Wednesday, August 8, 2012

Outdoor baby

Assalamua'laikum..

Semalam petang cik abe bukak puasa kat luar. Pastu tengok matahari pun elok menyinar, jerebu pun dah takde nampaknya. Asyik atuk ngan nenek dia je yang bawak keluar, mommy pun bawak la Danial pegi playground.


Dia suka bebas. Tamau pegang tangan. Kalau kita kejar lagi laju dia lari. Kekadang kita nak dukung dia time nak lintas jalan tu dia bantai meronta-meronta. Malu mak =__=;

Main gelongsor suka panjat dari bawah ke atas. Gambar kat atas tu beberapa tapak ke atas tersembam ke lantai gelongsor. Gelak-gelak tapi terus memanjat. Sanggup gelak. Sebab kalau nangis mama dia dah angkat balik. Politik betul.

Lagi 2 minggu dah nak masuk 14 bulan. Jadi sebab mak nye kejap ada kejap tade ber blog, buat entry awal-awal. Minggu ni pun dah minggu-minggu terakhir Ramadhan. Sekejap je. Anak membesar pun kejap je. Dr. Halina pun dah nak bertambah sorang anak dah. Tahniah. Tetibe. Danial pun dah nak dapat kawan dah tak lama lagi, insyaAllah :)

Raya tahun ni giliran sebelah iols. Adik-adik di perantauan, akan balik semuanya. Alhamdulillah. Tak sempat lagi beraya time semua ada. Kali ni bole la kita ambik gambar banyak-banyak. Mesti lagi gewdik Aisyah buat entry. Haha.

Selamat berpuasa dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment