Sunday, June 16, 2013

Farm in the city

Kisahnya bila officemate cik abe bagitau dia bawak anaknya pegi petting zoo. Boleh pegang animals kat situ. Kitorang dah 3kali bawak dani pegi zoo. Jadi nak cari tempat baru.

Pastu ditambah harini tertengok rancangan kat tv1 pasal visit budak-budak ni pegi Farm in the City. Terus saya pun google. Loh, kat equine je tempat dia. Belakang giant seri kembangan tu. macam mana boleh taktau!

Sebab memang nak pegi kenduri anak lelaki kak sherry (tahniah kak!), terus ajak cik abe pegi situ. Dah siap save map dia kat waze.

Kalau dah sampai petronas seri kembangan tu, terus menghala ke pasar besar selangor tu, straight lagi sampai jumpa roundabout akan nampak signboard dia. Tapi kalau nak alamat penuh dia :

Farm In The City
Lot 40187–40788, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan, Selangor 43300
Company Website

Dekat dgn 'downtown'. Nk msk mmg nmpak mcm tak convincing sbb ada construction site. Si danial dah mencangkung tengok abang indo tengah buat welding (=..=)

Dah parking kat kawasan luas tu kena masuk and jln sikit ke dalam. Nak bawak stroller ok. Tapi bila masuk kat kawasan macam kitorang bawak peacock tu dah susah. Jadi sy nasihatkan bawakla baby carrier kalau ada anak baya haikal.

Saya pegi pukul 3ptg. Cuaca baik. Tak panas sangat, tak hujan. Sbb kitorang nak balik jln duta balik. Tp ada jual air kat dalam tu. Td nmpak promotion kalau naik poney ride dapat vitagen. Ok jugak.

Sebab mungkin orang ramai tak tau, jadi tak ramai orang. Masa mula-mula masuk macam jakun. Sebab tgk skunk yg tgh tido. Pastu cik abe g tanya. Boleh pegangkan? Terus pekerja dia ambik and suruh ktorang pangku. Best. Danial mula-mula takut, tapi dah tengok bapak dia yakin dia pun ok.

Paling best kat tempat rabbit dgn hamster. Tapi masa tempat tortoise tu bet jugak. Besau kura-kura dia. Terkejut makcik. Igt apa benda. Sebab kalau kat zoo blh tgk dr jauh, ni kita main lalu-laku je.
Ada sekor monkey ni kecik je. Comel. Tetiba lalu kat dani. Excited la dani.

Kat situ ada tempat tangkap ikan. Budak-budak tangkap pastu lepaskan balik. Banyak la animals dia. Puas hati. Jinak pulak tu. tu pun kitorang tak habis jalan. Sebab haikal dah ngantuk. Adik pun kemain nak ramas-ramas rabbit tu.
Tak sempat tengok banyak sangat, tapi kitorang akan datang balik nanti.

Admission adult yg ada ic RM30. Budak/budak bawah 3thn free. Bolehla google psl tiket ni, sbb masa cik abe bayar tiket sy tgh menahan dani dari keterjakunan beliau.

Pekerja dia pun friendly sgt. Nnt kitorang datang lagi. Org2 kat putrajaya yg ada anak kecik meh la dtg sini.
Tempat nak cuci tangan pun banyak kat dalam tu. siap ngn sabun :)














Tuesday, June 11, 2013

Surviving 6months with susu ibu

Setengah orang memang pandai organize kan susu yang dah diperah (EBM) ni. Saya balik keje nak terus ambik anak-anak, jadi saya letak mana dan je.

Susu yang kita dah pam dekat ofis tu bawak balik dan bekukan kat rumah. Kalau letak kat freezer yang mana suhunya pada -18 hingga -20degree celcius boleh tahan dari 3 hingga 6 bulan.
Walaupun nutrien nya akan berkurangan sebab kita dah bekukan dah ekspres, tapi ia dikatakan adalah lebih baik dari susu formula, jadi teruskan memberi susu anda. (Tetiba formal).

Kat bawah tu gambar yang saya ambik masa letak susu yang dah dibekukan. Sorry memang terabur. Haha. Pastu bila malam atau awal pagi saya dah letak kat chiller. Jadi dia akan mencair dengan sendirinya dalam suhu yang terkawal.

Masa nak bagi, bobo (panggilan kepada maid) akan tuang ke dalam botol susu, dan panaskan dengan air panas. Bukan didihkan dalam periuk, just rendam dalam air panas dengan manja-manja camtu. Suhu air panas tu dalam 40darjah celcius.

Nampak macam teknikal, tapi bobo boleh buat, anda pun pasti boleh.
Macam leceh bunyi nya, tapi benda yang baik memang susah sedikit. Tapi bayangkan kalau keluar, tak payah bawak botol-botol, dengan air panas atau air sejuk, hanya perlukan diri anda dan baby.

Perasaan ketika dapat susukan anak pun adalah pengalaman berharga. Dari derang baru lahir, sampai lah derang main lari-lari pastu datang mntak susu. Bila tengok adik dia tengah susu dia pun nak jugak. Jadilah anda kak limah. Ok tipu.

Sumber: google dan kelas PSI



Monday, June 10, 2013

Haikal's baby food

As haikal's 6 months old now, it's time for his first solid food. Excited.

Alhamdulillah for the opportunity I was given with breastfeeding him for the past 6 months. Purely mommy's milk.
Pat on the shoulder.

So his first solid food, is just the same ingredient I'd made for danial's.
Trying my best not to include instant food.

So they are basically:

1. Carrot and potatoes
2. Steam or boil til perfection
3. Blended til it turns to puree
4. Add water if its not that soft

1. Brocolli
2. Steam or boil
3. Pureed

Or just as simple as puree-ing bananas.
All that food comes without sugar nor salt.

Alhamdulillah, haikal is not that fussy about food.

Dah besar dah anak bujang mama..

Novel cinta

So my mother came home from work and told me "ibu beli buku tu, murah je. Nanti baca". I glanced and saw two novels with malay titles (I don't really read malay novels, ibu knows it)..

But then, taknak jadi anak derhaka. Start reading! Hahaha

Thursday, June 6, 2013

Dinner and pumping session

So I had to attend an official working dinner. What's not that great of having dinner at a five star hotel? A-hah. Not for the breastfeeding mothers. Especially when I'm using a spectra 3. I need to find a plug, somewhere. But thanks to the great musola at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.. I could continue my motherhood activity with ease. Mission accomplish! I wish every hotel could provide a comfy surau or musolla like this, to pray in this nice condition.



Saturday, June 1, 2013

Korean facial mask

Pernah tak dengar idioms ni "there are no ugly women, only lazy ones".
Saya mcam tergolong dalam golongan kedua. Sigh.

So I've been trying SKII mask. My verdict would be 4 out of 5 stars. But the bad part is they're pretty expensive.
Macam membazir la pulak kan.

Pastu tengok this one product from Korea. Packaging dia comel sangat. Dermatologist tested. Tambahan lagi packaging dia comel.
Ok yang tu kan dah cakap tadi.

So beli. Tunggu budak-budak tido pakai terus pakai waktu malam. Direction dia kata pakai sampai 10-20min. Tapi sebab leka pakai sampai 30min. Masa pakai pun dah rasa hydration dia. Bila bukak wah, kulit rasa lebih moist. Cam choc moist tu. ala nak kata saya gemok la kan. (Pehal sentap)

Setakat ni dah try yang aloesoothing sesuai untuk kulit kering dengan aquaringer. Memang berbaloi. Harga pun RM10 je per pc. So sesapa nak try memang recommended Leaders InSolution Leaders ni. Diorang ada macam-macam jenis mask for every skin type. Recommended mask ni pakai 2-3 times a week. Tapi saya pakai seminggu sekali je.

Sesuai untuk golongan lazy ones nak jaga kulit, tapi kesannya sama macam orang yang rajin.

Bijak bijak. Murah pulak tu. Berbaloi-baloi.