Wednesday, October 31, 2012

Back to basis

Hari pertama keje lepas 4 hari bercuti... Nothing could be better (=_=)
Kalau zaman single-single dulu perasaan tu macam malas-malas, tapi ni sebab dah ada anak, perasaan tu lebih berat pada nak tinggalkan anak..

Sekarang dok fikir-fikir pasal nak pindah dekat dengan putrajaya. Rumah siap 2014. Ada lagi 2 tahun. Nak pindah boleh bila-bila masa, tapi nak cari tempat yang boleh dipercayai untuk jaga anak tu yang mungkin ambik masa... Mintak-mintak dipermudahkan semuanya.

Bila banyak-banyak fikir mula la rasa nak ambik unpaid leave je. Ambik je 2 tahun ke. Besarkan budak-budak depan mata. Puas hati jaga anak dengan tangan sendiri. Tapi financially, tak begitu kuat. Commitment yang ada untuk saya, kereta. Cik abe pulak rumah. Kete dia dah bayar full, tade commitment lain.  Dengan rumah yang beli untuk investment...
Kalau ambik unpaid bole la hidup kot, tapi tak la jadi begitu mewah. Danial pun tade la baju baby gap setiap bulan ok.

Hmm.. Macam-macamla. Dulu nak survive untuk diri sendiri, now you're dragging along your family with you. Setiap keputusan tu akan bagi kesan kat orang lain.

Ok tu je la wednesday blues. Life goes on.....

Danial masa raya aidiladha kat kampung berisu. Sedap tido lambat bangun pagi

No comments:

Post a Comment