Sunday, June 16, 2013

Farm in the city

Kisahnya bila officemate cik abe bagitau dia bawak anaknya pegi petting zoo. Boleh pegang animals kat situ. Kitorang dah 3kali bawak dani pegi zoo. Jadi nak cari tempat baru.

Pastu ditambah harini tertengok rancangan kat tv1 pasal visit budak-budak ni pegi Farm in the City. Terus saya pun google. Loh, kat equine je tempat dia. Belakang giant seri kembangan tu. macam mana boleh taktau!

Sebab memang nak pegi kenduri anak lelaki kak sherry (tahniah kak!), terus ajak cik abe pegi situ. Dah siap save map dia kat waze.

Kalau dah sampai petronas seri kembangan tu, terus menghala ke pasar besar selangor tu, straight lagi sampai jumpa roundabout akan nampak signboard dia. Tapi kalau nak alamat penuh dia :

Farm In The City
Lot 40187–40788, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan, Selangor 43300
Company Website

Dekat dgn 'downtown'. Nk msk mmg nmpak mcm tak convincing sbb ada construction site. Si danial dah mencangkung tengok abang indo tengah buat welding (=..=)

Dah parking kat kawasan luas tu kena masuk and jln sikit ke dalam. Nak bawak stroller ok. Tapi bila masuk kat kawasan macam kitorang bawak peacock tu dah susah. Jadi sy nasihatkan bawakla baby carrier kalau ada anak baya haikal.

Saya pegi pukul 3ptg. Cuaca baik. Tak panas sangat, tak hujan. Sbb kitorang nak balik jln duta balik. Tp ada jual air kat dalam tu. Td nmpak promotion kalau naik poney ride dapat vitagen. Ok jugak.

Sebab mungkin orang ramai tak tau, jadi tak ramai orang. Masa mula-mula masuk macam jakun. Sebab tgk skunk yg tgh tido. Pastu cik abe g tanya. Boleh pegangkan? Terus pekerja dia ambik and suruh ktorang pangku. Best. Danial mula-mula takut, tapi dah tengok bapak dia yakin dia pun ok.

Paling best kat tempat rabbit dgn hamster. Tapi masa tempat tortoise tu bet jugak. Besau kura-kura dia. Terkejut makcik. Igt apa benda. Sebab kalau kat zoo blh tgk dr jauh, ni kita main lalu-laku je.
Ada sekor monkey ni kecik je. Comel. Tetiba lalu kat dani. Excited la dani.

Kat situ ada tempat tangkap ikan. Budak-budak tangkap pastu lepaskan balik. Banyak la animals dia. Puas hati. Jinak pulak tu. tu pun kitorang tak habis jalan. Sebab haikal dah ngantuk. Adik pun kemain nak ramas-ramas rabbit tu.
Tak sempat tengok banyak sangat, tapi kitorang akan datang balik nanti.

Admission adult yg ada ic RM30. Budak/budak bawah 3thn free. Bolehla google psl tiket ni, sbb masa cik abe bayar tiket sy tgh menahan dani dari keterjakunan beliau.

Pekerja dia pun friendly sgt. Nnt kitorang datang lagi. Org2 kat putrajaya yg ada anak kecik meh la dtg sini.
Tempat nak cuci tangan pun banyak kat dalam tu. siap ngn sabun :)














1 comment:

  1. kwn aku pon de ckp psl tpt ni..tp laki aku dgr rm30 sorg trus xmau. kedekut..sggp bwk gi zoo melaka

    ReplyDelete