Thursday, October 13, 2011

The climb

Lama tak update. Ni pun suami tersayang dah pasang 3g kat hp.
DPA bil 1/2011 dah start pada 1/10/11 yang lalu. Tengok haripun dah tau yang selama 6 bulan ni memang akan sibuk. Sebab hari pendaftaran hari sabtu, terus pegi group integration dekat kem landaian danau, jasin.

Kat sana kitorang spend 3 hari, without any electronic gadgets. So memang sangat susah untuk aku yang tak pernah berpisah lama dengan danial.

Hari-hari kot nangis bila ingat danial. Tapi sebab kesibukkan dan kepadatan jadual, memang susah nak ingat-ingat. Selama 3 hari tu, kitorang dibenarkan tido selama 30min je. Setiap hari pakai baju basah. Setiap hari bertempur dengan lumpur.

Tapi bile kite terpaksa untuk kuat, aku yang baru bersalin ceaser ni mampu je buat semua aktiviti tu, alhamdulillah. Cuma bile kene meniarap kat lumpur dengan memanjat tu aku mintak excuse.

Yang paling susah ialah masa untuk pam. Tapi sebab fikirkan danial, aku mintak je nak pegi pam. Depa takdela bagi pelepasan, tapi cut off masa makan dengan pam. Tebalkan je muka nak mintak permission untuk pam. Kalau malu, anak aku tak makan.

Sepanjang 3 hari tu aku cuba untuk tak buang susu. Ada kawan cakap kotor dan sebagainya. Freezer aku tumpang fridge kat kem tu. Terima kasih Pak Let and wife and staffs sebab banyak bagi support. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik Pak Let semua.

Apa yang aku belajar dari ibu, ialah what you said will become a dua for your children. Sekarang aku ada 2 minggu kat INTAN, before we'll be at the north of malaysia for a week of a very tough course. Jadi, for the time being, danial akan datang tiap-tiap malam untuk aku bagi direct feed to him. So far, susu dah kembali normal. Masa kat kem haritu, air mata aku lagi banyak dari susu. I was so down.

Ibu, ayah, suami dan aiman pun dah macam pegi dpa. Sayang mereka semua sebab banyak tolong dalam membesarkan danial. Balik haritu i could not cope with restocking, jadi minggu lepas danial dah diberikan formula milk. I asked my friends here, kebanyakkan bagi Enfalac A+, so setakat ni almost 5 bottles dah danial minum. Tapi still, aku berusaha making time untuk pam susu for danial.

Sedih sebab terpaksa bagi susu formula. Tapi I know that Allah knows what's best for him. Danial nak masuk 6 bulan dah, dah nak makan. I will still continue my journey even with this hard condition is stressing me to the ground. I will be rising, like a skyscrapper!

Macam faris kata hari-hari ; bertahanlah!

No comments:

Post a Comment