Thursday, February 7, 2013

Kelahiran Haikal

It was that Friday, that I felt the contraction every now and then. But it wasn't obvious. Second baby, the confident level is quite certain. Haha.

The saturday morning, hubby went to work. Lepas subuh dah rasa sakit belakang dengan contraction yang kuat. But I was busy with Danial. Mandikan dia, bagi dia makan. Layan dia main, tido kan dia. Sampai la dia tido, pukul 11.00 pagi, whatsapp my officemate yang tengah dalam pantang anak ketiga. Tanya dia pasal contraction yang makin kuat. Sedar-sedar dah pukul 11.30. Mandi. Masa mandi tu mengetap-ngetap bibir jugakla tahan sakit. Pastu ada lauk udang galah masak lemak cili api, makan dulu la.. Nanti dalam pantang menyesal tak makan. Oh, sebelum tu dah msg cik abe, suruh dia balik. Dia kata dia habis keje pukul 12.. Boleh tunggu ke? Cakap ok je la. I still can bare the pain.

Pukul 1 lebih cik abe sampai. Suruh dia solat zuhur dulu. Danial pun dah bangun. Danial nangis pulak time nak keluar. Sebab cik abe kelam kabut kemas barang nak pegi hospital (macam dia yang nak bersalin, kan). Layan Danial sekejap. Pastu terus gerak pegi HUKM.

Sampai HUKM, cik abe tanya nak drop terus kat Emergency O&;G ke?... fikir-fikir cam malu pulak. Tah ape tah fikiran malu. Jadi parking dulu pastu jalan kaki pegi sendiri O&G. hahaha. Cam tak emergency je. Sampai cakap la kitorang dengan UKMSC dengan Prof Dr. Hashim. Masuk wad biasa dulu. Nurse tu tanya rasa camane.. saya cakap 'contraction'. Anak pertama eh?.. eh tak anak kedua :)

Masuk tengok CTG. Dr oncall datang tengok dilation - arghh... check dilation... again?!
Hehe.. Contraction 10minit 3kali dengan dilation 3cm. Haha.

Pastu dah okay semua ditolak pegi ke labour room atas nasihat prof. Kitorang cakap nak try untuk normal delivery since baby okay, ngan dilation pun okay.

Duk labour room derang dah induce pakai IV. Try tak ambik apa-apa pain killer. Sakit takyah cakap la. Then sampai pukul 8pm, there is no sign of progress kat dilation. Contraction dengan heart beat baby dah cantik. Prof datang.. ting!

Pastu we opted for LSCS..yep. Second LSCS.. after went through discussions with the doctors, that will be the best option. So here we go.. my second major operation.

Nangis jugak la. Taktau sebab apa. Sebab takut kot.

Operation was much smoother compared to the 1st want I had at Hospital Pakar Annur. Prof was really calm and the anaest was a serious person.

At Saturday, December 8th 2012, 2135hrs.. our second baby boy was born (basically held by Prof).
He was 3.19kg and 49.5cm tall. Smaller than Danial. He looks like his father.


After staying at Wad Baldu for 2 nights, I was discharged and will continue my journey...


.....as a mother of two bright boys! (^____^)


May Allah eases their journeys, and bless their lives in here and afterlife. Amiin.

No comments:

Post a Comment