Thursday, June 14, 2012

Slumberland

O ni bukan cerita pasal tanah yang slumber. Nak cerita pasal ikon slumberland - big polar bear tu..
Haritu petang nak bawak anak aku balik. Dia ni kekadang okay je dok dalam car seat tu. Kekadang nak main remote control kereta tak dapat tu yang meragam-ragam. Kekadang layan jugak, cam nyanyi lagu "Baba Black Sheep" sebab dia ikut tang "Ba-ba, Ba-ba". Kekadang kalau maknye dah naik angin buat tatau je. Tapi kejap je pastu pujuk la dia balik.

Captured by Nina

Petang tu dia dah poo-poo. Pastu mama dia takde pulak bawak pampers lebih. Si danial ni penggeli. Kalau poo-poo kene tukar dengan kadar segera (kau saje je kan). Sebab dia tak selesa. Tapi dah kata tak bawak kan. Tak bajet pulak dia poo-poo petang. Selalu pagi atau tengah hari. Pastu on the way balik rumah mula la semua benda tak kena. Duk dalam car seat tu pun nak guling-guling kan badan macam walrus. Dengan kelantangan dan kegarauan suara dia. Adoi. Mau depression mama dia. Not easy, not easy.

Tengah cranky-cranky tu tetiba dia buat bunyi lion dia.. "Aumm.. Aumm".. Dalam hati. "Eh, pehal anak aku  ni" Pastu pusing tengok dia tengah tengok papan iklan tu. Papan iklan tu ada gambar minatang ni:

Horse hair? Really?

Polar bear. Ahahaha. Polar bear bunyi cam lion eh? hahahah.. Sebab ada Animal punya flash card (with animal's sound) dalam keitai aku ni. Ada lion, bear, monkey, penguin, piggy, bunny, horse dengan ducky. Lion is his favourite. Dah tau dah. Tetibe bear pulak bunyi macam lion.


Hahah. Tapi alhamdulillah, lepas nampak signboard Slumberland ni, in a blink, mood dia dah baik.

Masa Danial 10 bulan pun kitorang bawak dia pergi zoo. Since he likes lion so much. Tapi tau la, lion dalam zoo tu mana ada buat bunyi. Menguap-tido-termenung. Tapi bear dia were quite active and were making loads of sounds. Danial pun catch up few words lepas balik zoo tu. Macam bird la kot yang dia boleh ikut. Lion dia bole buat bunyi. Monkey bukan his favourite. Cat dia akan buat gaya panggil cat tu makan. Elephant- same sound like lion. Fish - bantal dia jiddah buat ada gambar fish. Sekarang bear is on the list. Great! 

Sometimes, happiness comes in small packages. Mommy loves you Danial :)

No comments:

Post a Comment