Wednesday, May 9, 2012

About breastfeeding

I don't have any specific idea to ramble today. Tapi nak cerita pasal bf- bawak EBM dengan how to keep it flowing :)  Kalau balik dari pejabat ke rumah hari-hari tu kan travel pakai ice packs je, tapi masa DPA dulu banyak kene keluar. Contoh dari Kluang-KL. Terengganu-KL. Singapore-JB (ceh cam jauh). Ramai lagi yang pakar kalau cerita pasal breastfeeding ni, tapi kalau nak share kat blog ni pun boleh jugak.

Danial alhamdulillah sekarang ni masih breastfeed. Although dah tak fully 100% bf, because of this reason yang I will tell you later. :) Cuma bila dah start campur dengan formula milk ni rasa laaaagi susah. I would prefer and recommend new mothers to breastfeed their babies. Sebab lagi senang. Macam malam-malam, Danial memang akan bangun 3 kali untuk breastfeed. I'd shoved him my B je senang. Tapi bila dah kene buat susu ni.. adoiyai. Currently the person in charge of milk feeding ni is purely cik abe. Tapi ni dia sibuk camry dia nak keluar, dia kene keja malam. So left mommy and danny.

1st day cik abe takde malam haritu, mommy buat susu sampai melimpah-limpah tumpah kat tilam. Si danial ni pulak kalau lambat dah mengamuk. Siap duduk tunggu mommy buat susu- Haiih. tak percaya kat mak awak ke?
Pastu mommy dah la tak pandai buat susu - asyik bf je, mana tau buat susu.. Siap nak test2 lagi susu tu panas ke tak, Danial dah berguling-guling atas tilam nampak mommy dia sibuk nak rasa-rasa pulak susu dia. Yang peliknya he does all that with his eyes shut. Sayang nak bukak mata. Haisssh Danial ni!!
And cik abe ------- janganla selalu keje malam lagi. We need you. Danial's mommy needs you. (=____=)

Okay berbalik pada travelling with EBMs tadi. Normally, stok-stok susu tu saya simpan dalam freezer kat dalam asrama. Masa DPA dulu asal dapat bilik, first thing first is kitorang akan tengok fridge okay ke tak. Masa kat INTIM, Kemaman, kitorang dapat rumah yang takde peti ais. Tapi waktu tu mintak tolong kawan-kawan replaced kitorang yang breastfeed ni dapat bilik yang ada fridge. Terima kasih kawan-kawan sidang yang banyak bagi pertolongan dan sumbangan semua. 2 minggu kat INTIM, peti ais tak muat, terpaksa tumpang fridge bilik lelaki. Emm takde la segan sangat kot, dah jadi mak orang. Kalau segan, anak aku tak makan (=__= #)


Frozen EBMs masa kat IKWAS, Kluang. Day 3 kalau tak silap. Fridge ni saya sorang guna. Kalau kena share dengan 3 mothers, memang tak muat untuk cater sampai 2 minggu.




Ni frozen EBM masa Modul Kajian Lapangan. Kat rumah mak angkat 10 hari. Kalau tumpang fridge rumah orang, pakai la plastik ni. Jimat ruang. Waktu ni tak beli kotak putih tu. Letak dalam bag pastu balut dengan tuala. Sampai Nilai, dah cair sikit, tapi terus letak dalam freezer. Alhamdulillah, okay je.

Lepas tu EBM tu dah frozen. Kitorang akan cari kotak putih yang tempat letak ikan tu. Kalau beli dalam RM 5. Tapi saya mintak je kat pekerja dewan makan. Sebab biasanya diorang tak guna pun. Pastu dasar kotak tu letak ais. Pastu letak la EBM tu. Pastu cover dengan ais balik. Aini ada cakap kalau ais tu nak tahan, tabur la garam. Mungkin boleh cuba. Tapi saya tak dan pulak nak cari garam. Pastu tutup dan boleh la dibawa pulang untuk diberikan kepada yang tersayang :)

Me and Azy - Yang azy pegang tu kotak putih kitorang isi EBM. Kitorang share 3 orang untuk satu kotak besar.

Gambar ni takde kaitan dengan bf. Tapi cam best. 

Saya banyak beli botol 5oz tu untuk bf. Untuk pam pulak, sampai Danial setahun ni saya guna pam Spectra 3. Mula-mula haritu pakai single pump je. Towards the end, baru pakai double pump. Bagi saya terpulangla, kalau nak invest beli pam sampai RM2k tu kalau rasa worth it. Tapi saya beli Spectra 3 tu dalam RM320 dan masih guna sampai sekarang. Pam ni pun saya recommend jugak. Murah dan senang. Kalau tempat yang takde plug (cam kat lapang sasar atau hutan), saya pinjam manual pumpu Avent dari Kak Azni.

Bagi saya, better invest untuk beli botol-botol untuk stock EBM. Plastik untuk EBM tu jimatkan tempat, tapi saya ada baca pakar nutrisi kata plastik tu menyerap kebanyakkan nutrisi dari EBM. Jadi guna botol la kalau nak senang. Masa guna plastik dulu pun macam susah, sebab dari botol nak tuang ke plastik, dah berapa ounce susu yang tumpah. Mau menangis. Tapi kalau nak jimatkan ruang, plastik memang okay.

Spectra 3 yang banyak berjasa. Ada sekali tu tersumbat sebab penuh sangat. Cemas. Nasib baik dapat pinjam Spectra 3 cikmah. Tu pun tak pulangkan lagi. Cikmah pun dah ada second baby (=__=)


Tapi untuk nak breastfeed, memang kena ada breastpump. Kalau housewife, guna manual okayla. Tapi kalau niat nak susukan baby sampai 2 tahun, with my working pace - you would definitely need a breastpump. 

Nak kekalkan penyusuan pulak, yang saya belajar dari kawan-kawan yang pakar macam Aini yang bf Hannah sampai setahun lebih (dia pun guna Spectra 3 jugak tau), banyak minum air. Aini ais pun tak minum. Tapi saya minum.... theee hee hee. Soya, lobak putih, sayur bayam. Dan yang semestinya diminum hari-hari ialah Ho.. Ho. Ho.. HORLIKCS. It works. Trust me. 

Masa mula-mula DPA dulu berat saya memang berat (LOL). Sebab waktu tu tak fikir pun nak kurus. Just nak kekalkan bf je. Sebab Danial was depending on bf, solely. Pastu start masa kat Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, waktu tu start dah kurang makan. Pastu banyak aktiviti fizikal yang memang demanding.. (adoi, bile ingat pun rasa pedih kulit terbakar matahari masih terasa). Start milk production decreasing. 

Cerita pasal breastfeeding ni only those yang breastfeed faham kot susah senang. Be grateful with what you have. InsyaAllah semuanya Allah permudahkan. Sebelum kene masuk DPA, tak terasa challenging nya bf ni. Bila dah jauh dari baby, kena curi masa untuk pegi pam, kadang-kadang kena skip waktu makan untuk pegi pam, lepas tu kene merayu untuk diberi masa untuk keluar pegi pam, pastu kene mintak tolong kat kawan-kawan untuk ambikkan makanan... hmm. Dari susah baru kita belajar untuk senang. Masa time wataniah jugak, kawan-kawan yang breastfeeding kene pam dalam hutan, cover-cover bawah pokok. Masa OBSpun derang pam sambil tengah berkayak di tengah laut...semangat mak-mak nak besarkan baby, walaupun jauh.. Jadi kalau kita kat pejabat then balik rumah je -be thankful :)

Kalau duduk berjam kat tempat camni, pastu kiri kanan depan belakang semua lelaki.. cane nak pam. Terus cemas.
Aiyo die la (X__X)

Nanti Danial dah besar mommy ceritakan semua ni. Cik abe, ibu, ayah ngan my 2 sister doctors are a great contributors. Macam cik abe, kat pejabat pun cerita pasal bini dia bf. Bini dia pam masa kat wataniah. Hihi. Dia pun boleh buat kelas kaunseling. Dia pun tak segan-segan cerita pasal bf ni. For me, bf is normal. Cliche la kalau orang cam malu-malu nak tanya, or nak share. Kan tu untuk baby kite..

Okay itu saje. Rasa blog ni sesuai untuk mothers je kot. Hahaha. Kena tukar nama blog la camni.