Wednesday, October 31, 2012

Back to basis

Hari pertama keje lepas 4 hari bercuti... Nothing could be better (=_=)
Kalau zaman single-single dulu perasaan tu macam malas-malas, tapi ni sebab dah ada anak, perasaan tu lebih berat pada nak tinggalkan anak..

Sekarang dok fikir-fikir pasal nak pindah dekat dengan putrajaya. Rumah siap 2014. Ada lagi 2 tahun. Nak pindah boleh bila-bila masa, tapi nak cari tempat yang boleh dipercayai untuk jaga anak tu yang mungkin ambik masa... Mintak-mintak dipermudahkan semuanya.

Bila banyak-banyak fikir mula la rasa nak ambik unpaid leave je. Ambik je 2 tahun ke. Besarkan budak-budak depan mata. Puas hati jaga anak dengan tangan sendiri. Tapi financially, tak begitu kuat. Commitment yang ada untuk saya, kereta. Cik abe pulak rumah. Kete dia dah bayar full, tade commitment lain.  Dengan rumah yang beli untuk investment...
Kalau ambik unpaid bole la hidup kot, tapi tak la jadi begitu mewah. Danial pun tade la baju baby gap setiap bulan ok.

Hmm.. Macam-macamla. Dulu nak survive untuk diri sendiri, now you're dragging along your family with you. Setiap keputusan tu akan bagi kesan kat orang lain.

Ok tu je la wednesday blues. Life goes on.....

Danial masa raya aidiladha kat kampung berisu. Sedap tido lambat bangun pagi

Wednesday, October 24, 2012

Monday, October 22, 2012

Baby food: Mac and cheese

Mac and cheese yang tamak cheese


This is a trial. Sebab bagi danial makan yang goreng. Pastu sekali dah rebus macaroni tu, buatla mac n cheese jugak. Sebenarnya mommy dia yang nak.

Kalau pegi kedai tak puas hati mac n cheese dia. Banyak msg pastu cam cair-cair je mac n cheese dia.

Baik buat sendiri kat rumah. Puas hati. Nak buat pun senang je. Yang saya buat ni simple je, kalau nak tambah turkey strip ke, udang ke, boleh je.

Bahan
Macaroni
Cheddar n mozarella cheese
Bread crumbs

Bahan untuk white sauce
Butter
Flour (tepung gandum)
Susu
Mixed herbs
Black pepper (to taste)
Salt

Methods
Rebus macaroni sampai well done

White sauce dengan macaroni yang dah bersedia nak bergaul

White sauce
Panaskan generous amount of butter, pastu tepung gandum, kacau-kacau, masukkan susu. Agak-agak je cukup dengan macaroni yang dah rebus tadi. Kalau nak dia moist, letak susu lebih sikit. Pastu seasoning.

Dah siap white sauce, letak macaroni dalam tempat nak bakar tu (sapu baking sheet tu dengan butter sikit).
Pastu pour in white sauce. Gaul-gaulkan bagi sebati.

Pastu tabur cheddar atau mozarella cheese. Sebab saya suka topping yang macam crispy, saya tabur jugak bread crumbs sikit atas cheese tu.

Cheese untuk gemukkan anak beranak

Then bake.

Dah siap tu hidangkan panas-panas.
Budak-budak pun suka makan :)

Saturday, October 20, 2012

Baby food: Fried mac

Haa dah bersarang tak update apa-apa recipe kat blog ni. Ingat nak update recipe for babies (ehem, sesuai dengan peningkatan usia).. Tapi danial dah jadi toddler pun dah.

Harini kejayaan danial makan - no more blended food. Purely solid harini. Tahniah anak mama. Kebetulan abah outstation, danial dah tido, mama pulak tak bole tido - meh kite buat post baru.

As for today, breaakfast danial makan bihun sup, sebelum hantar abah dia pegi klia, then lunch nasi dengan red snapper masak pindang, dinner pulak macaroni goreng.


Bahan
Olive oil
Tomato paste
Oregano
Minced beef
Maccaroni
Parmesan
Garlic

Methods
Panaskan olive oil, masukkan bawang putih, pastu beef, pastu seleri (tetibe ada seleri) , pastu tomato paste, pastu macaroni yang dah direbus.
Dah siap taburlah parmesan, sebab tak letak garam kan.. Ada la rasa masin-masin sikit. Oh, oregano masukkan sekali dgn bawang putih. Ku malas nak taip, sebab susah nak taip pakai ipad segala ni..

Serve hot. Alhamdulillah, danial makan dengan jayanya. Nanti mommy explore recipe lain lagi untuk danial.. Mommy loves you. Sayangnya abah tade tengok dani makan :(

Thursday, October 18, 2012

Rabu rabu

Last week danial kene demam campak. Sehari je dia demam, hari lain tgk dia garu-garu..
Then kene diarrhoea pulak. Until yesterday 3 kali dia poo-poo.

We'd been to almost 3 clinics now. Paed dgn GP. And we're keeping him hydrated day by day. He's active, like always, cuma pagi, tgh hari dgn petang dia akan poo-poo.

We'd changed his formula milk. Sekarang nak cuba tukar his diet. Danial refuse makan 100% solid food. Tapi sekarang kitorang cuba bagi dia solid for main meal.

Danial jarang-jarang sakit. Last dia demam masa saya pegi DPA. Bila dia sakit camni semua orang risau :(

Anyways, apart from that. I have another news to share. I'm carrying a baby :) currently in my 3rd semester now. Alhamdulillah.
Please pray for us :)

It has been a challenging journey. With breastfeeding danial, giving him attention and keeping myself sane.

It was all started when I noticed the unusual ounce I had bile pam susu. Normally bole dapat at least 5oz per session, tetibe drop jadi 2oz. Waktu tu risau la. Sampai buncit-buncit perut minum air.

Danial was about 11mths at that time. Balik DPA saya kerapkan pumping session. Kalau dari 8pg-5ptg, 4-5kali pam. Dapatla 4 botol x 5oz. Susu dah tak semeriah sebelum DPA, but they are still here :)

Sampai sekarang danial dah campur. Tapi saya still bagi susu badan. And hoping that after deliver I will be blessed with more production so they both can share :)

It will be great if you can manage to have a period of time before having another baby so that you'll have the commitment to fully breastfeed your baby. But, to be blessed with another baby, I'm not going to whine :)

Sekarang badan dah mengembang. Muka pun dah jadi full moon. Pregnancy kalini berat tak naik banyak mcm mengandungkan Danial. Though i still have my goodnight sleep sebab danial tido dari 9mlm sampai pagi. Less cramping feet. Nausea sikit masa early pregnancy.



Lepas deliver nnti nak pantang betul-betul dan dapatkan berat sebelum mengandungkan Danial. #berusaha!

Tuesday, October 16, 2012

Tantrum

Danial is 17 months old now : Week 4

Baca-baca about a 17mths old toddler and came across with tantrum.

Managing meltdowns
If you haven't witnessed a tantrum firsthand yet, you may very soon. Tantrums are an expression of frustration over something a toddler can't do, either physically or because it's not allowed. Mix in fatigue or hunger, and kaboom!
As much as you may wish you could soothe the savage beastie right away, there's no magic formula. A tantrum usually burns itself out faster if you act neutral or even ignore it instead of responding with a sympathetic cluck or rational explanation.
Once your child calms down, offer her a lap and a chance to regroup. Try distraction (rather than giving in to something you refused). Don't punish a tantrum. At this age, your child can't help herself.

Mommy's love kene demam campak tapi lasak as always :)
Fair enough. I blame the hormonal imbalance, selalu hilang sabar dengan Danial. Kadang-kadang sebenarnya nak lepaskan marah dekat orang lain, tapi Danial ada dia yang kena. But not to the extent of sampai nak mendera anak. Danial, sorry if mommy's not a perfect mom. But, I will try my best to provide you with eternal love and prosperity. Semoga Danial jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Tuesday, October 9, 2012

our conversation

Danial: ne abah?
Mommy: abah keluar kejaaap je, pegi ambik duit.. duit tu kite amik sebab nak beli menan, baju. tu la kite kene amik duit...(saja cakap panjang-panjang supaya dia tak dapat catch up)
Danial: aceh... (terima kasih)

Mommy: ^(@*^#(  why? nape dia faham? (cakap dalam hati)

Tuesday, October 2, 2012

Kulit sensitif

Saya ada kulit yang sensitif. Cik abe tade. Danial ada. Tapi mild kot. Cuma kalau tengah hari, pegi kenduri orang kawen telinga ngan pipi dia akan bertukar merah. Macam udang bakar - apa la mak kau kata kau udang bakar.

Pastu sebab air liur dia selalu sangat meleleh-leleh, terus banyak rash dekat leher dia. Bib? We'd tried bib. Tapi dia tak suka. Macam - apa la mama, tak cool la ada kain jerut-jerut kat leher. Sampai keadaan leher dia jadi teruk naik rashes kitorang bawak pegi jumpa pakar kulit segala. Tapi sebab maknya pun tak suka dia bergantung sangat pada cream dan ubat segala. 

Tetiba I came across this organic brand and think I should give it a try. 



Earth mama , angle baby Bottom Balm.

So far, almost 2 months guna berkesan la. Puas la kitorang pegi Paed la, Dermatologist la, akhirnya yang ni jugak berkesan untuk Danial. The best part is, selain daripada dia organic, kitorang apply 2-3 kali lepas tu surut segala eczema dengan rashes dia tu. Benda ni memang guna untuk kat bottom dia for nappy rash, tapi kalau ada rashes kat belakang telinga ke, leher ke pun kitorang apply berkesan la untuk kulit Danial.

The bad part is, benda ni susah nak cari kat Malaysia (=__=). Haha. (Kenapa gelak).

Walaupun anak aku anak jantan, tapi sementara dia baby-baby ni, perlula kami menjaga kulit dia. Hehe. 

Kan kondinali?.. (Tah apa-apa tah abahnya panggil anak kondinali, saya pun dah terikut. kon kon kon.. kondinali --- sampai danial pun nyanyi lagu ni)