Monday, August 13, 2012

Howt..

Assalamua'laikum..

Yea. Banyak masa nak blog these 2 weeks. Oh, minggu ni minggu terakhir Ramadhan. Kejap je semuanya berlalu. Pelik kan. Semua benda jadi dengan cepat. Tanda-tanda akhir zaman.

Anyways, last weekend memang sibuk betul. Kitorang buat pembersihan bilik tido secara total. Barang-barang dari rumah putrajaya dah di angkat, last week letak je barang sepah-sepah. Minggu ni sebab tak pegi mana-mana sempat la kemas hari Ahad tu. Sabtu cik abe keje setengah hari, kalau berdua je dengan Little Mr. tu memang mommy nya tak dan nak kemas. Kita lipat baju dia sibuk nak tolong angkat. Kita nak ampai baju dia sibuk nak pegang baldi. Kita masak kat dapur dia sibuk nak tengok. Maknya sapu rumah pun kene dokong dia sambil sapu. Bila dia tido, time tu la dapat rehat. Haha.

Sahur hari Sabtu bangun tengok jam dah pukul 5 pagi. Cepat-cepat masak nasi. Telur dadar dengan sambal ikan bilis. Bukak puasa kat Langat. Pastu sahur ahad dua-dua tak bangun. Berbuka masak sambal sotong, pak choy dengan telur dadar lagi. Haha. Sebab dah penat mengemas. Tapi alhamdulillah, penat-penat masak, pemandangan ni la yang paling best:

Tak membazir langsung.
Air cik abe buat air cincau.. siap buat air gula :)

Dah banyak dah vocab Danial. Sekarang me and cik abe kalau nak berborak depan dia kitorang cakap pun hati-hati. Sebab dia dengar pastu kalau dapat catch up few words dia akan repeat apa yang kita cakap. Jadi kadang-kadang kalau cik abe tengah bawak kete nak curse orang ke kene eja. Hahaha.

Selalu kitorang cakap je.. penggosok baju - Hot. Bila dia masuk dapur tengok kuali - Hot. Thermos - Hot.
Pastu last week maknya bagi susu pastu dia minum dia kata "Howt". Bunyi dia macam orang putih cakap hot.Ada slanga lagi. Haha. Mula-mula tak faham, sebab underestimate la kan dia nak cakap. Pastu dah 2-3 kali dia sebut, baru maknye respon " oooo, hot ke sayang?". Haha.

Semalam dia pegang tepi peti ais pastu bagitau maknye "howt". Haha. Rasa nak cium-cium je pipi tu kalau dia cakap hot. Sebab comel sangat. Haha. (kenapa semua ending paragraph ada Haha?)

Cuma bila dia dah besar dia dah banyak perangai dia. Kadang-kadang bila badan dah penat, macam hilang jugak sabar ni bila dia meronta-ronta nak barang yang kita tak kasi. Macam Sabtu haritu pegi MidV bawak stroller, dia nak turun dari stroller pastu sepanjang jalan tu dia nak tolak stroller tu sendiri. Kalau dia nampak kita pegang dia marah. Orang dah la ramai. Aduyaii.

Kadang-kadang bagi je dia apa yang dia nak. Tapi lepas dah dia leka-leka tu baru bagitau, this is bad. Tak elok. Mama ambik okay. For sure dia marah. Tapi at least maknye dah bagitau.


Macam dalam gambar ni....

(=_____=;)
Mama yang "howt" sebab kene kemas.

No comments:

Post a Comment