Monday, April 23, 2012

Danial is 1 Year Old!

Alhamdulillah. Danial Hamzah dah setahun dah. Sekejap je. Tapi dah lupa dah camana Danial gerak-gerak dalam perut mummy. Kadang-kadang siku dia terkeluar, ataupun masa ultrasound nampak dia tendang-tendang.
Rindu pulak bila ingat masa mengandung.. (eh).


Sempena harijadi Danial, we had this small ceremony. Tu pun buat awal sebab hari minggu. I promise nanti bila semuanya dah stabil, kitorang akan buat majlis yang ramai boleh dijemput. Sorry for the short notice. Kitorang pun macam kesuntukkan masa, tu pun sebab nak kejar my sister Nina yang balik dari Auckland untuk 2 minggu je. Mungkin masa my other sister, Aisyah balik Malaysia kitorang buat lagi. Cerita pasal adik beradik, Aiman dah bekerja sekarang. Alhamdulillah. Dah jadi engineer dah adik laki aku nan seorang tu.

Ok. Ni gambar-gambar sekitar majlis hari lahir anak pertama dan cucu sulung kitorang. Aisyah takde, tengok gambar je k. Gambar-gambar lagi nanti boleh view kat facebook. Ibu masak asam tumis daging, lemak nanas dengan ikan masin, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. Pastu ada bubur pulut hitam. Nina baked a chocolate cake. Aiman buat air. Ayah pulak yang deco deco letak belon segala.

Selamat Hari Lahir Danial. Semoga anak mummy jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga Allah panjangkan umurmu dalam iman. Mummy & Abah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Danial.













Love - mummy danial :)

3 comments:

  1. comotnye danial mkn...sape wt kek lion?comell..

    ReplyDelete
  2. tengokla mama dia makan camane.. hihi
    aku tempah je weh. kalau aku buat jadi ekor lion je..

    ReplyDelete
  3. adoi.. atok danial mmg kelakar pakai topeng bday tu. haha!

    ReplyDelete