Friday, August 26, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Lazy finger

I need to write. But I don't want to write.
Cik abe keje malam for the whole week. suka hate it.
Semalam ada lori terbalik dekat depan mid valley, terus sampai rumah pkul 6.30pm.
Danial dah menangis-nangis dah. Sian aiman tatau nak buat apa. 

3 hari lagi bekerja. I guess I will gain more energy after the raya holiday.
Kene re-charge time with Danial and cik abe.

Bab ambik gambar memey tak pro lagi


I made lasagna the other day. Macam addicted dengan cheese pulak aku ni.
Sedap. Tapi like life - it is not perfect. Sebab aku potong time dia panas.
So it crumbles. Tapi sedap. Tak caya sudah. Nak resepi cuba tengok post masa July 2010.

Ok. Dahla. Macam tajuk di atas, I tade mood nyah nak taip.
Tak macam anak bujang I ni.

Rajin berusaha nak meniarap dan merangkap merangkak. 



Sayang Danial ni :-*

Happy 4 Months Danial baby!


Friday, August 12, 2011

Kelahiran Danial (Part 1)


During my 3rd months - at India

Dah 3 bulan baru nak buat post ni.
 Tapi sebab baru masuk keje, pastu orang asyik tanya, 
pastu sekarang I tengah free, why not? 
*sambil meniup kuku*

5th months - at Perak

22.04.11- Friday
Siang haritu pegi makan sotong bakar la kan. Dengan hazel n fad.
 Pastu waktu isya' tetiba tergerak hati nak solat .
 *ehem biasa solat lambat sikit*.
 Waktu sujud terakhir tu cam rasa something wrong somewhere. 
Pastu turun sambung tengok TV. 5min duduk kat sofa rasa cam watery. 
Bila bangun "gedebushh" - banyak air ketuban yang keluar. 
Dalam hati HOMAIGOD, I'm freaking leaking la!. 
Laki I plak time tu lagi cuak gaban, terus kejut kan mak bapak I.
 I plak berdiri atas kawasan tak berkarpet. 
Kang marah pulak mak I terkena carpet mahal dia. Hehe.
 Then terus rush pegi Hospital Pakar Annur, Bangi. 
Kitorang kat Nilai time tu. Ada jugak tanya cik abe, 
nak ke Hosp. Serdang ke Annur. 
Cik abe kate Annur - kurang sikit risau :)


Sampai Annur terserempak dengan Dr. Khamsiah Muda,
dia baru nak balik. Waktu tu 11pm.
Dia kata terus pegi Labour room.
I time tu takut gila. Nervous. Exited. Semua la.
Perasaan cam mak mertua kau suruh masak ikan haruan.
Padahal ikan haruan pun kau tak kenal.
Padan muka kau.

8 months - at Terengganu :)
Bercanda di pasiran pantai..

Masa tu tak rasa apa-apa pun. Jadi bole la duduk ward biasa.
Sampai pkul 1.30am start rasa contraction.
Dulu cam tatau rasa contraction tu hape.
Takpe.

Bila kau dah bersalin nanti kau tau.
Sakit dia bukan macam kena gigit semut.
Sakit gile. Gile pun tak sakit camtu.
Then nurse cun kat Annur tu pasangkan CTG. I baring je la tahan sakit.
Cik abe dok tengok CTG tu. Asal graf contraction tu naik, dia tau I tgh tahan sakit.

Jadi dia pun tadela keluar kan soalan,
"sakit ke yang"
memang nak kene la kan.. 


23.04.11 - Saturday

Sampai ke subuh dinihari.
Rasanya I tido 5-10 minit je for the rest of the night.
Sebab asal nak tido, contraction. 
Dah reda, nak lelap mata... contraction.
Sakit wo. Sayangilah mama korang.

Tapi time tu memang berzikir je.
Tapi bila nurse bagi Hot Choc Cadbury dengan big breakfast,
makan tetap makan :)

Ha okay. Nanti I sambung lagi.


chow bela :)

Thursday, August 11, 2011

Bibik India


Mahal ni nak import. Pulangnya dari India ngak ketahuan jagak baby
- kenapa aku kena cakap bahasa indonesia?

Tapi bila dah seminggu dua ni, kalau setakat cuci poo poo Danial,
dia pakai jari pon boley.
Hehe.

Balik malaysia dan dan tengah birthday.
Nak pau aku le tu.
Pastu dapat flying colours exam haritu.
Nak pau aku jugak le tu.


Apapun ni la adik bongsu I.
Dah nak masuk 2nd year dah.
Tapi sakit gusi pun nak menangis cerita kat ibu.

Danial cukup suka main dengan dia.
Dua-dua perangai sama - nak attention.

Eh, kenapa aku tulis entry ni pasal kau, syah?
Hehe.
Thank you jagakan Danial. Walaupun saiz badan Danial lagi besar.

Nina? kapan mau pulang? Danial dah kenal orang hokay!


Gewdik sangat taww


Bile selak-selak belakang post ni, takde pulak gambar diri sendiri.
Dulu kan suka tergewdik (perlu ke eja camni?) ambik gambar sendiri.
Emm.. mungkin sebab badan 76kg time preggy, jadi takde konfiden?
Yeke. Banyak je ambik gambar.

Tapi hari ni nak sangat pos gambar sendiri.
Lagipun tanak ke tengok perubahan mak orang ni.
Kurang 25kg okay uols.
Ok scroll la

,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


Tengok blog orang suka buat camni, I pun nak try
,
,
,
,
,,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,


*tring*

ala. malula. taknak la.
Hehehe.

Kenapa dengan aku ni. Nak kene penampar? tamau.
ok. bye.

Improvise

Ecece.. penat edit-edit header.
Ha nanti buat post baru. Dah penat edit blog ni.
Nak masuk 2 tahun dah umur blog ni.

Rajinnya i kan ;p

Saturday, August 6, 2011

New Zealand


Ini bukan cerita pasal susu New Zealand.
Tapi kisah percutian keluarga.
Bukan I.
Bukan suami I.
Bukan juga si nyum nyum Danial.

Ibu, ayah ngan aiman bercuti ke New Zealand.
Takdela bercuti tapi pegi jadi tukang masak melawat nina.

Kemain suka mak bapak i.

Ni nina. Dah besar panjang nak jadi doktor dah pun,
pun mak i still panggil "Dik Na".

Ni adik bujang i. Nak habes belajar dah.
Bakal engineer. Pandai buat bisnes. Berminat? PM me.
Hehe.

Nanti i upload la gambar-gambar kat NZ.
Trust me, NZ ada lah tempat yang paling nak sangat pegi.
Tempat dia cantik dan orang dia pun okay.

Jadi siapa yang mendapat untung terbesar melalui lawatan ni?

Our man of the match!

Kemain suka dia kan.
Shaaayang mama ni.


Tuesday, August 2, 2011

Berpisah


1 tahun 2 bulan 3 hari.
Bukan kira hari puasa yang tak berganti
Tapi,
Selama tu tak penah kena tinggal ngan laki.
Tetiba cik abe out station.
Dahla 1st day keje.

Nasib hormon dah stabil sikit,
kalau tak postpartum syndrome pulak aku.
Dengan kena tinggalkan Danial sbb nak keje.
Cik abe pulak tade.

Huuuu..

Cepat la balik (T___T)
Danial ngan mama rindu tau.
Sob sob sob