven. Bake.
Dah siap rupa dia camni.
Silap besa aku pakai tray camni.
Pakai tray yang flat. Supaya senang kuarkan dia.

Walaupun rupa buruk....

Make up kan ada..

Ting!

Topping dia I pakai
Whipped cream + Kiwi + Seedless grape.
Be generous for the topping baru sedap!

Tak berapa kemas sebab ibu dah nak bagi cepat kat anak jiran sebelah.
Tapi boleh la.
Kalau kau tamau buat..pegi blog nani rostam. Order.
Hehe

I ada anak 2bulan dapat rupa pavlova camni.
Yours should be better!

Jaa!

Thursday, July 7, 2011

Cik abe merajuk


Kalau view page dari bulan 4 cerita asyik pasal Danial.
Mestila, tu la intan payung kan. Ulam raja hati.
Dulu berdua, sekarang bertiga. Tidur kat katil pun portion dah sikit.
Danial suka depakan tangan. Kawasan i dah sikit.
Bila terjaga malam muka mengadap Danial. Pagi mengadap Danial.
Cik abe? Pandang dia bila mintak tolong tukar kan napkin Danial.
Shiiann..

Btw. Nak wish congrats to my cousin, Kak
Jim + hubby.
Ibu + ayah tak dapat attend sblh lelaki, so me and hubby pegi.
Kesahnya cik abe diberitahu last minute katenye.
Nak wat cane kan, ada miss communication kan.
Pastu dia pun ada tournament futsal pulak petang tu.
Sebab dah kene pegi dia terpaksa pegi separuh jalan je tournament tu

Dahla sampai semi final, terpaksa bergegas balik..
Bile sampai rumah, i dah bersiap dah pandang muka dia mencuka.

Hati rasa serba salah.
Tapi sebab tanak bising-bising diam je.

Pastu i buat tatau je sepanjang majlis.
Muka dia mencuka je.
Bibir pun muncung je,
tak caya bibir dia muncung?

Nah. ce tengok


Alololo...merajuk.
Haha..
Bile tunjuk balik gambar ni..merah-merah muka dia.

Hehe. Abang pun intan payung sayang jugak.
Hehehehehehe