Friday, November 11, 2011

Post Cantik

Harini nak tanak kene update blog sesawang ni. Sesawang bukan sebab ni laman sesawang.. tapi sebab blog ni dah cam sesarang lelabah. Eh. Labah-labah. Sebab hati aku pun dah jadi cam sarang labah-labah. #apakes.

Sebab dah lama tak dapat pegang Danial :( #sedih

Rambut sikit, muka hensem :)

Okay. Tanak sesedih. (motif buat ayat jadi se?) Sebab kalau sesedih (lagi) susu tak keluar.

Harini Danial dah 6 bulan 2 minggu. Perkembangan Danial, bab mileage merangkak, camtu lagi.
Takat luruskan tangan dengan angkat pungkok je. Anakku yang bijak. Cucu manja kan.
Bunyi je sikit atuk nye dah bawak berjalan tengok 'bird'. Bab bercakap memang first class.
Pastu makan pun dah okay. Mula-Mula haritu tamau langsung makan. Sekarang okay sikit.
Tapi kadang-kadang macam lagi banyak bubur kat leher dari yang masuk mulut.

Harini dah hari ke-5 kat Kluang ni. Masa tinggalkan Danial ngan baba dia hari Isnin haritu, 
stok EBM (susu badan) dalam fridge ada beberapa je. 
Danial tumpang kat rumah Mak Anjang, dekat dengan ofis cik abe. 
Malam memang fully cik abe jaga -
 and I AM SO PROUD OF MY HUSBAND!
Malam cik abe bagi Danial EBM. Pandai cik abe aku.
 Siang memang sebab stok dah sikit, bagi Danial susu NAN. 
Haritu bagi yang free lactose, tapi ni dah back to susu lembu :(

Bile sampai kat tempat X ni, memang bawak semua botol untuk stok EBM - empty.
Pastu set dalam kepala, nak pam habis habisan so that I can replenish EBMs for Danial.
Jadual pam nye I (kejap aku, kejap I.. asal korang paham dahla).. susun camni..

5 am - 7.30 am (tapi last 2 days tak buat) - 10.30 am - 1.30 pm - 5 pm - 7.30 pm - 11 pm
dan kadang-kadang kalau tak letih, and sedar - 3 am.

Sampai hari rabu botol dah abes. Terpaksa mintak kat Aziah dengan Aini 
- kawan se pam. (sepam ye bukan sepah. ahaks).

Pastu dengan pantas
 (sekarang sume pantas - boleh bersiap dalam masa 5 minit, siap tudung berlilit lagi),
 cari online store yang jual storage untuk breastmilk.

Order Khamis pukul 10.30 am. Tetibe harini....

Yea! Storage bag dah sampai. Bukan 1, bukan 1.5... bukan jugak 2.
Tapi 3 kotak I beli uols
I beli kat sini.. Thanks puan aqilah :).
Maka dengan itu, dapat lah saya membuat stok dengan hati yang gembira
 tak sabar nak habeskan cepat storage bags tu :))
Gambar stok 2 hari lepas. Sebelum storage bag tu datang
Pehal gambar ni terbalik. aaaaaaa.
Tak pedulik.
Ngantok. Ok. Bye.
Assalamua'laikum :)



1 comment: