Wednesday, January 30, 2013

Baju kat rumah

Suka pakai baju yang macam dah lusuh-lusuh sikit. Pastu kalau ada koyak-koyak sikit lagi best sebab sejuk sikit. Tapi pastu dah kawen takkan nak pakai baju koyak-koyak depan laki kan. Kalau mintak sedekah dekat dia pakai baju tu dapat duit takpe jugak. Haha.

Pastu sejak mengandungkan danial dulu ada beli tshirt maternity kat Jusco. Ye jusco je, takkan baju dok rumah nak berH&Mkan. Sekali panas. Kain polyester.

Pastu dapat wahyu. Sebab perut dah besar, tade baju yg muat, pakai baju laki aku.

Pastu dia bising, sebab tshirt dia semua yang berjenama bagai yg aku pakai duduk kat rumah. Sekali dua dia bising dah hari-hari aku pakai dah tak larat dia bising.

Harini nampak baju Levi's dia warna putih. Memang sedap pakai... Sekali tadi tertumpah milo..............(=.=)

Bolehkan bibik narsi menghilangkan kesan milo bercampur nestum tersebut? Ahh harap-harap bisa....

Mintak-mintak dia tak baca blog aku. Kalau tak bole hilang kesan tu aku harus menghapuskan bukti.. Sorokkan je baju ni. Hahahaha tak sangka aku bijak (-_____-;)

Tuesday, January 29, 2013

Dilema

Dilemanya ialah nak kurangkan berat badan. Sekrang dapat kurangkan 22kg dari berat sebelum lahirkan haikal.

2 minggu lepas lahirkan haikal kena demam panas teruk sampai takde selera makan. Masa tu sakit hati sebab susu terus kurang. Dah mula salahkam diri sebab masa mengandung tak minum banyak soya. Was really down at that moment sampai bila tengok haikal nak susu terus nangis. Being my husband, who knows the good and the not so good part of me, cik abe terus keluarkan susu yang dibuat stok pastu bagi haikal. Huh, a life saver. Apsal la aku tak terfikir time tu.

Bila demam dah okay, makan pun okay, susu alhamdulillah kembali meriah. Lagi banyak bagi haikal, lagi banyak susu ada. Syukur sangat. Pastu dok baca pasal nak kurangkan badan masa tengah breastfeed.

Majoritinya, calorie intake tak boleh dikurangkan secara mendadak, lagipun dinasihatkan kalau nak cut down calorie intake, it is advisable after the baby reaches 6months plus. (=____=)
Maksudnya adakan aku akan membawa badan besar ini kemana -mana selama 2 tahun? *cemas*

Memang keutamaan adalan untuk nurses haikal sampai dia 2 tahun, sekarangpun danial adalah berkongsi hasil tenusu dengan adik dia. Tapi bila masuk zara, MNG ataupun kedai kain kim wah, aku nak jugak ambik 5 helai baju yang bersaiz xs atau s. Bolehla jugak cik abe bangga kan.

Ok tu je dilema. Dilema ni nak taip cepat-cepat sebab tak bestnya taip post pakai ipad dalam gelap sebab anak-anak dah tido.

Adakah aku (kejap aku kejap saya) akan mendapat saiz badan S semula? Hmm.. Tapi yang pastinya nak terus bf kan haikal and danial sampai derang 2 tahun. Semoga niat tu dipermudahkan. Tang kurus tu, kena banyak baca-baca lagi.......

Wednesday, January 23, 2013

Rushing

Both sons are sleeping.
Sempat la nak bukak blog kejap.. Ok son #2dah gerak-gerak..



Motherhood is seriously not a joke.
Especially when your family is expanding... And your streh mark becomes more obvious.




Kbai.