Wednesday, June 13, 2012

Kerja Seni

Walaupun aku ni takde la macam seni sangat orangnya. Tapi art ada la benda yang paling aku suka. 
Cumanya, bila dah jadi bini orang, jadi mak orang (eleh, anak baru sorang), dah lupa dah nak mengaplikasikan art-art kejadah ni. Art yang muncul ialah ketika mengemas rumah. Tupun sekali sekala. Kemas barang mainan anak aku selalu la.

Ayah pandai melukis. Masa sekolah dulu bila Pendidikan Seni, time tu la paling excited gilos. Ibu ngan ayah pun sangat supportive. Derang pernah masukkan aku dalam Pertandingan Melukis Berita Harian, kat Dataran Merdeka. Time tu baru darjah 3 kot. Kalau ada Family Day ofis ibu atau ayah, mesti selalu aku dapat hadiah (angkat bakul sendiri). Rasanya art ni memang naturally ada kot. Ayah orang seni. Ibu... ermm kalau masa sekolah dulu ibu lukis orang.. aku pun macam..err err... suruh ayah lukis lah. Hihi.
Pastu Aiman lukis ... emm lukis circuit tau la kot. Nina.. emm tangan dia memang takde seni. Aisyah- dia okay jugakla, tapi suka copy cat aku. Mencik. 

Cik abe, ermm kalau dia lukis orang pun.. cam aaa.. aa.. Hihi. Masa time couple couple dulu selalu la buat kad ke jadah bagi terngorat. Hihi. Cik abe lagi suka beli je art tu. Haha.

Jumaat haritu pegi MPH dengan Aini, pastu tetiba semangat nak melukis-lukis ni datang balik. I guess, it's been a while dah tak buat kerja-kerja seni. (poyo). Aku beli ni :


Dulu kan masa sekolah kalau kene beli crayon kan, aku beli yang murah je. Dalam RM2-3 je. Sebab Buncho ni at that time aku rasa mahal, pastu aku takut habiskan duit ayah ngan ibu aku. Betul. Naaak sangat beli, tengok orang pakai Buncho time sekolah dulu pun ada perasaan iri hati. Sekarang, puas hati aku. Aku beli yang 24 colours lagi. Ambik kau. Mandi Buncho pun bole. Hahahahaha (motif gelak?!)

Mmm. Harap-harap Danial nanti pun ada la jiwa seni macam mommy dia sikit-sikit. Setakat dia berumur 1tahun 2bulan ni, bakat-bakat seni yang sempat mommy captured dengan kamera keitai adalah seperti berikut:


Yang ambik make-up mommy pastu nak pakai lipstick tu kene forbidden pasni. Buat art dengan makanan ialah seperti sebati dengan jiwa dia. The latest buat art dengan sterika. Worry don't worry don't. Tak on pun switch sterika tu. Tapi gaya dia nak sterika baju tu memang perfect. Siap tekan suis la. Pastu ada bunyi dengan air meleleh... sayang mommy ni!

2 comments:

  1. belom.. tade kertas yang seswai.. ko boleh beli kat KK nanti :p

    ReplyDelete