Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

Anak bujang aku konon penat balik semayang raya. Padahal mengamuk tanak keluar bilik air time mandi kat perigi.

Dah nak masuk 2 minggu raya baru nak buat post. Lately post macam siput sebab tatau nak tulis ape. Tapi okla tu, bulan ogos je dah berapa banyak pos. Mintak-mintak nuffnang pun bertambah la hendaknya. Bole buat beli tudung. Haha.

Raya tahun ni beraya kat Melaka. Sebelah saya. Pastu raya kedua dah balik sebelah cik abe. Tema tahun ni merah. Semangat ibu saya buat tema sebab tahun ni anak-anak yang jauh diperantauan balik Malaysia beraya. Nina punya flight delay almost a day. Aisyah pulak sampai pagi raya. Kira beraya la jugak tu. Danial pulak terlebih over sebab macik-macik dengan abi dia semua ada nak melayan dia. Kalau tak tengok muka mama je.
Danial dengan abi.  Baju melayu dani tu abi dia tempah lagi..
Bile abi dia balik dari Langkawi, penuh la peti ais dengan coklat-coklat. Nina balik Danial dapatlah koleksi buku. Cantik buku tu (nanti tuan tanah upload gambar), pasal bedtime stories. Meleleh air liur Danial kalau bukak buku kecik tu. Aisyah sampai pagi raya tu Danial dapat book lagi. Belum sampai seminit, dah tercabut kepala katak (sebab buku tu pop-up book). Anak aku culture shock dengan buku pop-up. Sebelum ni buku kulit keras ja.

Men in the house. 4 lelaki 4 perempuan dah sekarang.

Raya ketiga mama dah start keje. Tinggal cik dani dengan abah and the rest of the family.


Haa?! Dapat duit raya?!! (Gaya berlakon danial dapat duit)








Ok kene simpan duit raya sebelum mama ambik buat beli beg "jurulatih" kikiki..

Tu je la cerita raya. Tak sempat lagi nak beraya ke rumah sanak saudara. InsyaAllah minggu ni kami datang :)

Alhamdulillah. Semua ada di pagi 1 Syawal 1433H.
Semoga kita dipertemukan dengan ramadhan dan syawal yang akan datang.

O Allah on this day make my fasts of those who fast (sincerely),
and my standing up in prayer of those who stand in prayer (obediently),
awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins,
O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.


1 comment:

  1. okeh dah click nuffang ko dgn harapan ko click nuffnang aku gak :MATILAA:
    selamat hr raya, maaf zahir batin nyah capa sayang

    ReplyDelete