Thursday, April 19, 2012

Nah post baru

Assalamu'alaikum

Lamanya tak update. Dah jemu-jemu dah tengok tajuk turns to 28 tu kan? Hihi. Bukan taknak update, tapi nak mencari masa nak update tu la yang tak jumpa-jumpa *alasan*.

Hai. Saya Prajurit Muda Nur........... Nombor badan 66251XX



Dua gambar kat atas ialah semasa Modul Disiplin & Ketahanan Diri



DPA Premier Talk: Bersama Tun Dr. Mahathir *priceless*

Danial dah semakin membesar sepanjang 6 bulan ni..

Malam Protokol: Berlakun jadi budak perempuan Palestin

 Table Etiquette at KLGCC

 Table Etiquette lagi: Sebelah kanan saya Aini, sebelah kiri Azi..


 Mak sidang bulan Februari ialah yang kain dia sedikit senget tu :p

Karnival DPA @ Matic

Apa yang best nak cerita? Ok. DPA ataupun kursus yang melayakkan diri sebagi Pegawai Tadbir & Diplomatik telah pun tamat pada 31 Mac 2011. Ohh.. tarikh yang hampir 432 orang nanti-nantikan. Perasaan waktu hari terakhir tu mesti lah best. Tapi ada la jugak yang cam sayu-sayu, sebab pasni susah dah la nak jumpa kawan-kawan yang hari-hari kita jumpa. Macam roommate sepanjang masa DPA, Nur Hana yang bertugas di Majllis Keselamatan Negara (MKN) Sabah. Kalau dulu balik bilik, Hana ada. Sekarang dah jarang la nak jumpa Hana. Hana, you're the best roommate :)

Nampak ganas tak dengan BA ni ;p


Turun dari tingat 4 dengan hanya menggunakan tali. Berani?
Masa kat wataniah pun kene buat benda yang sama. Seriau tau dari atas tu tengok bawah.
Kusss semangat. Tapi it was worth it!


Kawan-kawan geng ibu susuan (eh, dah kawin? ala c'monla) yang paling selalu bersama Aziah ngan Aini. Susah senang kita dah lalui bersama. Kadang-kadang gado, tapi pastu sendiri baik. Kadang-kadang bertukar susu, nak selamat takyah kawen kan anak kita. *terus jadi filem hindustan*

Kawan-kawan Sidang E. Kawan-kawan MKL dan modul-modul lain. Nice knowing you guys.

Habis je DPA terus masuk pejabat. Macam blur jugak tak tau where to begin. Jumpa balik kawan-kawan lama. Rindu pulak dengan geng DPA. 

Nanti I buat compilation gambar-gambar sepanjang DPA. Pastu ada jugak yang tanya camane boleh kekalkan breastfeed Danial sepanjang DPA. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Untuk Danial dan tanggungjawab kot. Saya bukanlah orang yang rajin sangat (I guess my family know this better), tapi tahla untuk Danial ni gigih pulak bersusah-susah nak bf dia. 

DPA pulak memang rules & regulations dia ketat. Kita kena la ikut :)
Kepada yang baru ada baby and still bf baby dan akan pegi DPA, InsyaAllah boleh refer kat kawan-kawan yang dah lepas DPA. Mothers with kids tu memang kena kuat. Saya baru ada sorang anak. Tengok Aziah, kak Pah dan kawan-kawan lain bertahan sepanjang DPA memanglah sesuatu yang menggagumkan. 

 Tembak-tembak with Hana and Asma

At the High Commission of Malaysia in Singapore

Kat Johor

 Malam KSN nyanyi dikir barat ;P

 Bersama CI kami, Lt. Col. Yaakob. 
*Tak pergi 502, Kem Sg. Buloh lagi nak daftar, korang dah lapor diri ke?*

Nisa and Hana. Love you both :)

Malam Malam Beradat Bersama KPPA. First time toss-toss ni :)

Keluarga jugak sangat membantu. Kalau pegi mana-manapun, my other half ataupun ibu, ayah, aiman akan datang ambik bekalan untuk Danial. Rajin betul diorang dan sangat-sangat menghargai apa yang diorang buat untuk saya dan Danial.

What doesn't kill you, makes you stronger!

Ok. Later akan cerita lebih banyak. Tata :)

2 comments:

  1. semakin bertambah semangat untuk ko bekerja sekarang yer.. hhhuhu

    ReplyDelete
  2. aku memang sentiasa semangat kim.. hihi

    ReplyDelete