Thursday, April 26, 2012

Danial's Growth Report

Danial loves books. The first book he read was Goldilocks and the 3 bears. Tu pun Nina yang bacakan untuk dia (mestilah, kan. Kalau D baca sendiri boleh masuk berita). Then we bought this A,B,C book. Afterwards, I found this hide-and-seek book pasal animals. Yang tu dia paling suka. Especially bila tiba time LION. Who is the strongest animal? IT's the LION. ROAR~ Tapi D akan buat bunyi aumm.. aumm. Walaupun buku tu tade, abah dia sebut lion, terus dia aumm.. Hihi. Surprisingly, semalam abah dia tanya mana book? Dia ambik buku tu terus tunjuk dekat abah dia suruh bacakan. Bagus-bagus.



Dia suka sangat dengan air. And we started to let him swim when he was 7 months old. Tak pakai pelampung. Pegang pastu biar dia berenang sendiri. Mula-mula bulat-bulat mata dia, lepas tu macam sejuk. Tapi lepas tu pukul-pukul air. Lama sikit baru kaki dia tendang-tendang. Sekarang pegang tangan dia pastu biar dia guna kaki dia untuk berenang. Pastu jiddi belikan this small pool. Jadi kalau macam dah lama dia tak pegi swimming pool, kitorang biar dia main air kat rumah. Mesti la dia suka sangat!

Danial dengan IR Abi dia. Sekarang Abi dah kerja. weekends je dapat main dengan D.

Air liur tarik

Bab memanjat memang hebat. Rak TV kat rumah dia dah boleh panjat the second tier. Kekadang fikir, camanala ayah bole jaga dia seharian. Mesti penat. Routine dia pun ayah dah set kan. Lepas mandi, makan pagi, berjalan. Danial akan cakap bird. Bird. Dalam pukul 9 atau 10 pagi dia akan garu-garu kepala, tu signal nak tido. Pastu ayah tidokan sambil pasang ayat-ayat mengaji. Pastu dalam pukul 12 bangun, makan. Ayah bawak dia pegi tadika dekat dengan rumah. Sebab budak-budak tu balik sekolah. Danial memang excited tengok budak-budak. Padahal dia yang baby. Pastu dah jalan-jalan, balik rumah main-main. Pukul 2 lebih dah start garu-garu kepala. Tidur balik. Kalau tak tidur, kadang-kadang ayah bawak pegi surau. Ataupun bacakan buku atau biar dia panjat-panjat atau ketuk-ketuk. Ayah jarang bagi dia tengok tv. Danial pun setakat ni tak berminat sangat dengan TV. Rasa dia lebih suka jalan-jalan kat luar.


Jiddah tak dapat menghalang Danial memanjat


Setakat ni dah banyak jugak vocab dia. Abah, mama, bird, bumbum (sleep), b (breastmilk), lion, ambik, lampu, kipas, ball, and we teach him the word 'hot', sambil buat expression kipas-kipas macam panas. Sekali tu dia sibuk nak pegang thermos, saya rasa thermos tu suam-suam pastu letak tangan dia, pastu cakap HOT, sejak daritu semua yang kite cakap hot dia pun akan buat gaya 'panas'. And now he also can response to what we ask him to do. Abah dia cakap "Danial, mana ball? Abah tak nampak la".. Nanti dia tunjuk bola "haa"..

Camtu la perkembangan Danial yang mama dia dapat catch-up sepanjang 6 bulan tak luangkan banyak masa dengan dia :(
Sekarang ni, mama dia bertabah. Back to basis.


PS: Aini and Aziah Halim. Waaa nak jumpa korang. Stress and tak bestla kat sini ;(

1 comment:

  1. bln depan plk ke?ke nk qada' mgg lps azi xde?? ala ko da stat kusus :(

    ReplyDelete