Wednesday, September 12, 2012

Kelahiran Danial (Part II)

Kalau navigate kat sebelah kanan blog ni. Ada Kelahiran Danial Part I je. Pastu sampai Danial setahun, tade update. Makanya, mommy dia pun macam dah hilang feel sikit-sikit. Kalau 2-3 bulan mungkin boleh ingat.
Tapi takpe (gaya bersahaja), sambung je Part II. Sebab nanti bile Danial dah besar, dia boleh tengok blog mommy cane dia lahir. Ni hadiah mommy untuk Danial :)

23 April 2011
The journey begins

The previous night, nurse dah pasang CTG pada pukul 2:00am (22 Apr 2011). Contraction every 15mins time tu. Sape cakap bersalin tak sakit tu, tahla - mungkin nak bagi orang lain rasa positif. Tapi seriously, memang la sakit. Contraction tu rasa macam cramp kat seluruh abdomen perut. Muscle menegang. Dia akan datang for about few mins, pastu reda. Pastu datang lagi. Malam tu memang tak dapat tido. Dengan keadaan watery, sebab air ketuban dah pecah, dengan contraction. Memang tak selesa. Berapa kali nurse tukar alas kat katil sebab basah dengan air ketuban. Last time Dr. check dilation was at 11:00pm. Baru 1cm.

Pagi tu lepas breakfast, contraction makin rapat-rapat (dah lupa berapa minit). Pagi tu breakfast. Cuma sebab sakit sangat, baring mengereng sebelah kiri. Sebab selesa sebelah kiri.. tatau apsal. Tengok cik abe pun kesian, tak dapat tido. Cuma rasa dia rilek sikit lepas dia solat. Sebab time tu la dia basuh muka. Rasa dia memang tak mandi langsung sepanjang saya bersalin.

Pukul 11:30 pagi contraction dah dekat-dekat. Ibu, ayah ngan aiman datang. Sebab dekat je kan, bangi dengan nilai. Ibu suruh jalan banyak. Tapi tahla, sebab takde pengalaman dan kurang pembacaan ataupun dengan keadaan yang tak selesa saya lagi banyak baring je. Silap kot kat situ. Pastu Dr. Khamsiah datang check CTG dan cakap saya akan dibawa ke Labour Room (LR). Perasaan camtu cam "eh, aku dah nak bersalin dah ke?". Baby pulak, mungkin restless dengan keadaan contraction yang pushing him tightly, kadang-kadang kalau dia tak gerak, saya jadi risau.

Few mins pastu nurse bagi ubat untuk masukkan tru anal. Ubat untuk membuang semua benda dalam perut. Tak sampai beberapa min terus pegi toilet. Haha. 2x jugak pegi. Bersih perut. Hehe.

Pastu derang bawak pegi LR. Dalam LR tu lagi la perasaan berdebar sangat. Cik abe pun muka cuak. Cam dia pulak yang nak bersalin. Pastu Dr. check lagi dilation. Tade progress, walaupun contraction dah rapat-rapat. Tak silap time tu yang check Dr. Anita. Then dia suggest saya ambik induce. Ngan sebab keadaan yang sakit tu dia suggest jugak ambik epidural. Time tu ada kawan yang bersalin cakap lepas ambik epidural dia rileks sikit, dilation cepat bukak. Mungkin sebab terfikir nasihat tu, so I said ok.

Induce. Pastu Anaest datang masukkan epidural. Pastu baring. Pastu dah zuhur. Cik abe g solat zuhur. Pastu cakap "yang, nak milo". Nurse ambik sample darah.

Lepas cik abe balik solat zuhur saya rasa badan lain macam. I was so cold. Cakap kat nurse suruh perlahan kan air-con. Nurse perlahankan. Few mins pastu I was shivering. Teruk gile menggigil. Nurse cakap normal, mungkin sebab kesan epidural. Pastu cik abe tutup terus air-con dengan selimut dah tambah berapa helai tah.

Still, menggigil teruk sampai terketar-ketar mulut. Cik abe yang tengok CTG dok diam je kat tepi. He didn't say a word. Tapi I knew, something was wrong. Dr. Fatimah datang. Cek dilation. Tengok CTG. And she said "ok, tak cantik".

Dilation was 2cm. Poor progress. Baby's heartbeart jadi tinggi, dengan contraction pulak jadi slowing down. Dia tunjuk and explained to me and cik abe. Pastu tunjuk graf yang cakap darah putih saya dah start banyak. Menunjukkan ada infection was going on. I was infected. And my baby was at risk.

Masa tu macam sangat-sangat sedih. My baby was at risk. I was having a high fever. Temp badan dah naik. Dilation pulak tak berapa. Biasa kalau 1st baby dilation memang slow. Tapi sebab air ketuban dah pecah, plus infection lagi, Dr. Fatimah bagi 2 options.
Option #1 : is to wait for the dilation. Boleh tunggu until 24hours since last air ketuban pecah. Tapi apa-apa yang terjadi was purely under my decision.

Option #2 : is to do an emergency LSCS (lower segment ceasarean section). Which takde sapa pun rasanya yang nak option ni kalau saja-saja diberi pilihan.

I stared at my husband. Thinking of the bills that we are going to pay. Not my condition. But purely about the safety of my baby and how much would it cost us. Huhu..

Dr. Fatimah suruh fikir dulu, sebab dia nak pegi operate ada patient lain. Tapi belum sempat dia keluar we'd say ok. Kitorang nak option #2.

Then terus dia kata, saya akan dibedah dulu sebelum pt. tadi. Jadi, procedure untuk operation pun dimulakan. Anaest pun dipanggil balik. Derang tukarkan baju semua pastu tolak masuk operation theater.

23 April 2012
 App. 3:20 PM

Sejuk sangat. Tu perasaan pertama. Dengan lampu bulat atas kepala. Cam dalam cerita Grey's Anatomy tu. Macam rasa dalam bilik mayat yang selalu kite tengok dalam CSI pun ada. Haha. Anaest cek kaki, perut. Dia kata ada rasa apa-apa tak? saya cakap tak.

Pastu Dr. Fatimah cakap "ok, kita nak mula operate. Tadi dah minta maaf dengan suami"....saya cakap "err... dah" (last time I saw cik abe with his teary eyes..... walaupun  belum genap setahun kawen, tak penah nampak dia nanges tau).

Pastu rasa badan tergoyang-goyang. Doktor kata baby baring sebelah kiri. Pastu derang try tolak supaya dia pegi ketengah.


23 April 2012
 3:45 PM

Rasa macam badan ringan bila Dr. tarik baby keluar dari rahim. Macam mula-mula kene himpit dengan bantal, pastu orang angkat bantal tu. Lighter. Tapi diam. I was expecting cries, macam dalam cerita kat tv. Tapi silence. Dalam hati terus doa "kalau apa-apa jadi kat saya takpela, tapi biarlah baby saya selamat".
Dr. Fatimah kata "assalamua'laikum" dekat baby tu. Pastu cakap kat saya "Ok Syarfa, it's a boy. He's having a fever and we're going to rush him to NICU"........ sedih.

Lepas tu saya tatau apa yang derang buat. Tapi saya tak bole cakap sangat sebab macam pening. Sebab masa derang operate tadi tetiba saya sakit pastu anaest tekap je hidung saya dengan bius sedut. Terus loya dan muntah kat bantal. Hahah. 

Dah siap-siap tu derang tolak saya keluar. Dok bawah lampu jap. Doktor bius tu suruh selawat banyak-banyak. Monitor saya lebih kurang 30min. Tapi saya cakap "mana anak saya". Doktor bius tu pun cakap kat nurse "patient nak tengok anak dia". Nurse kata baby kat NICU lagi, Dr. Khairul (pakar kanak-kanak @paed) tengah attend anak saya. Sedih lagi. 

23 April 2011
All is well

Pastu tetiba ada jejaka pakai baju t-shirt hitam sambil pegang beg pink (beg bini) datang kat saya. Sroot sroot.. dengar dia sedut hingus. Ngan gosok-gosok mata. Ingat orang tak nampak ada air mata. Heheh.
Laki mak la nyah. Masa dia datang tu saya pun tatau. Tapi saya pun nak nangis jugak. I think that was the most emotional experienced we had so far as a married couple, because at that particular time - WE ARE PARENTS!

Saya malu kan sebab ternanges. Jadi pura-pura lelapkan mata. Konon cam koma la. (Pengaruh drama melayu kuat sangat - padahal kan half bius je). Tapi bile kite lelap mata tapi nanges kan air mata keluar pulak. Dalam hati cam...damn.. keluar pulak air mata, malu..

Tapi sebab sambil lelap mata tu dengar dia tarik-tarik hingus tu, tau la cik abe pun tengah nanges lagi. Tapi pastu dia pegang kepala ngan tangan saya "yang.. nape nanges. semua dah okay. Baby pun sihat. Anak kita sihat" Time tu cam nak bangun kan dari katil gi jalan tengok anak. Tapi apakan daya... aku lumpuh separuh badan sekejap.

Few mins pastu nurse bawak masuk baby. I said assalamua'laikum sayang. Ni mama.. Pastu nurse dekatkan baby dekatkan pipi baby. Dapat rasa pipi dia panas. Betul la, dia demam. But he looks healthy, waktu tu cam tak percaya. Anak aku? I'm a mother? aku yang basuh baju malas, masak malas - A mother? Seriously?


Ok. Cerita nak habis dah

Pastu dah okay semuanya derang tolak balik saya masuk ward. Pastu mula-mula nampak muka bapak aku. Pucat je muka dia. Alangkan kalau ada orang marah aku bapak aku naik angin, ni kan tengok anak dia terbedah segala. Muka ayah risau sangat. Pastu ibu. Pastu aiman. Time tu rasa nak nanges lagi. So cepat-cepat lelap mata konon macam tak sedar. Pastu nurse tu kata "dia sedar". Ceh nurse ni...spoil betul!

Pastu camtu la. Dok hospital 4 hari. Sebab sehari lebih tu tunggu result darah Danial. Bila dah okay semuanya Dr. Khairul @ paed panggil cik abe sebab dia nak explain tentang kesihatan Danial. Bile cik abe kata semuanya ok. Cuma mungkin Danial tak bole dipegang-pegang dulu sebab takut infection. Jadi derang dah bagi dia susu formula. Sad.

Tapi esoknya. He's okay. Saya masih lagi tak okay. Menggigil okay nak bangun. Tapi sebab kene jalan jugak bagi menggelakkan blood cloth kat kaki. Cik abe la mangsa kene papah. Cam nak tercabut tengkok dia aku pegang. Pastu lepas guna toilet dia la yang kene bersihkan. Darah bini serta tinja yang ada kat toilet tu. Huhu.

Ok tu je la kot. Panjang dah ni. Terima kasih kat semua yang datang masa tu. Nak jadi cerita hp aku start pada masa air ketuban pecah sampai 4 hari tade bateri. Jadi takde la nak msg2 bagitau. Terima kasih pada ibu, ayah ngan adik-adik yang sentiasa bagi moral support. Abah ngan adik-adik ipar. 

Nak terima kasih panjang pun Danial dah setahun. Sekarang asyik berlari ke hulu ke hilir. Tatau apsal. Nak kata gula lebih, tak de plak aku kasi dia makan gula. Ok tu sambung kemudian.

Mengandung, melahirkan semua tu pengalaman yang paling best seumur hidup. Patut la boleh mati syahid kecil kalau mati time bersalin. Tapi membesarkan anak pun cabaran jugak. Tu la cabaran sebenar. Semua tu tanggungjawab yang diberikan oleh Allah yang satu. Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam membesarkan anak masing-masing. Amiiin.