Wednesday, January 30, 2013

Baju kat rumah

Suka pakai baju yang macam dah lusuh-lusuh sikit. Pastu kalau ada koyak-koyak sikit lagi best sebab sejuk sikit. Tapi pastu dah kawen takkan nak pakai baju koyak-koyak depan laki kan. Kalau mintak sedekah dekat dia pakai baju tu dapat duit takpe jugak. Haha.

Pastu sejak mengandungkan danial dulu ada beli tshirt maternity kat Jusco. Ye jusco je, takkan baju dok rumah nak berH&Mkan. Sekali panas. Kain polyester.

Pastu dapat wahyu. Sebab perut dah besar, tade baju yg muat, pakai baju laki aku.

Pastu dia bising, sebab tshirt dia semua yang berjenama bagai yg aku pakai duduk kat rumah. Sekali dua dia bising dah hari-hari aku pakai dah tak larat dia bising.

Harini nampak baju Levi's dia warna putih. Memang sedap pakai... Sekali tadi tertumpah milo..............(=.=)

Bolehkan bibik narsi menghilangkan kesan milo bercampur nestum tersebut? Ahh harap-harap bisa....

Mintak-mintak dia tak baca blog aku. Kalau tak bole hilang kesan tu aku harus menghapuskan bukti.. Sorokkan je baju ni. Hahahaha tak sangka aku bijak (-_____-;)

No comments:

Post a Comment