Tuesday, May 28, 2013

Susu badan

Ok. Blog ni dah bertukar jadi dari cerita time saya bercinta sampai la anak dua orang. Jadi mengikut peredaran zaman, dan usia nak cerita pasal breastfeed.

Masa mengandungkan anak pertama, sy tengok kawan satu pejabat yg pam susu untuk ank dia. So dari situ sy blajar pasal susu badan semua. Beli pam, storage, travelling. Dengan ilmu yang tak seberapa tu alhamdulillah dapat susukan danial sampai setahun lebih. Fully breastfeed sampai 9bulan. Bulan ke 10 dah campur dengan susu tepung. Sebab pegi DPA, tak dapat nak direct feed danial selalu.

Pastu saya mengandung lagi. Waktu dah habis DPA, saya gigihkan jugak bagi danial direct feed dgn susu badan.
Pastu bersalin, sampai sekarang danial menyusu lagi. Tak tahu la bila nak berhenti.
Sebab bila dia nampak haikal susu, dia pun nak. Basically, bukan sebab nak sangat kot, tapi sebab jeles saya susukan haikal sambil pangku. Sebab haritu saya bagi dia susu masa dia duduk, dia kata pangku pangku (=..=)

Haikal is approaching 6 months dah.

Jadual pengepam kat ofis camni:

Sesi 1- 9.00 pagi
Sesi 2-1.00 tgh hari
Sesi 3-3.00 ptg
Sesi 4- 4.15 ptg

Tapi kekadang ke laut jugak. Sebab tengok masa keje dan keadaan. Saya masuk kerja pukul 7.30pg-4.30ptg.
Tu yg start pam awal. Kalau ter skip sesi 4, kat rumah sampai saya buat tandem.
Bagi susu kat haikal sebelah, sebelah lagi pam. Jadi tak membazir susu tu.

Saya start buat stok susu masa haikal 2 minggu. Tu pun tak konsisten. Sebab dgn badan sakit2 lagi, dengan danial waktu tu very demanding, jadi saya pam waktu malam.
Sebab haikal pkul 7.30 mlm dah tido saya tido sekali (masa pantang). Bila tido awal, pukul 2-3 pagi mesti terjaga. Waktu tu saya buat milo, tengok tv dan pam..
Dan.. Beli barang online! Haha. Tu la masa relax saya.

Pastu bila dah masuk 2bulan, saya buat stok. Bila haikal habis menyusu saya pam.
Buat camtu, sampai dapat kumpul stok.
Sampai harini, kalau cuti sabtu ahad, saya akan pam 2kali. Tu untuk bagitau badan "i need more milk for my baby"

Hmm nk cakap banyak pasal susu badan,
sy ckap berdasarkan pengalaman. Yela, anak baru 2 orang. Tak banyak sgt pengetahuan. Buat masa sekarang saya tak ambik apa-apa supplement untuk nak tambah susu.
Saya percaya pada makanan sebenar, minum air dgn kuantiti yang cukup dan positive thinking dan support.

Masa pantang saya kena demam panas. Teruk sangat sampai tak boleh bangunZ.
Waktu tu susu memang tetiba kering.
Baru saya faham kenapa orang kata takde susu, takde susu. Tapi alhamdulillah, saya masih boleh teruskan dengan breastfeeding. Saya makan benda2 ni:

1. Habatussauda
2. Lobak putih
3. Air, air, air

Saya tak tahu kalau-kalau kemudian mungkin saya pun kena makan supplement, bagus jugak supplement tu untuk badan mommy, supaya sihat. Bila badan sihat, kita pun boleh produce susu.

Tapi regardless, bagi saya, saya harap dengan menyusu badan, perkembangan anak-anak saya akan jadi lebih baik. Saya juga mahukan yang terbaik for both of my danials. Tapi saya pun tak cakap yang anak yang tak menyusu badan tak baik. It depends. Pada usaha dan rezeki masing2.

Harini dan semalam saya puasa ganti. Dah mengandung je setiap tahun, ada jugak termiss2. Alhamdulillah, bila pam susu still sama jugak. Tapi pagi tadi satu jag tembikai laici saya minum. Hehe.

Ada lagi 5 hari nak ganti. Ohhh susah jugak nak ganti puasa time orang lain tak puasa...... Tahun ni harap-harap dapat puasa penuh....... Heheheh



No comments:

Post a Comment