Monday, December 31, 2012

The end of 2012

Lagi berapa jam nak masuk 2013, time nila celcom punya line hampeh. Time ni la cimbclicks
segala cakap busy la. Tapi sibuk kot, sebab time ni la youngsters nak gayut lama- lama macam tade hari esok. (padahal aku dengan laki aku dulu pun sama je).

Permulaan 2012 was not so great. Sebab dalam DPA. Berpisah dengan anak dan suami. Tak dapat temgok danial membesar depan mata. Masa kat wataniah bila nak tido mesti nanges. Sebab rindu anak dengan suami dengan family. Pastu sebab takut. Seram wo PUSASDA. Jadi aku pun himpit-himpit tido ngan aini. Nasib ada kawan satu kapal. Hehe.

Habis DPA 1/4/21012. Masa 8/4/2012 buat pregnancy test and alhamdulillah it was positive. Kitorang selalu tengok danial main sensorang. Tu yang niat biarla dia ada adik, jadi boleh membesar sama sama. Lagipun bila maternity leaves bole duduk rumah luangkan masa dengan danial and the baby.

Pastu sume nye jadi cepat. Sampai 8/12/12 haikal lahir. Bersyukur dengan pemberian tuhan. Dan semoga kitorang boleh laksanakan amanah ni dengan baik.

Ok tak best la post blog pakai hp. Dengan line yg lembab. Ah menyampahnya semua line telefon di malaysia!

Sebelum haikal terkuis-kuis nak susu, baik aku tido.

Happy new year!

No comments:

Post a Comment