Monday, October 22, 2012

Baby food: Mac and cheese

Mac and cheese yang tamak cheese


This is a trial. Sebab bagi danial makan yang goreng. Pastu sekali dah rebus macaroni tu, buatla mac n cheese jugak. Sebenarnya mommy dia yang nak.

Kalau pegi kedai tak puas hati mac n cheese dia. Banyak msg pastu cam cair-cair je mac n cheese dia.

Baik buat sendiri kat rumah. Puas hati. Nak buat pun senang je. Yang saya buat ni simple je, kalau nak tambah turkey strip ke, udang ke, boleh je.

Bahan
Macaroni
Cheddar n mozarella cheese
Bread crumbs

Bahan untuk white sauce
Butter
Flour (tepung gandum)
Susu
Mixed herbs
Black pepper (to taste)
Salt

Methods
Rebus macaroni sampai well done

White sauce dengan macaroni yang dah bersedia nak bergaul

White sauce
Panaskan generous amount of butter, pastu tepung gandum, kacau-kacau, masukkan susu. Agak-agak je cukup dengan macaroni yang dah rebus tadi. Kalau nak dia moist, letak susu lebih sikit. Pastu seasoning.

Dah siap white sauce, letak macaroni dalam tempat nak bakar tu (sapu baking sheet tu dengan butter sikit).
Pastu pour in white sauce. Gaul-gaulkan bagi sebati.

Pastu tabur cheddar atau mozarella cheese. Sebab saya suka topping yang macam crispy, saya tabur jugak bread crumbs sikit atas cheese tu.

Cheese untuk gemukkan anak beranak

Then bake.

Dah siap tu hidangkan panas-panas.
Budak-budak pun suka makan :)

No comments:

Post a Comment