Monday, December 31, 2012

The end of 2012

Lagi berapa jam nak masuk 2013, time nila celcom punya line hampeh. Time ni la cimbclicks
segala cakap busy la. Tapi sibuk kot, sebab time ni la youngsters nak gayut lama- lama macam tade hari esok. (padahal aku dengan laki aku dulu pun sama je).

Permulaan 2012 was not so great. Sebab dalam DPA. Berpisah dengan anak dan suami. Tak dapat temgok danial membesar depan mata. Masa kat wataniah bila nak tido mesti nanges. Sebab rindu anak dengan suami dengan family. Pastu sebab takut. Seram wo PUSASDA. Jadi aku pun himpit-himpit tido ngan aini. Nasib ada kawan satu kapal. Hehe.

Habis DPA 1/4/21012. Masa 8/4/2012 buat pregnancy test and alhamdulillah it was positive. Kitorang selalu tengok danial main sensorang. Tu yang niat biarla dia ada adik, jadi boleh membesar sama sama. Lagipun bila maternity leaves bole duduk rumah luangkan masa dengan danial and the baby.

Pastu sume nye jadi cepat. Sampai 8/12/12 haikal lahir. Bersyukur dengan pemberian tuhan. Dan semoga kitorang boleh laksanakan amanah ni dengan baik.

Ok tak best la post blog pakai hp. Dengan line yg lembab. Ah menyampahnya semua line telefon di malaysia!

Sebelum haikal terkuis-kuis nak susu, baik aku tido.

Happy new year!

Monday, December 24, 2012

Wednesday, December 19, 2012

All is well

Finally. My blog.

Alhamdulillah, I'd finally delivered a healthy baby boy, with almost 3.2kg and 49cm tall.
Yes. Another boy for us! And there's always another room for a baby girl, next time.. Or next year, perhaps? Haha.. (not funny)

Sekarang baru day 12th of confinement period. Less rest compare to the first baby. Sebab sorang tido sorang is seeking your attention. When both are sleeping mommy goes online shopping, then bile nak rest?

I sincerely looking like a tired old woman with hair wire hair, bau-bau jamu... So not nice.
The great news is both danials are on breastfeeding. Yeay. That helps me to lose weight just by lying down and produce them milk.

Will write later on kelahiran our second prince, Haikal.
Currently, enjoying my 3 months of full paid maternity leaves! (scream with joy)

Love it.

Me - a wife, a daughter, an eldest sister - and a mom of two joyful boys!

And I thank you Allah for the blessings :)

Tuesday, November 27, 2012

cicak

few months ago..

A is for apple
B is for ball
C is for clock
D is for door
E is for elephant
F is for flower...

Impressive. For a toddler at his age. Not going to any nursery or play house.
Just an obsessive mother, a fun father, a grandfather who takes care of him during day time, a beloved grandmother who loves him so much, an uncle who spoils him, and every now and then medical aunties.

but when he knows everyone would ask the same question over and over...
he now says:

Mama: Danial... A is for?
Danial : CICAK

Mama: B is for?
Danial : CICAK
*giggles sambil air liur meleleh*

(=____=)

Tuesday, November 20, 2012

Belum lagi..

Belum lagi... bersalin.
Hehe. Walaupun anak kedua tapi kami laki bini dok bertanya sama sendiri.. What is the sign?
Sebab masa dani haritu my water broke at 38weeks of POA. So that was definitely the sign.

Kalini macam tatau. We'll see. Doa kami semoga selamat semuanya.
Cuma persoalan yang kitorang asyik tanya, how's danial nanti.

Sekarang ni every now and then dia still looking to be breastfed. He's 19 months old now. Manja.
Dan sekarang memang sangat manja. Suka main bola dengan abah. Sepak kaki kiri.
He's our darling. Memang la kan.
Balik keje dapat peluk cium dia adalah suatu perkara yang susah nak digambarkan.
Alhamdulillah. Thank you Allah for the great blessing.

I did some readings. About having another baby. Jangan terus nak suruh dani behaves like a big brother. He needs an assurance that  he is still a baby. Kadang-kadang minum susu nak peluk-peluk pastu buat suara baby. Malam tido pun nak berpeluk.
Kadang-kadang tido atas perut abah dia. Kepala dia walaupun masam sebab asyik berlari, tapi bau tu la yang menjadi idaman kalbu.

And we are thinking of moving out from our parents' sanctuary. Still considering about house, and most importantly about nursery and about the kids. Nak yang terbaik untuk derang.. semua parents pun kan.
Harap-harap everything goes well. Amiin.

And pray for me too.. My back is aching so much now. That it's making me feel so difficult to walk... Jalan pun dah gaya-gaya penguin.. (ala kalau tak mengandung pun memang cam penguin jugak.. sigh)..

Wednesday, October 31, 2012

Back to basis

Hari pertama keje lepas 4 hari bercuti... Nothing could be better (=_=)
Kalau zaman single-single dulu perasaan tu macam malas-malas, tapi ni sebab dah ada anak, perasaan tu lebih berat pada nak tinggalkan anak..

Sekarang dok fikir-fikir pasal nak pindah dekat dengan putrajaya. Rumah siap 2014. Ada lagi 2 tahun. Nak pindah boleh bila-bila masa, tapi nak cari tempat yang boleh dipercayai untuk jaga anak tu yang mungkin ambik masa... Mintak-mintak dipermudahkan semuanya.

Bila banyak-banyak fikir mula la rasa nak ambik unpaid leave je. Ambik je 2 tahun ke. Besarkan budak-budak depan mata. Puas hati jaga anak dengan tangan sendiri. Tapi financially, tak begitu kuat. Commitment yang ada untuk saya, kereta. Cik abe pulak rumah. Kete dia dah bayar full, tade commitment lain.  Dengan rumah yang beli untuk investment...
Kalau ambik unpaid bole la hidup kot, tapi tak la jadi begitu mewah. Danial pun tade la baju baby gap setiap bulan ok.

Hmm.. Macam-macamla. Dulu nak survive untuk diri sendiri, now you're dragging along your family with you. Setiap keputusan tu akan bagi kesan kat orang lain.

Ok tu je la wednesday blues. Life goes on.....

Danial masa raya aidiladha kat kampung berisu. Sedap tido lambat bangun pagi

Wednesday, October 24, 2012

Monday, October 22, 2012

Baby food: Mac and cheese

Mac and cheese yang tamak cheese


This is a trial. Sebab bagi danial makan yang goreng. Pastu sekali dah rebus macaroni tu, buatla mac n cheese jugak. Sebenarnya mommy dia yang nak.

Kalau pegi kedai tak puas hati mac n cheese dia. Banyak msg pastu cam cair-cair je mac n cheese dia.

Baik buat sendiri kat rumah. Puas hati. Nak buat pun senang je. Yang saya buat ni simple je, kalau nak tambah turkey strip ke, udang ke, boleh je.

Bahan
Macaroni
Cheddar n mozarella cheese
Bread crumbs

Bahan untuk white sauce
Butter
Flour (tepung gandum)
Susu
Mixed herbs
Black pepper (to taste)
Salt

Methods
Rebus macaroni sampai well done

White sauce dengan macaroni yang dah bersedia nak bergaul

White sauce
Panaskan generous amount of butter, pastu tepung gandum, kacau-kacau, masukkan susu. Agak-agak je cukup dengan macaroni yang dah rebus tadi. Kalau nak dia moist, letak susu lebih sikit. Pastu seasoning.

Dah siap white sauce, letak macaroni dalam tempat nak bakar tu (sapu baking sheet tu dengan butter sikit).
Pastu pour in white sauce. Gaul-gaulkan bagi sebati.

Pastu tabur cheddar atau mozarella cheese. Sebab saya suka topping yang macam crispy, saya tabur jugak bread crumbs sikit atas cheese tu.

Cheese untuk gemukkan anak beranak

Then bake.

Dah siap tu hidangkan panas-panas.
Budak-budak pun suka makan :)

Saturday, October 20, 2012

Baby food: Fried mac

Haa dah bersarang tak update apa-apa recipe kat blog ni. Ingat nak update recipe for babies (ehem, sesuai dengan peningkatan usia).. Tapi danial dah jadi toddler pun dah.

Harini kejayaan danial makan - no more blended food. Purely solid harini. Tahniah anak mama. Kebetulan abah outstation, danial dah tido, mama pulak tak bole tido - meh kite buat post baru.

As for today, breaakfast danial makan bihun sup, sebelum hantar abah dia pegi klia, then lunch nasi dengan red snapper masak pindang, dinner pulak macaroni goreng.


Bahan
Olive oil
Tomato paste
Oregano
Minced beef
Maccaroni
Parmesan
Garlic

Methods
Panaskan olive oil, masukkan bawang putih, pastu beef, pastu seleri (tetibe ada seleri) , pastu tomato paste, pastu macaroni yang dah direbus.
Dah siap taburlah parmesan, sebab tak letak garam kan.. Ada la rasa masin-masin sikit. Oh, oregano masukkan sekali dgn bawang putih. Ku malas nak taip, sebab susah nak taip pakai ipad segala ni..

Serve hot. Alhamdulillah, danial makan dengan jayanya. Nanti mommy explore recipe lain lagi untuk danial.. Mommy loves you. Sayangnya abah tade tengok dani makan :(

Thursday, October 18, 2012

Rabu rabu

Last week danial kene demam campak. Sehari je dia demam, hari lain tgk dia garu-garu..
Then kene diarrhoea pulak. Until yesterday 3 kali dia poo-poo.

We'd been to almost 3 clinics now. Paed dgn GP. And we're keeping him hydrated day by day. He's active, like always, cuma pagi, tgh hari dgn petang dia akan poo-poo.

We'd changed his formula milk. Sekarang nak cuba tukar his diet. Danial refuse makan 100% solid food. Tapi sekarang kitorang cuba bagi dia solid for main meal.

Danial jarang-jarang sakit. Last dia demam masa saya pegi DPA. Bila dia sakit camni semua orang risau :(

Anyways, apart from that. I have another news to share. I'm carrying a baby :) currently in my 3rd semester now. Alhamdulillah.
Please pray for us :)

It has been a challenging journey. With breastfeeding danial, giving him attention and keeping myself sane.

It was all started when I noticed the unusual ounce I had bile pam susu. Normally bole dapat at least 5oz per session, tetibe drop jadi 2oz. Waktu tu risau la. Sampai buncit-buncit perut minum air.

Danial was about 11mths at that time. Balik DPA saya kerapkan pumping session. Kalau dari 8pg-5ptg, 4-5kali pam. Dapatla 4 botol x 5oz. Susu dah tak semeriah sebelum DPA, but they are still here :)

Sampai sekarang danial dah campur. Tapi saya still bagi susu badan. And hoping that after deliver I will be blessed with more production so they both can share :)

It will be great if you can manage to have a period of time before having another baby so that you'll have the commitment to fully breastfeed your baby. But, to be blessed with another baby, I'm not going to whine :)

Sekarang badan dah mengembang. Muka pun dah jadi full moon. Pregnancy kalini berat tak naik banyak mcm mengandungkan Danial. Though i still have my goodnight sleep sebab danial tido dari 9mlm sampai pagi. Less cramping feet. Nausea sikit masa early pregnancy.



Lepas deliver nnti nak pantang betul-betul dan dapatkan berat sebelum mengandungkan Danial. #berusaha!

Tuesday, October 16, 2012

Tantrum

Danial is 17 months old now : Week 4

Baca-baca about a 17mths old toddler and came across with tantrum.

Managing meltdowns
If you haven't witnessed a tantrum firsthand yet, you may very soon. Tantrums are an expression of frustration over something a toddler can't do, either physically or because it's not allowed. Mix in fatigue or hunger, and kaboom!
As much as you may wish you could soothe the savage beastie right away, there's no magic formula. A tantrum usually burns itself out faster if you act neutral or even ignore it instead of responding with a sympathetic cluck or rational explanation.
Once your child calms down, offer her a lap and a chance to regroup. Try distraction (rather than giving in to something you refused). Don't punish a tantrum. At this age, your child can't help herself.

Mommy's love kene demam campak tapi lasak as always :)
Fair enough. I blame the hormonal imbalance, selalu hilang sabar dengan Danial. Kadang-kadang sebenarnya nak lepaskan marah dekat orang lain, tapi Danial ada dia yang kena. But not to the extent of sampai nak mendera anak. Danial, sorry if mommy's not a perfect mom. But, I will try my best to provide you with eternal love and prosperity. Semoga Danial jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Tuesday, October 9, 2012

our conversation

Danial: ne abah?
Mommy: abah keluar kejaaap je, pegi ambik duit.. duit tu kite amik sebab nak beli menan, baju. tu la kite kene amik duit...(saja cakap panjang-panjang supaya dia tak dapat catch up)
Danial: aceh... (terima kasih)

Mommy: ^(@*^#(  why? nape dia faham? (cakap dalam hati)

Tuesday, October 2, 2012

Kulit sensitif

Saya ada kulit yang sensitif. Cik abe tade. Danial ada. Tapi mild kot. Cuma kalau tengah hari, pegi kenduri orang kawen telinga ngan pipi dia akan bertukar merah. Macam udang bakar - apa la mak kau kata kau udang bakar.

Pastu sebab air liur dia selalu sangat meleleh-leleh, terus banyak rash dekat leher dia. Bib? We'd tried bib. Tapi dia tak suka. Macam - apa la mama, tak cool la ada kain jerut-jerut kat leher. Sampai keadaan leher dia jadi teruk naik rashes kitorang bawak pegi jumpa pakar kulit segala. Tapi sebab maknya pun tak suka dia bergantung sangat pada cream dan ubat segala. 

Tetiba I came across this organic brand and think I should give it a try. 



Earth mama , angle baby Bottom Balm.

So far, almost 2 months guna berkesan la. Puas la kitorang pegi Paed la, Dermatologist la, akhirnya yang ni jugak berkesan untuk Danial. The best part is, selain daripada dia organic, kitorang apply 2-3 kali lepas tu surut segala eczema dengan rashes dia tu. Benda ni memang guna untuk kat bottom dia for nappy rash, tapi kalau ada rashes kat belakang telinga ke, leher ke pun kitorang apply berkesan la untuk kulit Danial.

The bad part is, benda ni susah nak cari kat Malaysia (=__=). Haha. (Kenapa gelak).

Walaupun anak aku anak jantan, tapi sementara dia baby-baby ni, perlula kami menjaga kulit dia. Hehe. 

Kan kondinali?.. (Tah apa-apa tah abahnya panggil anak kondinali, saya pun dah terikut. kon kon kon.. kondinali --- sampai danial pun nyanyi lagu ni)

Wednesday, September 12, 2012

Kelahiran Danial (Part II)

Kalau navigate kat sebelah kanan blog ni. Ada Kelahiran Danial Part I je. Pastu sampai Danial setahun, tade update. Makanya, mommy dia pun macam dah hilang feel sikit-sikit. Kalau 2-3 bulan mungkin boleh ingat.
Tapi takpe (gaya bersahaja), sambung je Part II. Sebab nanti bile Danial dah besar, dia boleh tengok blog mommy cane dia lahir. Ni hadiah mommy untuk Danial :)

23 April 2011
The journey begins

The previous night, nurse dah pasang CTG pada pukul 2:00am (22 Apr 2011). Contraction every 15mins time tu. Sape cakap bersalin tak sakit tu, tahla - mungkin nak bagi orang lain rasa positif. Tapi seriously, memang la sakit. Contraction tu rasa macam cramp kat seluruh abdomen perut. Muscle menegang. Dia akan datang for about few mins, pastu reda. Pastu datang lagi. Malam tu memang tak dapat tido. Dengan keadaan watery, sebab air ketuban dah pecah, dengan contraction. Memang tak selesa. Berapa kali nurse tukar alas kat katil sebab basah dengan air ketuban. Last time Dr. check dilation was at 11:00pm. Baru 1cm.

Pagi tu lepas breakfast, contraction makin rapat-rapat (dah lupa berapa minit). Pagi tu breakfast. Cuma sebab sakit sangat, baring mengereng sebelah kiri. Sebab selesa sebelah kiri.. tatau apsal. Tengok cik abe pun kesian, tak dapat tido. Cuma rasa dia rilek sikit lepas dia solat. Sebab time tu la dia basuh muka. Rasa dia memang tak mandi langsung sepanjang saya bersalin.

Pukul 11:30 pagi contraction dah dekat-dekat. Ibu, ayah ngan aiman datang. Sebab dekat je kan, bangi dengan nilai. Ibu suruh jalan banyak. Tapi tahla, sebab takde pengalaman dan kurang pembacaan ataupun dengan keadaan yang tak selesa saya lagi banyak baring je. Silap kot kat situ. Pastu Dr. Khamsiah datang check CTG dan cakap saya akan dibawa ke Labour Room (LR). Perasaan camtu cam "eh, aku dah nak bersalin dah ke?". Baby pulak, mungkin restless dengan keadaan contraction yang pushing him tightly, kadang-kadang kalau dia tak gerak, saya jadi risau.

Few mins pastu nurse bagi ubat untuk masukkan tru anal. Ubat untuk membuang semua benda dalam perut. Tak sampai beberapa min terus pegi toilet. Haha. 2x jugak pegi. Bersih perut. Hehe.

Pastu derang bawak pegi LR. Dalam LR tu lagi la perasaan berdebar sangat. Cik abe pun muka cuak. Cam dia pulak yang nak bersalin. Pastu Dr. check lagi dilation. Tade progress, walaupun contraction dah rapat-rapat. Tak silap time tu yang check Dr. Anita. Then dia suggest saya ambik induce. Ngan sebab keadaan yang sakit tu dia suggest jugak ambik epidural. Time tu ada kawan yang bersalin cakap lepas ambik epidural dia rileks sikit, dilation cepat bukak. Mungkin sebab terfikir nasihat tu, so I said ok.

Induce. Pastu Anaest datang masukkan epidural. Pastu baring. Pastu dah zuhur. Cik abe g solat zuhur. Pastu cakap "yang, nak milo". Nurse ambik sample darah.

Lepas cik abe balik solat zuhur saya rasa badan lain macam. I was so cold. Cakap kat nurse suruh perlahan kan air-con. Nurse perlahankan. Few mins pastu I was shivering. Teruk gile menggigil. Nurse cakap normal, mungkin sebab kesan epidural. Pastu cik abe tutup terus air-con dengan selimut dah tambah berapa helai tah.

Still, menggigil teruk sampai terketar-ketar mulut. Cik abe yang tengok CTG dok diam je kat tepi. He didn't say a word. Tapi I knew, something was wrong. Dr. Fatimah datang. Cek dilation. Tengok CTG. And she said "ok, tak cantik".

Dilation was 2cm. Poor progress. Baby's heartbeart jadi tinggi, dengan contraction pulak jadi slowing down. Dia tunjuk and explained to me and cik abe. Pastu tunjuk graf yang cakap darah putih saya dah start banyak. Menunjukkan ada infection was going on. I was infected. And my baby was at risk.

Masa tu macam sangat-sangat sedih. My baby was at risk. I was having a high fever. Temp badan dah naik. Dilation pulak tak berapa. Biasa kalau 1st baby dilation memang slow. Tapi sebab air ketuban dah pecah, plus infection lagi, Dr. Fatimah bagi 2 options.
Option #1 : is to wait for the dilation. Boleh tunggu until 24hours since last air ketuban pecah. Tapi apa-apa yang terjadi was purely under my decision.

Option #2 : is to do an emergency LSCS (lower segment ceasarean section). Which takde sapa pun rasanya yang nak option ni kalau saja-saja diberi pilihan.

I stared at my husband. Thinking of the bills that we are going to pay. Not my condition. But purely about the safety of my baby and how much would it cost us. Huhu..

Dr. Fatimah suruh fikir dulu, sebab dia nak pegi operate ada patient lain. Tapi belum sempat dia keluar we'd say ok. Kitorang nak option #2.

Then terus dia kata, saya akan dibedah dulu sebelum pt. tadi. Jadi, procedure untuk operation pun dimulakan. Anaest pun dipanggil balik. Derang tukarkan baju semua pastu tolak masuk operation theater.

23 April 2012
 App. 3:20 PM

Sejuk sangat. Tu perasaan pertama. Dengan lampu bulat atas kepala. Cam dalam cerita Grey's Anatomy tu. Macam rasa dalam bilik mayat yang selalu kite tengok dalam CSI pun ada. Haha. Anaest cek kaki, perut. Dia kata ada rasa apa-apa tak? saya cakap tak.

Pastu Dr. Fatimah cakap "ok, kita nak mula operate. Tadi dah minta maaf dengan suami"....saya cakap "err... dah" (last time I saw cik abe with his teary eyes..... walaupun  belum genap setahun kawen, tak penah nampak dia nanges tau).

Pastu rasa badan tergoyang-goyang. Doktor kata baby baring sebelah kiri. Pastu derang try tolak supaya dia pegi ketengah.


23 April 2012
 3:45 PM

Rasa macam badan ringan bila Dr. tarik baby keluar dari rahim. Macam mula-mula kene himpit dengan bantal, pastu orang angkat bantal tu. Lighter. Tapi diam. I was expecting cries, macam dalam cerita kat tv. Tapi silence. Dalam hati terus doa "kalau apa-apa jadi kat saya takpela, tapi biarlah baby saya selamat".
Dr. Fatimah kata "assalamua'laikum" dekat baby tu. Pastu cakap kat saya "Ok Syarfa, it's a boy. He's having a fever and we're going to rush him to NICU"........ sedih.

Lepas tu saya tatau apa yang derang buat. Tapi saya tak bole cakap sangat sebab macam pening. Sebab masa derang operate tadi tetiba saya sakit pastu anaest tekap je hidung saya dengan bius sedut. Terus loya dan muntah kat bantal. Hahah. 

Dah siap-siap tu derang tolak saya keluar. Dok bawah lampu jap. Doktor bius tu suruh selawat banyak-banyak. Monitor saya lebih kurang 30min. Tapi saya cakap "mana anak saya". Doktor bius tu pun cakap kat nurse "patient nak tengok anak dia". Nurse kata baby kat NICU lagi, Dr. Khairul (pakar kanak-kanak @paed) tengah attend anak saya. Sedih lagi. 

23 April 2011
All is well

Pastu tetiba ada jejaka pakai baju t-shirt hitam sambil pegang beg pink (beg bini) datang kat saya. Sroot sroot.. dengar dia sedut hingus. Ngan gosok-gosok mata. Ingat orang tak nampak ada air mata. Heheh.
Laki mak la nyah. Masa dia datang tu saya pun tatau. Tapi saya pun nak nangis jugak. I think that was the most emotional experienced we had so far as a married couple, because at that particular time - WE ARE PARENTS!

Saya malu kan sebab ternanges. Jadi pura-pura lelapkan mata. Konon cam koma la. (Pengaruh drama melayu kuat sangat - padahal kan half bius je). Tapi bile kite lelap mata tapi nanges kan air mata keluar pulak. Dalam hati cam...damn.. keluar pulak air mata, malu..

Tapi sebab sambil lelap mata tu dengar dia tarik-tarik hingus tu, tau la cik abe pun tengah nanges lagi. Tapi pastu dia pegang kepala ngan tangan saya "yang.. nape nanges. semua dah okay. Baby pun sihat. Anak kita sihat" Time tu cam nak bangun kan dari katil gi jalan tengok anak. Tapi apakan daya... aku lumpuh separuh badan sekejap.

Few mins pastu nurse bawak masuk baby. I said assalamua'laikum sayang. Ni mama.. Pastu nurse dekatkan baby dekatkan pipi baby. Dapat rasa pipi dia panas. Betul la, dia demam. But he looks healthy, waktu tu cam tak percaya. Anak aku? I'm a mother? aku yang basuh baju malas, masak malas - A mother? Seriously?


Ok. Cerita nak habis dah

Pastu dah okay semuanya derang tolak balik saya masuk ward. Pastu mula-mula nampak muka bapak aku. Pucat je muka dia. Alangkan kalau ada orang marah aku bapak aku naik angin, ni kan tengok anak dia terbedah segala. Muka ayah risau sangat. Pastu ibu. Pastu aiman. Time tu rasa nak nanges lagi. So cepat-cepat lelap mata konon macam tak sedar. Pastu nurse tu kata "dia sedar". Ceh nurse ni...spoil betul!

Pastu camtu la. Dok hospital 4 hari. Sebab sehari lebih tu tunggu result darah Danial. Bila dah okay semuanya Dr. Khairul @ paed panggil cik abe sebab dia nak explain tentang kesihatan Danial. Bile cik abe kata semuanya ok. Cuma mungkin Danial tak bole dipegang-pegang dulu sebab takut infection. Jadi derang dah bagi dia susu formula. Sad.

Tapi esoknya. He's okay. Saya masih lagi tak okay. Menggigil okay nak bangun. Tapi sebab kene jalan jugak bagi menggelakkan blood cloth kat kaki. Cik abe la mangsa kene papah. Cam nak tercabut tengkok dia aku pegang. Pastu lepas guna toilet dia la yang kene bersihkan. Darah bini serta tinja yang ada kat toilet tu. Huhu.

Ok tu je la kot. Panjang dah ni. Terima kasih kat semua yang datang masa tu. Nak jadi cerita hp aku start pada masa air ketuban pecah sampai 4 hari tade bateri. Jadi takde la nak msg2 bagitau. Terima kasih pada ibu, ayah ngan adik-adik yang sentiasa bagi moral support. Abah ngan adik-adik ipar. 

Nak terima kasih panjang pun Danial dah setahun. Sekarang asyik berlari ke hulu ke hilir. Tatau apsal. Nak kata gula lebih, tak de plak aku kasi dia makan gula. Ok tu sambung kemudian.

Mengandung, melahirkan semua tu pengalaman yang paling best seumur hidup. Patut la boleh mati syahid kecil kalau mati time bersalin. Tapi membesarkan anak pun cabaran jugak. Tu la cabaran sebenar. Semua tu tanggungjawab yang diberikan oleh Allah yang satu. Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam membesarkan anak masing-masing. Amiiin.

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

Anak bujang aku konon penat balik semayang raya. Padahal mengamuk tanak keluar bilik air time mandi kat perigi.

Dah nak masuk 2 minggu raya baru nak buat post. Lately post macam siput sebab tatau nak tulis ape. Tapi okla tu, bulan ogos je dah berapa banyak pos. Mintak-mintak nuffnang pun bertambah la hendaknya. Bole buat beli tudung. Haha.

Raya tahun ni beraya kat Melaka. Sebelah saya. Pastu raya kedua dah balik sebelah cik abe. Tema tahun ni merah. Semangat ibu saya buat tema sebab tahun ni anak-anak yang jauh diperantauan balik Malaysia beraya. Nina punya flight delay almost a day. Aisyah pulak sampai pagi raya. Kira beraya la jugak tu. Danial pulak terlebih over sebab macik-macik dengan abi dia semua ada nak melayan dia. Kalau tak tengok muka mama je.
Danial dengan abi.  Baju melayu dani tu abi dia tempah lagi..
Bile abi dia balik dari Langkawi, penuh la peti ais dengan coklat-coklat. Nina balik Danial dapatlah koleksi buku. Cantik buku tu (nanti tuan tanah upload gambar), pasal bedtime stories. Meleleh air liur Danial kalau bukak buku kecik tu. Aisyah sampai pagi raya tu Danial dapat book lagi. Belum sampai seminit, dah tercabut kepala katak (sebab buku tu pop-up book). Anak aku culture shock dengan buku pop-up. Sebelum ni buku kulit keras ja.

Men in the house. 4 lelaki 4 perempuan dah sekarang.

Raya ketiga mama dah start keje. Tinggal cik dani dengan abah and the rest of the family.


Haa?! Dapat duit raya?!! (Gaya berlakon danial dapat duit)








Ok kene simpan duit raya sebelum mama ambik buat beli beg "jurulatih" kikiki..

Tu je la cerita raya. Tak sempat lagi nak beraya ke rumah sanak saudara. InsyaAllah minggu ni kami datang :)

Alhamdulillah. Semua ada di pagi 1 Syawal 1433H.
Semoga kita dipertemukan dengan ramadhan dan syawal yang akan datang.

O Allah on this day make my fasts of those who fast (sincerely),
and my standing up in prayer of those who stand in prayer (obediently),
awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins,
O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.


Monday, August 13, 2012

Howt..

Assalamua'laikum..

Yea. Banyak masa nak blog these 2 weeks. Oh, minggu ni minggu terakhir Ramadhan. Kejap je semuanya berlalu. Pelik kan. Semua benda jadi dengan cepat. Tanda-tanda akhir zaman.

Anyways, last weekend memang sibuk betul. Kitorang buat pembersihan bilik tido secara total. Barang-barang dari rumah putrajaya dah di angkat, last week letak je barang sepah-sepah. Minggu ni sebab tak pegi mana-mana sempat la kemas hari Ahad tu. Sabtu cik abe keje setengah hari, kalau berdua je dengan Little Mr. tu memang mommy nya tak dan nak kemas. Kita lipat baju dia sibuk nak tolong angkat. Kita nak ampai baju dia sibuk nak pegang baldi. Kita masak kat dapur dia sibuk nak tengok. Maknya sapu rumah pun kene dokong dia sambil sapu. Bila dia tido, time tu la dapat rehat. Haha.

Sahur hari Sabtu bangun tengok jam dah pukul 5 pagi. Cepat-cepat masak nasi. Telur dadar dengan sambal ikan bilis. Bukak puasa kat Langat. Pastu sahur ahad dua-dua tak bangun. Berbuka masak sambal sotong, pak choy dengan telur dadar lagi. Haha. Sebab dah penat mengemas. Tapi alhamdulillah, penat-penat masak, pemandangan ni la yang paling best:

Tak membazir langsung.
Air cik abe buat air cincau.. siap buat air gula :)

Dah banyak dah vocab Danial. Sekarang me and cik abe kalau nak berborak depan dia kitorang cakap pun hati-hati. Sebab dia dengar pastu kalau dapat catch up few words dia akan repeat apa yang kita cakap. Jadi kadang-kadang kalau cik abe tengah bawak kete nak curse orang ke kene eja. Hahaha.

Selalu kitorang cakap je.. penggosok baju - Hot. Bila dia masuk dapur tengok kuali - Hot. Thermos - Hot.
Pastu last week maknya bagi susu pastu dia minum dia kata "Howt". Bunyi dia macam orang putih cakap hot.Ada slanga lagi. Haha. Mula-mula tak faham, sebab underestimate la kan dia nak cakap. Pastu dah 2-3 kali dia sebut, baru maknye respon " oooo, hot ke sayang?". Haha.

Semalam dia pegang tepi peti ais pastu bagitau maknye "howt". Haha. Rasa nak cium-cium je pipi tu kalau dia cakap hot. Sebab comel sangat. Haha. (kenapa semua ending paragraph ada Haha?)

Cuma bila dia dah besar dia dah banyak perangai dia. Kadang-kadang bila badan dah penat, macam hilang jugak sabar ni bila dia meronta-ronta nak barang yang kita tak kasi. Macam Sabtu haritu pegi MidV bawak stroller, dia nak turun dari stroller pastu sepanjang jalan tu dia nak tolak stroller tu sendiri. Kalau dia nampak kita pegang dia marah. Orang dah la ramai. Aduyaii.

Kadang-kadang bagi je dia apa yang dia nak. Tapi lepas dah dia leka-leka tu baru bagitau, this is bad. Tak elok. Mama ambik okay. For sure dia marah. Tapi at least maknye dah bagitau.


Macam dalam gambar ni....

(=_____=;)
Mama yang "howt" sebab kene kemas.

Thursday, August 9, 2012

A premature baby's story


22 years ago ayah took me and Aiman to a private hospital (Hospital al Arqam) in the middle of Kuala Lumpur city by his old motorbike from our kindergarden.

When I arrived at the hospital, ibu was not in my memory picture at this time, but ayah asked us to look at this small premature-red skin baby lying on a glass. With some sort of cottons covering her eyes. She was very tiny, and shivering all the time. Ayah told me that is your little sister. Say 'assalamualaikum to her'

She was a premature. tiny. Like the size of ayah's palm. Then I remember the doctor had to transfer the baby to Hospital Kuala Lumpur. Because of the facilities at the private hospital were limited. The doctor held the baby herself from Hospital al Arqam to Hospital Kuala Lumpur during the journey.

Ayah and ibu prayed so hard hoping the baby would survived. She was so little. That I still can remember clearly. And I also remember that ibu was also crying. And ayah would stay by the bed with ibu.

I was small. All I could remember was playing with aiman, and my 2 years old sister nina.

The baby survived. Think ibu and ayah, aiman and nina and me give so much love to the little baby. And I remember that few years later ibu got very ill she went back to the hospital (she had a miscarriage later on).

The 4 of us
Perhaps I'd deleted some memories of growing up. (haha)
Because I remember aiman more in my memories because of our close birth.
Nina was closer to the youngest baby.

All I can remember is she was small. tiny. Ayah had to force all of us drinking milk and eating half cooked eggs every single day, because he was afraid that people would think that he didn't gv us sufficient nutritious food to eat. Chubby is better.

I remember one day she came home with a trophy bigger than her size. It was her winning of 1st place in a chess competition in Selangor. Ayah always taught us chess since we are little. But none of us really took that game seriously. But our youngest baby stole the limelight. Then she came home with 5As for her UPSR. I was at her school with ibu at the time. Ibu cried, again.

Then she studied at this Sekolah Asrama in Kepong. During her PMR result, ibu and ayah had to perform their Hajj. So I was there during her PMR result. She got 9As (I think) out of 10? Haha. But 1B. And she cried.
(I was thinking to myself....duh, satu B pun nak nanges. Aku PMR dulu ada C lagi-- Bahasa Arab. Haha)
Then SPM. Yea. She got 10As kot. Mostly 10A1..ke 11 ke 12 ke ada A2. tapi A la. Hahah.
Boringnye bab ni.


We don't have any resemblance at all. I'm prettier. Of course =P

Now. She is studying far from home. Far from ibu. Far from ayah. She is going to be a Medical Doctor in 3 years to come.

That's my premature sister doctor to be holding a premature baby now.

That's my premature sister. Nur Aisyah Zulkeplee. And 22 years ago, on this day, she was born. Stealing ibu and ayah's love. Because she is the youngest, and I am the eldest. How I envy that.

Happy Birthday premature sister. I don't know what's the best present to give you now. You are so old. I wish I could give you a card or recycle stuffs as a present to you, like I normally did. Haha.

All of us. Few years ago. Since then, it's really hard to gather all of us in a picture.
They are in parts of the world now - to make our parents proud.
ps: Hey I was thinking of doing an entry about my brother, Aiman. But when I post his picture or whatsoever, he would text me and say "delete it". That's our only brother.


Homemade Carbonara


Yea~ finally jumpa resepi creamy carbonara. Ok. Mesti korang rasa cam la senang je. Tu pun nak kecoh.
Aah.. memang kecoh, sebab iols baru tau cana nak buat dia. Takyah pakai Prego-prego.
Sebab nak bagi Danial makan kan, jadi takde la bagi makanan dalam tin.

Resepi dapat dari Miemarco. Haha. http://perutkeroncong.blogspot.com/
Tu link kat blog dia. Tak sangka pandai si mi ni masak. Ingat tau tunjuk kedai makan je.
Opps. Jangan marah eh. Sya curi resepi mi tau. Hahah.

Untuk Danial I tambah celery, dan kurangkan black pepper. Tapi letak jugak sikit. Biar dia belajar sikit rasa black pepper.

Bahan-bahan:
Unsalted butter
Cream - rasa pernah dulu pernah tengok orang guna susu.
Celery
Spaghetti (I use spaghetti since the little Mr. likes spaghetti so much)
Herbs - oregano + basil (tapi takde semalam, jadi tak letak pun)
Black pepper
Garlic
Holland onion
Parsley
Parmesan for garnishing
Sausage/ meatballs/ udang / sotong
Cili api - untuk mak nye

Methods:
1. Heat pan
2. Butter
3. Garlic + onions - yang dipotong-potong
4. Masukkan sausage ke meatball ke - I like to use sausages
5. Celery
6. Cream
7. Black pepper + herbs
8. Stir
9. Masukkan spaghetti yang dah masak
10. Stir

DONE!

Serve hot, garnish dengan cili api, parsley dan parmesan cheese.
Senang kan. Lagi sedap dari pakai sos yang dah siap dalam tin. Ambik gambar bagi kat cik abe, dia kata malam tadi nak order satu tapi dia tetido, chef tak bertauliah pun tertido. Malam ni sayang buat k :)

Danial sausage tu dia kunyah-kunyah buang.

Wednesday, August 8, 2012

Outdoor baby

Assalamua'laikum..

Semalam petang cik abe bukak puasa kat luar. Pastu tengok matahari pun elok menyinar, jerebu pun dah takde nampaknya. Asyik atuk ngan nenek dia je yang bawak keluar, mommy pun bawak la Danial pegi playground.


Dia suka bebas. Tamau pegang tangan. Kalau kita kejar lagi laju dia lari. Kekadang kita nak dukung dia time nak lintas jalan tu dia bantai meronta-meronta. Malu mak =__=;

Main gelongsor suka panjat dari bawah ke atas. Gambar kat atas tu beberapa tapak ke atas tersembam ke lantai gelongsor. Gelak-gelak tapi terus memanjat. Sanggup gelak. Sebab kalau nangis mama dia dah angkat balik. Politik betul.

Lagi 2 minggu dah nak masuk 14 bulan. Jadi sebab mak nye kejap ada kejap tade ber blog, buat entry awal-awal. Minggu ni pun dah minggu-minggu terakhir Ramadhan. Sekejap je. Anak membesar pun kejap je. Dr. Halina pun dah nak bertambah sorang anak dah. Tahniah. Tetibe. Danial pun dah nak dapat kawan dah tak lama lagi, insyaAllah :)

Raya tahun ni giliran sebelah iols. Adik-adik di perantauan, akan balik semuanya. Alhamdulillah. Tak sempat lagi beraya time semua ada. Kali ni bole la kita ambik gambar banyak-banyak. Mesti lagi gewdik Aisyah buat entry. Haha.

Selamat berpuasa dan selamat beramal..

Tuesday, July 31, 2012

Birthday's video

Hah, baru figure out how handy it is with this apps.
It's fun too. Pasni mesti si aisyah tu sibuk nak buat jugak. Blergh.


Danial's Birthday Celebration Slideshow: Capa’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.


Selamat Berpuasa!

Monday, July 30, 2012

London Olympics 2012

Dah takde idea nak tulis tajuk apa. London Olympics 2012 je yang teringat. Haha.
Lama tak update blog dah. Orang buat blog, kau buat blog, update nye hampeh.

Aisyah balik bercuti 2 weeks plus. Jadi sorang reader dah takde takyah la nak update sangat cerita pasal danial. Nina pun sibuk kot. Mungkin tambah lagi sorang, Aiman sebab dia sekarang keje over the river. Kat Langkawi. Salam perantauan kan adik-adikku semua. Aku jugak yang berkepit bawah ketiak mak lagi. Bukan tu je, ajak sekali laki ngan anak. Hahahaha. Tak kelakar.

Ni Ramadhan kedua Danial. Last year he was about 4-5 months old. It was easier back then. Sebab waktu tu he only stared silently. Not much moving. Sebab baru pandai meniarap. Jadi abahnye yang makan sebelah sambil pegang anak sebelah. Bab tu laki mak memang dah expert. Tahun nii......... Danial is being Danial.

Kejap nak duduk kat baby chair dia tu. Kene pulak bagi pinggan siap dengan sudu. Kalau kosong tamau. Kene letak sikit-sikit nasi ke lauk macam kita makan. Pastu bila orang minum air, dia punye pun kene ada.
Pastu duduk dalam 15minit, dah terbarai semua makanan dia, dengar jiddi ngan jiddahnya solat dia pulak nak turun dari high chair tu nak pegi tengok orang solat. 

Dah tengok kejap, ajak pulak main ball. Kalau abahnye ada, sian jugak laki aku makan sikit je. Sebab nak melayan kerenah anaknya. Mama? Mama dia terus je makan. Baik kan laki i. Miumiumiumiu 

Tapi ni cik abe outstation, kena la entertain Danial. I know. He's just trying to seek some attentions. Especially when I'm home. Kekadang mama dia pegi toilet pun dia sibuk ketuk pintu. Adoiyai. 
Kalau dulu dia tau pakai tudung je nak keluar rumah, sekarang kalau tukar baju dengan seluar pun dah tau maknye nak keluar.... mungkin sebab buruk sangat baju aku kat rumah. Hehehe.

Sekarang kegemaran utama ialah vroom vroom. Dah ajar banyak kali cakap motor, 2-3 kali ikut, tapi kalau bangun tido terus vroom vroom. Yang melayan selalu jiddi dia, abah dia dengan abi kalau aiman balik dari langkawi. Bagus-bagus. Sebab mama tak pandai bawak vroom vroom. Hihi. Dapat mama baring-baring sambil tengok Criminal Minds. Kikiki.

Ok. Sebab dah buat tajuk pasal Olympic ni kan. My all-time fav games are gymnastics dengan swimming. Yeaaa! (kenapa bile sebut swimming je bertukar excited).. Dari kecik kot, kalau dua acara ni mesti nak tengok. Semalam tengok preliminaries swimming, Danial pun tertengok. Pastu sebut "air.. air". Oh dah berapa minggu tak bawak dia swimming. Pas raya la kot, kang mama swimming sambil minum air nanti...


Nah. Nina and Aisyah: This would explain how hard it is now to take his picture!
Just imagine if we have TWO DANIALS! Hahahahaha.

Monday, July 16, 2012

Baby baby

Harini penat menulis ngan perah otak. Jadi nak menulis yang tak payah pikir pakai otak sangat. Hahaha.
Tadi tengok gambar dalam handphone cam dah 1000 lebih. Pastu nak delete, cam banyak sangat. Bile tengok gambar-gambar.. lor, haruslah si danial punya gambar yang penuh dalam hp mommy. Kalau hp abah dia.. ermm tatau gambar sapa yang banyak, gambar car parts ke gambar anak dia? hua hua hua.


Danial masa baby baby. Sekarang pun baby jugak.
Tengok gambar tu how time flies. Dulu Danial baby-baby. Dokong kemana-mana. Dalam perut lagi senang, tengok wayang, jalan-jalan boleh bawak bersama. Sekarang dia dah berjalan kesana kemari, ikut angin dia. Nak dokong pun susah sebab dia tak suka orang peluk-peluk dia. Cuma lately ni dia memang kuat mencari perhatian mommy. Maybe because he feels insecure. I guess he has the instincts already. Good boy anak mommy.

Masa ni 36 weeks kot.
Common conversations we always have with my hubs are about how shallow our knowledge were about our newborn. Macam masa mula-mula nurse kat An-Nur tu bawak Danial kat mommy, terus tanya hubs, nape tangan anak kita kedut-kedut. Bila nurse tu ambik Danial balik, saya tanya nurse "nape tangan anak saya kedut-kedut?".... nurse tu senyum je sambil cakap "first baby ye puan? baby baru lahir memang camni".. hihi.
Mana saya tau... huhuhu.

Hm. pasni insyaAllah, at least we have learnt at least one step more about newborns. Ok nak balik dah. Japlagi boleh jumpa Danial, walaupun dia dah tido. Mommy sayang Danial XOXOXOXOXOXOX darab 1 juta dan lagi dan lagi dan lagi...

Saturday, July 7, 2012

Missing Danial..

Aduhai, rindunya buah hati mummy ni.
Apparently, mummy has to work far from Danial. Alone. (Sebab tu ada masa nak update blog).
Sejak habis DPA haritu  rasa tak pernah lagi tak jumpa Danial within 24 hours. Sebab tu sejak habis DPA, pastu mula kerja, I would do everything so that I could be with him at home. Rehat 1 jam pun berusaha balik sebab nak tengok dia. 

Habis kerja tengah malam pun berani kan diri bawak kereta sebab nak tengok Danial tido. 
I wouldn't want to miss watching him grows so fast. 
But I hope he'll understand later that I'd to do what I've to do for him jugak. All for him.
Now that he is on his feet with walking in a fast mode, lagi la rasa macam cepat nya dia dah besar. 
Pastu sekarang dah boleh tiru apa kita cakap. Aisyah is home. Ada la kawan Danial. Haha.
Haritu Aisyah cakap "membebeeeel aje" Danial ikut "beel  je". Hua Hua Hua.

Em nak cakap apa lagi. I want to go home (T_____T) tsk tsk tsk.. (tsk tu bunyi nanges tau).


Thursday, June 14, 2012

Slumberland

O ni bukan cerita pasal tanah yang slumber. Nak cerita pasal ikon slumberland - big polar bear tu..
Haritu petang nak bawak anak aku balik. Dia ni kekadang okay je dok dalam car seat tu. Kekadang nak main remote control kereta tak dapat tu yang meragam-ragam. Kekadang layan jugak, cam nyanyi lagu "Baba Black Sheep" sebab dia ikut tang "Ba-ba, Ba-ba". Kekadang kalau maknye dah naik angin buat tatau je. Tapi kejap je pastu pujuk la dia balik.

Captured by Nina

Petang tu dia dah poo-poo. Pastu mama dia takde pulak bawak pampers lebih. Si danial ni penggeli. Kalau poo-poo kene tukar dengan kadar segera (kau saje je kan). Sebab dia tak selesa. Tapi dah kata tak bawak kan. Tak bajet pulak dia poo-poo petang. Selalu pagi atau tengah hari. Pastu on the way balik rumah mula la semua benda tak kena. Duk dalam car seat tu pun nak guling-guling kan badan macam walrus. Dengan kelantangan dan kegarauan suara dia. Adoi. Mau depression mama dia. Not easy, not easy.

Tengah cranky-cranky tu tetiba dia buat bunyi lion dia.. "Aumm.. Aumm".. Dalam hati. "Eh, pehal anak aku  ni" Pastu pusing tengok dia tengah tengok papan iklan tu. Papan iklan tu ada gambar minatang ni:

Horse hair? Really?

Polar bear. Ahahaha. Polar bear bunyi cam lion eh? hahahah.. Sebab ada Animal punya flash card (with animal's sound) dalam keitai aku ni. Ada lion, bear, monkey, penguin, piggy, bunny, horse dengan ducky. Lion is his favourite. Dah tau dah. Tetibe bear pulak bunyi macam lion.


Hahah. Tapi alhamdulillah, lepas nampak signboard Slumberland ni, in a blink, mood dia dah baik.

Masa Danial 10 bulan pun kitorang bawak dia pergi zoo. Since he likes lion so much. Tapi tau la, lion dalam zoo tu mana ada buat bunyi. Menguap-tido-termenung. Tapi bear dia were quite active and were making loads of sounds. Danial pun catch up few words lepas balik zoo tu. Macam bird la kot yang dia boleh ikut. Lion dia bole buat bunyi. Monkey bukan his favourite. Cat dia akan buat gaya panggil cat tu makan. Elephant- same sound like lion. Fish - bantal dia jiddah buat ada gambar fish. Sekarang bear is on the list. Great! 

Sometimes, happiness comes in small packages. Mommy loves you Danial :)

Wednesday, June 13, 2012

Kerja Seni

Walaupun aku ni takde la macam seni sangat orangnya. Tapi art ada la benda yang paling aku suka. 
Cumanya, bila dah jadi bini orang, jadi mak orang (eleh, anak baru sorang), dah lupa dah nak mengaplikasikan art-art kejadah ni. Art yang muncul ialah ketika mengemas rumah. Tupun sekali sekala. Kemas barang mainan anak aku selalu la.

Ayah pandai melukis. Masa sekolah dulu bila Pendidikan Seni, time tu la paling excited gilos. Ibu ngan ayah pun sangat supportive. Derang pernah masukkan aku dalam Pertandingan Melukis Berita Harian, kat Dataran Merdeka. Time tu baru darjah 3 kot. Kalau ada Family Day ofis ibu atau ayah, mesti selalu aku dapat hadiah (angkat bakul sendiri). Rasanya art ni memang naturally ada kot. Ayah orang seni. Ibu... ermm kalau masa sekolah dulu ibu lukis orang.. aku pun macam..err err... suruh ayah lukis lah. Hihi.
Pastu Aiman lukis ... emm lukis circuit tau la kot. Nina.. emm tangan dia memang takde seni. Aisyah- dia okay jugakla, tapi suka copy cat aku. Mencik. 

Cik abe, ermm kalau dia lukis orang pun.. cam aaa.. aa.. Hihi. Masa time couple couple dulu selalu la buat kad ke jadah bagi terngorat. Hihi. Cik abe lagi suka beli je art tu. Haha.

Jumaat haritu pegi MPH dengan Aini, pastu tetiba semangat nak melukis-lukis ni datang balik. I guess, it's been a while dah tak buat kerja-kerja seni. (poyo). Aku beli ni :


Dulu kan masa sekolah kalau kene beli crayon kan, aku beli yang murah je. Dalam RM2-3 je. Sebab Buncho ni at that time aku rasa mahal, pastu aku takut habiskan duit ayah ngan ibu aku. Betul. Naaak sangat beli, tengok orang pakai Buncho time sekolah dulu pun ada perasaan iri hati. Sekarang, puas hati aku. Aku beli yang 24 colours lagi. Ambik kau. Mandi Buncho pun bole. Hahahahaha (motif gelak?!)

Mmm. Harap-harap Danial nanti pun ada la jiwa seni macam mommy dia sikit-sikit. Setakat dia berumur 1tahun 2bulan ni, bakat-bakat seni yang sempat mommy captured dengan kamera keitai adalah seperti berikut:


Yang ambik make-up mommy pastu nak pakai lipstick tu kene forbidden pasni. Buat art dengan makanan ialah seperti sebati dengan jiwa dia. The latest buat art dengan sterika. Worry don't worry don't. Tak on pun switch sterika tu. Tapi gaya dia nak sterika baju tu memang perfect. Siap tekan suis la. Pastu ada bunyi dengan air meleleh... sayang mommy ni!

Wednesday, May 9, 2012

About breastfeeding

I don't have any specific idea to ramble today. Tapi nak cerita pasal bf- bawak EBM dengan how to keep it flowing :)  Kalau balik dari pejabat ke rumah hari-hari tu kan travel pakai ice packs je, tapi masa DPA dulu banyak kene keluar. Contoh dari Kluang-KL. Terengganu-KL. Singapore-JB (ceh cam jauh). Ramai lagi yang pakar kalau cerita pasal breastfeeding ni, tapi kalau nak share kat blog ni pun boleh jugak.

Danial alhamdulillah sekarang ni masih breastfeed. Although dah tak fully 100% bf, because of this reason yang I will tell you later. :) Cuma bila dah start campur dengan formula milk ni rasa laaaagi susah. I would prefer and recommend new mothers to breastfeed their babies. Sebab lagi senang. Macam malam-malam, Danial memang akan bangun 3 kali untuk breastfeed. I'd shoved him my B je senang. Tapi bila dah kene buat susu ni.. adoiyai. Currently the person in charge of milk feeding ni is purely cik abe. Tapi ni dia sibuk camry dia nak keluar, dia kene keja malam. So left mommy and danny.

1st day cik abe takde malam haritu, mommy buat susu sampai melimpah-limpah tumpah kat tilam. Si danial ni pulak kalau lambat dah mengamuk. Siap duduk tunggu mommy buat susu- Haiih. tak percaya kat mak awak ke?
Pastu mommy dah la tak pandai buat susu - asyik bf je, mana tau buat susu.. Siap nak test2 lagi susu tu panas ke tak, Danial dah berguling-guling atas tilam nampak mommy dia sibuk nak rasa-rasa pulak susu dia. Yang peliknya he does all that with his eyes shut. Sayang nak bukak mata. Haisssh Danial ni!!
And cik abe ------- janganla selalu keje malam lagi. We need you. Danial's mommy needs you. (=____=)

Okay berbalik pada travelling with EBMs tadi. Normally, stok-stok susu tu saya simpan dalam freezer kat dalam asrama. Masa DPA dulu asal dapat bilik, first thing first is kitorang akan tengok fridge okay ke tak. Masa kat INTIM, Kemaman, kitorang dapat rumah yang takde peti ais. Tapi waktu tu mintak tolong kawan-kawan replaced kitorang yang breastfeed ni dapat bilik yang ada fridge. Terima kasih kawan-kawan sidang yang banyak bagi pertolongan dan sumbangan semua. 2 minggu kat INTIM, peti ais tak muat, terpaksa tumpang fridge bilik lelaki. Emm takde la segan sangat kot, dah jadi mak orang. Kalau segan, anak aku tak makan (=__= #)


Frozen EBMs masa kat IKWAS, Kluang. Day 3 kalau tak silap. Fridge ni saya sorang guna. Kalau kena share dengan 3 mothers, memang tak muat untuk cater sampai 2 minggu.




Ni frozen EBM masa Modul Kajian Lapangan. Kat rumah mak angkat 10 hari. Kalau tumpang fridge rumah orang, pakai la plastik ni. Jimat ruang. Waktu ni tak beli kotak putih tu. Letak dalam bag pastu balut dengan tuala. Sampai Nilai, dah cair sikit, tapi terus letak dalam freezer. Alhamdulillah, okay je.

Lepas tu EBM tu dah frozen. Kitorang akan cari kotak putih yang tempat letak ikan tu. Kalau beli dalam RM 5. Tapi saya mintak je kat pekerja dewan makan. Sebab biasanya diorang tak guna pun. Pastu dasar kotak tu letak ais. Pastu letak la EBM tu. Pastu cover dengan ais balik. Aini ada cakap kalau ais tu nak tahan, tabur la garam. Mungkin boleh cuba. Tapi saya tak dan pulak nak cari garam. Pastu tutup dan boleh la dibawa pulang untuk diberikan kepada yang tersayang :)

Me and Azy - Yang azy pegang tu kotak putih kitorang isi EBM. Kitorang share 3 orang untuk satu kotak besar.

Gambar ni takde kaitan dengan bf. Tapi cam best. 

Saya banyak beli botol 5oz tu untuk bf. Untuk pam pulak, sampai Danial setahun ni saya guna pam Spectra 3. Mula-mula haritu pakai single pump je. Towards the end, baru pakai double pump. Bagi saya terpulangla, kalau nak invest beli pam sampai RM2k tu kalau rasa worth it. Tapi saya beli Spectra 3 tu dalam RM320 dan masih guna sampai sekarang. Pam ni pun saya recommend jugak. Murah dan senang. Kalau tempat yang takde plug (cam kat lapang sasar atau hutan), saya pinjam manual pumpu Avent dari Kak Azni.

Bagi saya, better invest untuk beli botol-botol untuk stock EBM. Plastik untuk EBM tu jimatkan tempat, tapi saya ada baca pakar nutrisi kata plastik tu menyerap kebanyakkan nutrisi dari EBM. Jadi guna botol la kalau nak senang. Masa guna plastik dulu pun macam susah, sebab dari botol nak tuang ke plastik, dah berapa ounce susu yang tumpah. Mau menangis. Tapi kalau nak jimatkan ruang, plastik memang okay.

Spectra 3 yang banyak berjasa. Ada sekali tu tersumbat sebab penuh sangat. Cemas. Nasib baik dapat pinjam Spectra 3 cikmah. Tu pun tak pulangkan lagi. Cikmah pun dah ada second baby (=__=)


Tapi untuk nak breastfeed, memang kena ada breastpump. Kalau housewife, guna manual okayla. Tapi kalau niat nak susukan baby sampai 2 tahun, with my working pace - you would definitely need a breastpump. 

Nak kekalkan penyusuan pulak, yang saya belajar dari kawan-kawan yang pakar macam Aini yang bf Hannah sampai setahun lebih (dia pun guna Spectra 3 jugak tau), banyak minum air. Aini ais pun tak minum. Tapi saya minum.... theee hee hee. Soya, lobak putih, sayur bayam. Dan yang semestinya diminum hari-hari ialah Ho.. Ho. Ho.. HORLIKCS. It works. Trust me. 

Masa mula-mula DPA dulu berat saya memang berat (LOL). Sebab waktu tu tak fikir pun nak kurus. Just nak kekalkan bf je. Sebab Danial was depending on bf, solely. Pastu start masa kat Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, waktu tu start dah kurang makan. Pastu banyak aktiviti fizikal yang memang demanding.. (adoi, bile ingat pun rasa pedih kulit terbakar matahari masih terasa). Start milk production decreasing. 

Cerita pasal breastfeeding ni only those yang breastfeed faham kot susah senang. Be grateful with what you have. InsyaAllah semuanya Allah permudahkan. Sebelum kene masuk DPA, tak terasa challenging nya bf ni. Bila dah jauh dari baby, kena curi masa untuk pegi pam, kadang-kadang kena skip waktu makan untuk pegi pam, lepas tu kene merayu untuk diberi masa untuk keluar pegi pam, pastu kene mintak tolong kat kawan-kawan untuk ambikkan makanan... hmm. Dari susah baru kita belajar untuk senang. Masa time wataniah jugak, kawan-kawan yang breastfeeding kene pam dalam hutan, cover-cover bawah pokok. Masa OBSpun derang pam sambil tengah berkayak di tengah laut...semangat mak-mak nak besarkan baby, walaupun jauh.. Jadi kalau kita kat pejabat then balik rumah je -be thankful :)

Kalau duduk berjam kat tempat camni, pastu kiri kanan depan belakang semua lelaki.. cane nak pam. Terus cemas.
Aiyo die la (X__X)

Nanti Danial dah besar mommy ceritakan semua ni. Cik abe, ibu, ayah ngan my 2 sister doctors are a great contributors. Macam cik abe, kat pejabat pun cerita pasal bini dia bf. Bini dia pam masa kat wataniah. Hihi. Dia pun boleh buat kelas kaunseling. Dia pun tak segan-segan cerita pasal bf ni. For me, bf is normal. Cliche la kalau orang cam malu-malu nak tanya, or nak share. Kan tu untuk baby kite..

Okay itu saje. Rasa blog ni sesuai untuk mothers je kot. Hahaha. Kena tukar nama blog la camni.

Thursday, April 26, 2012

Danial's Growth Report

Danial loves books. The first book he read was Goldilocks and the 3 bears. Tu pun Nina yang bacakan untuk dia (mestilah, kan. Kalau D baca sendiri boleh masuk berita). Then we bought this A,B,C book. Afterwards, I found this hide-and-seek book pasal animals. Yang tu dia paling suka. Especially bila tiba time LION. Who is the strongest animal? IT's the LION. ROAR~ Tapi D akan buat bunyi aumm.. aumm. Walaupun buku tu tade, abah dia sebut lion, terus dia aumm.. Hihi. Surprisingly, semalam abah dia tanya mana book? Dia ambik buku tu terus tunjuk dekat abah dia suruh bacakan. Bagus-bagus.



Dia suka sangat dengan air. And we started to let him swim when he was 7 months old. Tak pakai pelampung. Pegang pastu biar dia berenang sendiri. Mula-mula bulat-bulat mata dia, lepas tu macam sejuk. Tapi lepas tu pukul-pukul air. Lama sikit baru kaki dia tendang-tendang. Sekarang pegang tangan dia pastu biar dia guna kaki dia untuk berenang. Pastu jiddi belikan this small pool. Jadi kalau macam dah lama dia tak pegi swimming pool, kitorang biar dia main air kat rumah. Mesti la dia suka sangat!

Danial dengan IR Abi dia. Sekarang Abi dah kerja. weekends je dapat main dengan D.

Air liur tarik

Bab memanjat memang hebat. Rak TV kat rumah dia dah boleh panjat the second tier. Kekadang fikir, camanala ayah bole jaga dia seharian. Mesti penat. Routine dia pun ayah dah set kan. Lepas mandi, makan pagi, berjalan. Danial akan cakap bird. Bird. Dalam pukul 9 atau 10 pagi dia akan garu-garu kepala, tu signal nak tido. Pastu ayah tidokan sambil pasang ayat-ayat mengaji. Pastu dalam pukul 12 bangun, makan. Ayah bawak dia pegi tadika dekat dengan rumah. Sebab budak-budak tu balik sekolah. Danial memang excited tengok budak-budak. Padahal dia yang baby. Pastu dah jalan-jalan, balik rumah main-main. Pukul 2 lebih dah start garu-garu kepala. Tidur balik. Kalau tak tidur, kadang-kadang ayah bawak pegi surau. Ataupun bacakan buku atau biar dia panjat-panjat atau ketuk-ketuk. Ayah jarang bagi dia tengok tv. Danial pun setakat ni tak berminat sangat dengan TV. Rasa dia lebih suka jalan-jalan kat luar.


Jiddah tak dapat menghalang Danial memanjat


Setakat ni dah banyak jugak vocab dia. Abah, mama, bird, bumbum (sleep), b (breastmilk), lion, ambik, lampu, kipas, ball, and we teach him the word 'hot', sambil buat expression kipas-kipas macam panas. Sekali tu dia sibuk nak pegang thermos, saya rasa thermos tu suam-suam pastu letak tangan dia, pastu cakap HOT, sejak daritu semua yang kite cakap hot dia pun akan buat gaya 'panas'. And now he also can response to what we ask him to do. Abah dia cakap "Danial, mana ball? Abah tak nampak la".. Nanti dia tunjuk bola "haa"..

Camtu la perkembangan Danial yang mama dia dapat catch-up sepanjang 6 bulan tak luangkan banyak masa dengan dia :(
Sekarang ni, mama dia bertabah. Back to basis.


PS: Aini and Aziah Halim. Waaa nak jumpa korang. Stress and tak bestla kat sini ;(

Monday, April 23, 2012

Danial is 1 Year Old!

Alhamdulillah. Danial Hamzah dah setahun dah. Sekejap je. Tapi dah lupa dah camana Danial gerak-gerak dalam perut mummy. Kadang-kadang siku dia terkeluar, ataupun masa ultrasound nampak dia tendang-tendang.
Rindu pulak bila ingat masa mengandung.. (eh).


Sempena harijadi Danial, we had this small ceremony. Tu pun buat awal sebab hari minggu. I promise nanti bila semuanya dah stabil, kitorang akan buat majlis yang ramai boleh dijemput. Sorry for the short notice. Kitorang pun macam kesuntukkan masa, tu pun sebab nak kejar my sister Nina yang balik dari Auckland untuk 2 minggu je. Mungkin masa my other sister, Aisyah balik Malaysia kitorang buat lagi. Cerita pasal adik beradik, Aiman dah bekerja sekarang. Alhamdulillah. Dah jadi engineer dah adik laki aku nan seorang tu.

Ok. Ni gambar-gambar sekitar majlis hari lahir anak pertama dan cucu sulung kitorang. Aisyah takde, tengok gambar je k. Gambar-gambar lagi nanti boleh view kat facebook. Ibu masak asam tumis daging, lemak nanas dengan ikan masin, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. Pastu ada bubur pulut hitam. Nina baked a chocolate cake. Aiman buat air. Ayah pulak yang deco deco letak belon segala.

Selamat Hari Lahir Danial. Semoga anak mummy jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga Allah panjangkan umurmu dalam iman. Mummy & Abah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Danial.













Love - mummy danial :)