Wednesday, October 23, 2013

Bad tudung day

Dah la pagi tadi ter spray perfume kat muka. Padahal orang tengagA.  Uul nyanyi-nyanyi. Pastu susah betul nak belit-belit shawl panjang ni. Hambik ko! 



Monday, September 30, 2013

Luahan hati 2.0

Cabaran mak-mak yang bekerja sekarang semestinya ialah nak cari orang yang jaga anak waktu bekerja. Respect lah mak-mak yang ada degree berhenti kerja pastu jaga anak kat rumah. I envy you. Sebab aku pun harap dapat buat macam tu. Tapi for me, I need to work to be a better mom kot. Tapi still nak spend masa yang banyak dengan anak-anak.

Sekarang Danial dah 2tahun. Dia baru 2 tahun. Tapi orang ingat dia dah 4tahun. Baru nak pandai bergaduh. Dulu orang pukul dia, dia nangis cari mama. Sekarang ok la, boleh marah balik. 

Haikal dah berdiri sendiri. Currently we are waiting anxiously untuk tengok bila masa dia nak jalan. Harap-harap cepat dia jalan, supaya dapat kurangkan kejadian abang dia langgar dia dengan basikal. Huhuhu.

Adik sangat strongly attached dengan mama.
Kalau nampak mama bangun dia nangis. Kalau mama mandi dia nangis kat depan pintu bilik air. Sampai kalau aku pakai baju, dia duduk bergayut kat kaki nak mama. Adik setakat ni 100% susu mama. Abang dah jadi 20%, lagi 80% adalah susu friso gold step 3.

Haritu masa budak-budak ni tido dalam kereta, sempat la borak dengan F. Cakap kat dia, kalau takde budak-budak ni mesti kite dapat jalan-jalan, tengok wayang, makan-makan. Galak bersembang pastu dia sekejap, tapi sampai bila. Sampai bila nak tengok wayang je? Berjalan je? Jadi kitorang bersyukur sangat dianugerahkan dua orang anak ni. 

Time flies really fast. Bila tengok danial, terkesima jap, cepatnya masa berlalu. Rasa ingat lagi camane aktifnya dia dalam perut. Unlike haikal, bila naik kereta je baru dia aktif. Haha. Bila mandi-mandi nak sabun, pegang luka c-zer, dah 2 orang dah keluar ikut luka sejengkal tu.

Semoga kitorang dipermudahkan dalam nak besarkan anak-anak ni.
Semoga anak-anak mama jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.


      The Danials at JKids Paradigm Mall


Tuesday, September 24, 2013

Monday, September 23, 2013

Sindrom anak kedua

Ni nak kekalkan momentum entry haritu.

Masa tengok Danial main sorang-sorang, macam kesian anak aku ni takde kawan. So lahir la haikal.
Tapi sebab dua-dua jarak adalah dekat (selang setahun) dengan Danial nak attention, Haikal pun nak attention, kekadang cam risau tak dapat bagi kasih sayang tu sama rata. I love them so much. Tu memang 100%.

F tanya aku sayang Danial ke sayang Haikal? Boleh la dia tanya camtu. Mana ada jawapan yang tepat. Dua-duanya macam paru-paru dan jantung. Takde salah satu camana aku nak hidup?

Danial dah pandai cakap dengan respon orang tanya. Kadang-kadang orang ingat dia 3 tahun. Sebab badan besar. Tapi muka baby-baby, pipi pun londeh. Tambah seri dengan taik lalat di tepi bibir kiri.

Haikal pulak, pagi ni air mata berjujuran sebab nampak aku keluar pegi kerja. Nampak je mama dia pakai tudung dia dah nak melekat. Basah lengan baju harini sebab air mata dia. Hehe. Mama pun ternangis jugak sikit. Haha.

Orang kata anak kedua akan lagi lasak dari anak pertama. Mungkin betul. Macam budak-budak ni rapat. Jadi Haikal selalu ikut apa abang dia buat. Dia dah boleh panggil 'aabah' 'mama' at the age of 8months old. Clapping hands at the age of 6-7 months old. Sebab dia tengok Danial. Ni lately dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa.

Cubanye as time goes by, mungkin masa kitorang laki bini adalah limited. Alhamdulillah, anak-anak aku jenis yang tido malam. Pelik. Maknye insomnia, tapi anak-anak kuat tido. Haikal pukul 8.30 - 9 malam dia akan ngantuk. By 10pm sure lena. And tido sampai pagi. Danial sampai umur 2 tahun, by 10pm memang dah tido. Lately ni dah pandai ter stay up sampai 10.30pm. Tu pun sebab teman abah tengok bola.
Bila Haikal tido. Maknya tertido. Sebab Haikal breastfeed. Susu badan. Masa mula-mula dia menyusu tu maknya tepuk-tepuk, pastu main hp. Time tu nak stalk orang sana sini. Pastu last sekali tertido. Danial pulak kat depan main ngan abah. Cuma sesekali bila dia nak menyusu, atau nak tengok mama dia, dia masuk bilik sendiri. Jadi bilanya kitorang nak ada masa berdua? Time kat ofis. haha. Tu pun whatsapp atau message. Laki aku on the go siiiiiibuk je.

Tapi alhamdulillah jugak, F adalah orang yang ringan tulang nak tolong aku. Bab buat susu, basuh poo-poo, mandikan dua-dua haikal dengan Danial, kalau dia ada rumah, memang dia buat. Tapi tu pun sebab memang aku mintak tolong. Bagi dia involve jaga anak-anak dia. Dia sibuk dengan kerja. Hari-hari sampai rumah pukul 7.30malam. Pagi pukul 7 keluar. Sabtu kekadang kerja. Jadi memang dari Danial dulu, aku mintak tolong F buat benda yang aku rasa dia boleh handle. Sampai sekarang, dia boleh buat, even kalau aku takde. That is the guy who I married 3 years ago and the love of my life. Hehe.

Tu la cabaran kalau anak dekat-dekat. Nak berjalan pegi oversea ke apa ke, kene pikir banyak kali. Jadi last-last tengok je la gambar orang bercuti. Tapi Allah is fair. Kekadang kita tak dapat benda tu, tapi dia ganti dengan benda lain. Aku pun bersyukur dianugerahkan Danial Hamzah & Danial Haikal.
All praises to Allah.


Friday, September 20, 2013

Anak dua

Uishh.. kemah la. Dah berzaman tak update blog.
Berkejar-kejar. Kalau ada masa rileks tu time tuu la nak relaks. Tu pun kat ofis kot.
Hehe. Tu pun sebab keje apa.. gomen. Aah. Gomen. Nasib dapat keje gomen.
Tak sia-sia PAC, interview, DPA bagai. Haha

Ok. Nanti sambung. Nak kemas barang. Tengok apa kena buat next monday. Pastu nak enjoy weekend :)

Saturday, July 13, 2013

Resepi: Grilled lamb dengan pemanggang ajaib

Hahah. Perlu ke letak pemanggang ajaib? Tak perlu sangat. Kalau ada pakai, takde takpe je pun.

Daging kambing. (Ayah beli kat giant. Kat tesco pun ada jual)
Untuk marinade:
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Bawang putih tumbuk
Black pepper

Pastu marinade daging.

Side dish dia saya letak french fries dengan bellpepper.

Untuk sos:
Bawang putih
Serbuk lada hitam
Sos lada hitam
Tepung jagung
Air
Whipped cream
Olive oil

Cara buat sos:
Olive oil dgn bwg putih yg dah dipotong2
tu dimasak. Agak-agak dah cam perang letak sos lada hitam. Pastu letak garam secubit. Dia akan jadi cair sikit.
Dah mendidih tu letak tepung jagung. tepung jagung tu dah dikacau dengan air sebelum dimasukkan dalam sebatian.
Dah macam pekat sikit masukkan whipped cream, kacau. Pastu letak la serbuk lada hitam, alter je ikut rasa. Kalau puasa tu agak-agak je la :)

Senangkan.

Kambing, bellpepper tu dimasak sekali dgn fries di atas pemanggang ajaib tu. Senang jugak. Kalau takde pakai je la kuali yang tak melekat.

Harini nak buat seafood platter :)


Sunday, June 16, 2013

Farm in the city

Kisahnya bila officemate cik abe bagitau dia bawak anaknya pegi petting zoo. Boleh pegang animals kat situ. Kitorang dah 3kali bawak dani pegi zoo. Jadi nak cari tempat baru.

Pastu ditambah harini tertengok rancangan kat tv1 pasal visit budak-budak ni pegi Farm in the City. Terus saya pun google. Loh, kat equine je tempat dia. Belakang giant seri kembangan tu. macam mana boleh taktau!

Sebab memang nak pegi kenduri anak lelaki kak sherry (tahniah kak!), terus ajak cik abe pegi situ. Dah siap save map dia kat waze.

Kalau dah sampai petronas seri kembangan tu, terus menghala ke pasar besar selangor tu, straight lagi sampai jumpa roundabout akan nampak signboard dia. Tapi kalau nak alamat penuh dia :

Farm In The City
Lot 40187–40788, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan, Selangor 43300
Company Website

Dekat dgn 'downtown'. Nk msk mmg nmpak mcm tak convincing sbb ada construction site. Si danial dah mencangkung tengok abang indo tengah buat welding (=..=)

Dah parking kat kawasan luas tu kena masuk and jln sikit ke dalam. Nak bawak stroller ok. Tapi bila masuk kat kawasan macam kitorang bawak peacock tu dah susah. Jadi sy nasihatkan bawakla baby carrier kalau ada anak baya haikal.

Saya pegi pukul 3ptg. Cuaca baik. Tak panas sangat, tak hujan. Sbb kitorang nak balik jln duta balik. Tp ada jual air kat dalam tu. Td nmpak promotion kalau naik poney ride dapat vitagen. Ok jugak.

Sebab mungkin orang ramai tak tau, jadi tak ramai orang. Masa mula-mula masuk macam jakun. Sebab tgk skunk yg tgh tido. Pastu cik abe g tanya. Boleh pegangkan? Terus pekerja dia ambik and suruh ktorang pangku. Best. Danial mula-mula takut, tapi dah tengok bapak dia yakin dia pun ok.

Paling best kat tempat rabbit dgn hamster. Tapi masa tempat tortoise tu bet jugak. Besau kura-kura dia. Terkejut makcik. Igt apa benda. Sebab kalau kat zoo blh tgk dr jauh, ni kita main lalu-laku je.
Ada sekor monkey ni kecik je. Comel. Tetiba lalu kat dani. Excited la dani.

Kat situ ada tempat tangkap ikan. Budak-budak tangkap pastu lepaskan balik. Banyak la animals dia. Puas hati. Jinak pulak tu. tu pun kitorang tak habis jalan. Sebab haikal dah ngantuk. Adik pun kemain nak ramas-ramas rabbit tu.
Tak sempat tengok banyak sangat, tapi kitorang akan datang balik nanti.

Admission adult yg ada ic RM30. Budak/budak bawah 3thn free. Bolehla google psl tiket ni, sbb masa cik abe bayar tiket sy tgh menahan dani dari keterjakunan beliau.

Pekerja dia pun friendly sgt. Nnt kitorang datang lagi. Org2 kat putrajaya yg ada anak kecik meh la dtg sini.
Tempat nak cuci tangan pun banyak kat dalam tu. siap ngn sabun :)














Tuesday, June 11, 2013

Surviving 6months with susu ibu

Setengah orang memang pandai organize kan susu yang dah diperah (EBM) ni. Saya balik keje nak terus ambik anak-anak, jadi saya letak mana dan je.

Susu yang kita dah pam dekat ofis tu bawak balik dan bekukan kat rumah. Kalau letak kat freezer yang mana suhunya pada -18 hingga -20degree celcius boleh tahan dari 3 hingga 6 bulan.
Walaupun nutrien nya akan berkurangan sebab kita dah bekukan dah ekspres, tapi ia dikatakan adalah lebih baik dari susu formula, jadi teruskan memberi susu anda. (Tetiba formal).

Kat bawah tu gambar yang saya ambik masa letak susu yang dah dibekukan. Sorry memang terabur. Haha. Pastu bila malam atau awal pagi saya dah letak kat chiller. Jadi dia akan mencair dengan sendirinya dalam suhu yang terkawal.

Masa nak bagi, bobo (panggilan kepada maid) akan tuang ke dalam botol susu, dan panaskan dengan air panas. Bukan didihkan dalam periuk, just rendam dalam air panas dengan manja-manja camtu. Suhu air panas tu dalam 40darjah celcius.

Nampak macam teknikal, tapi bobo boleh buat, anda pun pasti boleh.
Macam leceh bunyi nya, tapi benda yang baik memang susah sedikit. Tapi bayangkan kalau keluar, tak payah bawak botol-botol, dengan air panas atau air sejuk, hanya perlukan diri anda dan baby.

Perasaan ketika dapat susukan anak pun adalah pengalaman berharga. Dari derang baru lahir, sampai lah derang main lari-lari pastu datang mntak susu. Bila tengok adik dia tengah susu dia pun nak jugak. Jadilah anda kak limah. Ok tipu.

Sumber: google dan kelas PSI



Monday, June 10, 2013

Haikal's baby food

As haikal's 6 months old now, it's time for his first solid food. Excited.

Alhamdulillah for the opportunity I was given with breastfeeding him for the past 6 months. Purely mommy's milk.
Pat on the shoulder.

So his first solid food, is just the same ingredient I'd made for danial's.
Trying my best not to include instant food.

So they are basically:

1. Carrot and potatoes
2. Steam or boil til perfection
3. Blended til it turns to puree
4. Add water if its not that soft

1. Brocolli
2. Steam or boil
3. Pureed

Or just as simple as puree-ing bananas.
All that food comes without sugar nor salt.

Alhamdulillah, haikal is not that fussy about food.

Dah besar dah anak bujang mama..

Novel cinta

So my mother came home from work and told me "ibu beli buku tu, murah je. Nanti baca". I glanced and saw two novels with malay titles (I don't really read malay novels, ibu knows it)..

But then, taknak jadi anak derhaka. Start reading! Hahaha

Thursday, June 6, 2013

Dinner and pumping session

So I had to attend an official working dinner. What's not that great of having dinner at a five star hotel? A-hah. Not for the breastfeeding mothers. Especially when I'm using a spectra 3. I need to find a plug, somewhere. But thanks to the great musola at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.. I could continue my motherhood activity with ease. Mission accomplish! I wish every hotel could provide a comfy surau or musolla like this, to pray in this nice condition.



Saturday, June 1, 2013

Korean facial mask

Pernah tak dengar idioms ni "there are no ugly women, only lazy ones".
Saya mcam tergolong dalam golongan kedua. Sigh.

So I've been trying SKII mask. My verdict would be 4 out of 5 stars. But the bad part is they're pretty expensive.
Macam membazir la pulak kan.

Pastu tengok this one product from Korea. Packaging dia comel sangat. Dermatologist tested. Tambahan lagi packaging dia comel.
Ok yang tu kan dah cakap tadi.

So beli. Tunggu budak-budak tido pakai terus pakai waktu malam. Direction dia kata pakai sampai 10-20min. Tapi sebab leka pakai sampai 30min. Masa pakai pun dah rasa hydration dia. Bila bukak wah, kulit rasa lebih moist. Cam choc moist tu. ala nak kata saya gemok la kan. (Pehal sentap)

Setakat ni dah try yang aloesoothing sesuai untuk kulit kering dengan aquaringer. Memang berbaloi. Harga pun RM10 je per pc. So sesapa nak try memang recommended Leaders InSolution Leaders ni. Diorang ada macam-macam jenis mask for every skin type. Recommended mask ni pakai 2-3 times a week. Tapi saya pakai seminggu sekali je.

Sesuai untuk golongan lazy ones nak jaga kulit, tapi kesannya sama macam orang yang rajin.

Bijak bijak. Murah pulak tu. Berbaloi-baloi.







Friday, May 31, 2013

Nasi goreng 3 pagi

Ok ni bukan resepi homemade.

Terjaga pukul 2 pagi. Pastu tengok cik abe..cakap lapar. Sebab haikal tido pukul 8.30, mamanya tido sekali. Danial tudo pukul 9.15 pun mama tak sedar.
Pastu haikal nak susu bagi dia susu sampai dah terlelap. Setengah jam kemudian, cik abe kejut...


Tara.....

Nasi goreng cina dengan telur mata kedai mamak at 3.00am. Superb.

Love you yang 😘

Wednesday, May 29, 2013

Tahun ketiga

Here's to the man that made me pregnant twice,

Happy 3rd anniversary. I love you yang <3

So we celebrated this morning with danial mengamuk nak susu at 4am. Then haikal's eyes were wide open at 5.40am.
Then he pooed. Habis kena tilam. I showered him at 6.00am then 6.35am, off to work.

In case you're wondering, that's 3 years of marriage with 2 boys is like.

Still, alhamdulillah for everything. I am not a perfect wife. Pemalas. Suka membebel. Suka pakai make up. Suka pakai seluar pendek hawaii atau seluar pendek makcik.

That's your wife.
Take it and you can't leave it. Hehe.

This morning's picture. Sempat ambik before work.

Tuesday, May 28, 2013

Susu badan

Ok. Blog ni dah bertukar jadi dari cerita time saya bercinta sampai la anak dua orang. Jadi mengikut peredaran zaman, dan usia nak cerita pasal breastfeed.

Masa mengandungkan anak pertama, sy tengok kawan satu pejabat yg pam susu untuk ank dia. So dari situ sy blajar pasal susu badan semua. Beli pam, storage, travelling. Dengan ilmu yang tak seberapa tu alhamdulillah dapat susukan danial sampai setahun lebih. Fully breastfeed sampai 9bulan. Bulan ke 10 dah campur dengan susu tepung. Sebab pegi DPA, tak dapat nak direct feed danial selalu.

Pastu saya mengandung lagi. Waktu dah habis DPA, saya gigihkan jugak bagi danial direct feed dgn susu badan.
Pastu bersalin, sampai sekarang danial menyusu lagi. Tak tahu la bila nak berhenti.
Sebab bila dia nampak haikal susu, dia pun nak. Basically, bukan sebab nak sangat kot, tapi sebab jeles saya susukan haikal sambil pangku. Sebab haritu saya bagi dia susu masa dia duduk, dia kata pangku pangku (=..=)

Haikal is approaching 6 months dah.

Jadual pengepam kat ofis camni:

Sesi 1- 9.00 pagi
Sesi 2-1.00 tgh hari
Sesi 3-3.00 ptg
Sesi 4- 4.15 ptg

Tapi kekadang ke laut jugak. Sebab tengok masa keje dan keadaan. Saya masuk kerja pukul 7.30pg-4.30ptg.
Tu yg start pam awal. Kalau ter skip sesi 4, kat rumah sampai saya buat tandem.
Bagi susu kat haikal sebelah, sebelah lagi pam. Jadi tak membazir susu tu.

Saya start buat stok susu masa haikal 2 minggu. Tu pun tak konsisten. Sebab dgn badan sakit2 lagi, dengan danial waktu tu very demanding, jadi saya pam waktu malam.
Sebab haikal pkul 7.30 mlm dah tido saya tido sekali (masa pantang). Bila tido awal, pukul 2-3 pagi mesti terjaga. Waktu tu saya buat milo, tengok tv dan pam..
Dan.. Beli barang online! Haha. Tu la masa relax saya.

Pastu bila dah masuk 2bulan, saya buat stok. Bila haikal habis menyusu saya pam.
Buat camtu, sampai dapat kumpul stok.
Sampai harini, kalau cuti sabtu ahad, saya akan pam 2kali. Tu untuk bagitau badan "i need more milk for my baby"

Hmm nk cakap banyak pasal susu badan,
sy ckap berdasarkan pengalaman. Yela, anak baru 2 orang. Tak banyak sgt pengetahuan. Buat masa sekarang saya tak ambik apa-apa supplement untuk nak tambah susu.
Saya percaya pada makanan sebenar, minum air dgn kuantiti yang cukup dan positive thinking dan support.

Masa pantang saya kena demam panas. Teruk sangat sampai tak boleh bangunZ.
Waktu tu susu memang tetiba kering.
Baru saya faham kenapa orang kata takde susu, takde susu. Tapi alhamdulillah, saya masih boleh teruskan dengan breastfeeding. Saya makan benda2 ni:

1. Habatussauda
2. Lobak putih
3. Air, air, air

Saya tak tahu kalau-kalau kemudian mungkin saya pun kena makan supplement, bagus jugak supplement tu untuk badan mommy, supaya sihat. Bila badan sihat, kita pun boleh produce susu.

Tapi regardless, bagi saya, saya harap dengan menyusu badan, perkembangan anak-anak saya akan jadi lebih baik. Saya juga mahukan yang terbaik for both of my danials. Tapi saya pun tak cakap yang anak yang tak menyusu badan tak baik. It depends. Pada usaha dan rezeki masing2.

Harini dan semalam saya puasa ganti. Dah mengandung je setiap tahun, ada jugak termiss2. Alhamdulillah, bila pam susu still sama jugak. Tapi pagi tadi satu jag tembikai laici saya minum. Hehe.

Ada lagi 5 hari nak ganti. Ohhh susah jugak nak ganti puasa time orang lain tak puasa...... Tahun ni harap-harap dapat puasa penuh....... Heheheh



Monday, May 27, 2013

Gemok ke aku?

Bila orang tegur, kurus dah awak ni..
Eh dah jadi kecik la awak ni..

So I'm thinking..

My gosh, was I really thaaaaat fat?!




My precious







Sunday, May 26, 2013

Diet plan

But most of my friends are pregnant now.

That's even better! Hahah

Tuesday, May 14, 2013

Mother's day

Last year cik abe secretly put a happy mother's day card on my dashboard. So when I was in my car the next morning I'd be surprised. It was written by my beloved husband, acting like he is danial.
This year I guess with juggling his work and the two babies, he forgot to do what he does best- giving me a surprise.

But I love him dearly. And hopefully he'll remember our wedding anniversary, soon (crossing fingers)

Over the previous months, since I last post, a lot had happened around me. Forget the general election, it was really tiring even to just remember how annoying it was to read my newsfeed at facebook, twitter or instagram. Ok dont let me started. Then family and friends. There have been lost, engagement, united and newborns.

It's amazing to carry on living with such lost in lives, though at some point of lives we thought it was unbearable. But we hold on. Hold strong to faith, iman or whatever left that we believed were still there. Continue doing what you think is the best for you, you have to do what is right for you. No one else is wearing your shoes.

For the gaining. We have to look down sometimes. So that we could be grateful.
Life is like a bicycle ride. There will be times when everything we worked for won't turn out the way we'd planned.

As for me. There are hard times. There are jerks. And sometimes I must admit the jerks could've been myself. Lesson learned and we continue living.

Don't need that special surprise card. I am thankful for everysingle things that Allah grants me. The lost will be a lost, there is nothing I can do about that. But I should care for what I have.

I hope I'll work my best to be a good wife to my husband. A good mother to raise the two boys. And to love my family eternally.

Ok dah nak tido.

Love,
N.S.A

Abandon

Hahaha. Gelak dulu. Lamanya tak upload blog. But I guess you know why kan.
Bukan je tak sempat update blog, lack of sleep, badan sakit, sikat rambut pun tak sempat, mandi pun dengan laju..
Tapi nope, I am not really complaining. In fact, I enjoy them. I treasure every moment watching them growing up.

Danial is now 2 years old, while Haikal is approaching 6months old dah. Alhamdulillah. Dah besar anak-anak mama.

And I'm currently spending most of my spare time doing this..


As something good is going to happen in June 13 :)


Wednesday, March 20, 2013

Bukan saya

Bukan saya buat sendiri ye.
His whatsapp's picture
His facebook's profile picture..
Isn't he a darling <3 <3



Thursday, February 14, 2013

V-day 2013 stories

Okay first thing first. Memang haram. Tapi masa bercinta dulu macam gatal-gatal kan nak wish happy valentine's day bagai kat cik abe. Pastu dah matang (read: tua) sikit ni baru terfikir that the word valentine's pun bawak maksud si valentine tu punya hari. Dah baca-baca baru tau.
Tula zaman jahiliah saya dulu, sekarang pun banyak jugak benda yang jahil. Ilmu yang ada dalam tangan hanyalah segengam, sedangkan ilmu Tuhan adalah lebih besar dari lautan.

Post partum check up

Berbalik cerita pasal harini,  selain pada temujanji aku dengan cik abe, which is hari-hari kitorang temu janji.. Cuma kadang-kadang merajuk taknak bertemu dengan dia kalau dia balik lambat. Huhu..
Eh. Apala cerita lompat-lompat. Harini check up post labour dengan Prof.
Alhamdulillah, wound heals well, and the uterus is shrinking well with no sign of fibroids whatsoever. Prof tanya bila nak beranak lagi? InsyaAllah, with Allah's will..kalau beranak lagi, kitorang book prof jugak :)


Danial: Eating trouble shoot

Nak tulis disorder.. Tade la sampai disorder. He is not a fan of eating. Despite his healthy 15kg weight. Kalau nak tau abang dani still makan bubur nasi yang diblender. Yes. Diblender.
Macam puree. 3 times a day.

Orang pun dah ramai yang tegur, bagi nasikla.. Tak kenyang, tak baik.
I know. We know. But what do you expect us to do? Kitorang pun takkanla nak biar anak makan puree. Sapa yang rajin bawak blender dengan sayur-sayuran everytime we went for travelling?
Ada sekali tu almost a month, tak buat puree. Steam, fried, soup.. You name it. No-no. Yang okay ikan goreng dengan kicap.

Rasa semua budakpun suka. Tapi lepas tu dah tak nak semula. Plus, with that food alone mana nak dapat zat? Frustrated everytime nak bagi dia makan, just like me......when i was little. Hahaha.

These couple of days, back to puree again, yes. Dia makan puree tu pun syukur je bila habis satu tupperware tu. puree tu ada carrots, chicken, spinach.. Alternately, chicken, salmon, ikan merah, beef.
Tapi sekarang every now and then, my mom said that we should try to feed him with non pureed food, again. Doakan kami berjaya!


Haikal: Bottlefeeding lesson

Harini bootcamp haikal dengan bottlefeed. Sebelum ni ada bagi dia bottlefeed, everynow and then. Especially bila mommy dia keluar shopping, (what la).
Yesterday macam abang dani, I bought haikal with the same brand his brother uses. Avent. But he refuses. So I was thinking of giving him other brands. Jadi pagi tadi, setelH berperang dalam 30min, dia habiskan 2oz. Then he slept. Pukul 10pagi bangun cuba bagi dah dia gaduh-gaduh. Stress level was high. Dengan abg dani yang nak suruh mama tengok dia man horse. Poor abang dani, mama tak bagi attention sangat. I asked him to go and play with umi nina.

Akhirnya the maid came. Sebab dia kesian tengok haikal nanges, dia yang bagi.
I know that if possible, it is best if someone else should bottlefeed their baby, not the mother.
Sebab dengan bau mak, dengan bagi botol, baby boleh confuse, but my mother repeatedly cakap dia dulu okay.. So takpe, gagahkan jugak. Then I left my babies for the appointment. Telefon ibu tanya how's haikal. Ibu kata dia dah minum 3oz, tapi muntah.

Jadi esok is another day for haikal. It hurts mommy to hear you cry. Mommy has to go to work. I wish I am home to direct feed you, but you have to learn baby, that life is hard sometimes, but we'll make it through. I love you sooooo much. Tu pun susu mama jugak, cuma dalam botol je.


The end.

Friday, February 8, 2013

Bercampur baur

Haikal is 2months young today. Alhamdulillah.

Kadang-kadang banyak benda yang menyakitkan hati ataupun disakitkan hati ni, tapi tak boleh buat apa-apa, just doa je semoga dengan ketabahan aku tahan dengan orang-orang ni, Allah permudahkan kehidupan anak-anak aku supaya hidup derang dah tak payah berhadapan dengan orang-orang camni. InsyaAllah.

Ok. Emo pagi-pagi jumaat hujan-hujan ni sebab tinggal lagi sebulan je nak masuk ofis dan kene lagi berpura-pura suka dengan orang-orang yang suka tengok kita jatuh. Dan sakit hati bila kita senang. Ok. Emo lagi.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta dan berharap. Berilah aku kekuatan.. Aku hanya mahu mencari rezeki untuk anak-anakku di tempat itu.
(T_____T)

Mungkin sebab tula dianugerahkan dengan permata-permata berharga ini.. (ok lepasni harap-harap ada rezeki baby girl pulak tahun ni. Eh?)

Thursday, February 7, 2013

Kelahiran Haikal

It was that Friday, that I felt the contraction every now and then. But it wasn't obvious. Second baby, the confident level is quite certain. Haha.

The saturday morning, hubby went to work. Lepas subuh dah rasa sakit belakang dengan contraction yang kuat. But I was busy with Danial. Mandikan dia, bagi dia makan. Layan dia main, tido kan dia. Sampai la dia tido, pukul 11.00 pagi, whatsapp my officemate yang tengah dalam pantang anak ketiga. Tanya dia pasal contraction yang makin kuat. Sedar-sedar dah pukul 11.30. Mandi. Masa mandi tu mengetap-ngetap bibir jugakla tahan sakit. Pastu ada lauk udang galah masak lemak cili api, makan dulu la.. Nanti dalam pantang menyesal tak makan. Oh, sebelum tu dah msg cik abe, suruh dia balik. Dia kata dia habis keje pukul 12.. Boleh tunggu ke? Cakap ok je la. I still can bare the pain.

Pukul 1 lebih cik abe sampai. Suruh dia solat zuhur dulu. Danial pun dah bangun. Danial nangis pulak time nak keluar. Sebab cik abe kelam kabut kemas barang nak pegi hospital (macam dia yang nak bersalin, kan). Layan Danial sekejap. Pastu terus gerak pegi HUKM.

Sampai HUKM, cik abe tanya nak drop terus kat Emergency O&;G ke?... fikir-fikir cam malu pulak. Tah ape tah fikiran malu. Jadi parking dulu pastu jalan kaki pegi sendiri O&G. hahaha. Cam tak emergency je. Sampai cakap la kitorang dengan UKMSC dengan Prof Dr. Hashim. Masuk wad biasa dulu. Nurse tu tanya rasa camane.. saya cakap 'contraction'. Anak pertama eh?.. eh tak anak kedua :)

Masuk tengok CTG. Dr oncall datang tengok dilation - arghh... check dilation... again?!
Hehe.. Contraction 10minit 3kali dengan dilation 3cm. Haha.

Pastu dah okay semua ditolak pegi ke labour room atas nasihat prof. Kitorang cakap nak try untuk normal delivery since baby okay, ngan dilation pun okay.

Duk labour room derang dah induce pakai IV. Try tak ambik apa-apa pain killer. Sakit takyah cakap la. Then sampai pukul 8pm, there is no sign of progress kat dilation. Contraction dengan heart beat baby dah cantik. Prof datang.. ting!

Pastu we opted for LSCS..yep. Second LSCS.. after went through discussions with the doctors, that will be the best option. So here we go.. my second major operation.

Nangis jugak la. Taktau sebab apa. Sebab takut kot.

Operation was much smoother compared to the 1st want I had at Hospital Pakar Annur. Prof was really calm and the anaest was a serious person.

At Saturday, December 8th 2012, 2135hrs.. our second baby boy was born (basically held by Prof).
He was 3.19kg and 49.5cm tall. Smaller than Danial. He looks like his father.


After staying at Wad Baldu for 2 nights, I was discharged and will continue my journey...


.....as a mother of two bright boys! (^____^)


May Allah eases their journeys, and bless their lives in here and afterlife. Amiin.

Wednesday, January 30, 2013

Baju kat rumah

Suka pakai baju yang macam dah lusuh-lusuh sikit. Pastu kalau ada koyak-koyak sikit lagi best sebab sejuk sikit. Tapi pastu dah kawen takkan nak pakai baju koyak-koyak depan laki kan. Kalau mintak sedekah dekat dia pakai baju tu dapat duit takpe jugak. Haha.

Pastu sejak mengandungkan danial dulu ada beli tshirt maternity kat Jusco. Ye jusco je, takkan baju dok rumah nak berH&Mkan. Sekali panas. Kain polyester.

Pastu dapat wahyu. Sebab perut dah besar, tade baju yg muat, pakai baju laki aku.

Pastu dia bising, sebab tshirt dia semua yang berjenama bagai yg aku pakai duduk kat rumah. Sekali dua dia bising dah hari-hari aku pakai dah tak larat dia bising.

Harini nampak baju Levi's dia warna putih. Memang sedap pakai... Sekali tadi tertumpah milo..............(=.=)

Bolehkan bibik narsi menghilangkan kesan milo bercampur nestum tersebut? Ahh harap-harap bisa....

Mintak-mintak dia tak baca blog aku. Kalau tak bole hilang kesan tu aku harus menghapuskan bukti.. Sorokkan je baju ni. Hahahaha tak sangka aku bijak (-_____-;)

Tuesday, January 29, 2013

Dilema

Dilemanya ialah nak kurangkan berat badan. Sekrang dapat kurangkan 22kg dari berat sebelum lahirkan haikal.

2 minggu lepas lahirkan haikal kena demam panas teruk sampai takde selera makan. Masa tu sakit hati sebab susu terus kurang. Dah mula salahkam diri sebab masa mengandung tak minum banyak soya. Was really down at that moment sampai bila tengok haikal nak susu terus nangis. Being my husband, who knows the good and the not so good part of me, cik abe terus keluarkan susu yang dibuat stok pastu bagi haikal. Huh, a life saver. Apsal la aku tak terfikir time tu.

Bila demam dah okay, makan pun okay, susu alhamdulillah kembali meriah. Lagi banyak bagi haikal, lagi banyak susu ada. Syukur sangat. Pastu dok baca pasal nak kurangkan badan masa tengah breastfeed.

Majoritinya, calorie intake tak boleh dikurangkan secara mendadak, lagipun dinasihatkan kalau nak cut down calorie intake, it is advisable after the baby reaches 6months plus. (=____=)
Maksudnya adakan aku akan membawa badan besar ini kemana -mana selama 2 tahun? *cemas*

Memang keutamaan adalan untuk nurses haikal sampai dia 2 tahun, sekarangpun danial adalah berkongsi hasil tenusu dengan adik dia. Tapi bila masuk zara, MNG ataupun kedai kain kim wah, aku nak jugak ambik 5 helai baju yang bersaiz xs atau s. Bolehla jugak cik abe bangga kan.

Ok tu je dilema. Dilema ni nak taip cepat-cepat sebab tak bestnya taip post pakai ipad dalam gelap sebab anak-anak dah tido.

Adakah aku (kejap aku kejap saya) akan mendapat saiz badan S semula? Hmm.. Tapi yang pastinya nak terus bf kan haikal and danial sampai derang 2 tahun. Semoga niat tu dipermudahkan. Tang kurus tu, kena banyak baca-baca lagi.......

Wednesday, January 23, 2013

Rushing

Both sons are sleeping.
Sempat la nak bukak blog kejap.. Ok son #2dah gerak-gerak..



Motherhood is seriously not a joke.
Especially when your family is expanding... And your streh mark becomes more obvious.




Kbai.