Tuesday, June 11, 2013

Surviving 6months with susu ibu

Setengah orang memang pandai organize kan susu yang dah diperah (EBM) ni. Saya balik keje nak terus ambik anak-anak, jadi saya letak mana dan je.

Susu yang kita dah pam dekat ofis tu bawak balik dan bekukan kat rumah. Kalau letak kat freezer yang mana suhunya pada -18 hingga -20degree celcius boleh tahan dari 3 hingga 6 bulan.
Walaupun nutrien nya akan berkurangan sebab kita dah bekukan dah ekspres, tapi ia dikatakan adalah lebih baik dari susu formula, jadi teruskan memberi susu anda. (Tetiba formal).

Kat bawah tu gambar yang saya ambik masa letak susu yang dah dibekukan. Sorry memang terabur. Haha. Pastu bila malam atau awal pagi saya dah letak kat chiller. Jadi dia akan mencair dengan sendirinya dalam suhu yang terkawal.

Masa nak bagi, bobo (panggilan kepada maid) akan tuang ke dalam botol susu, dan panaskan dengan air panas. Bukan didihkan dalam periuk, just rendam dalam air panas dengan manja-manja camtu. Suhu air panas tu dalam 40darjah celcius.

Nampak macam teknikal, tapi bobo boleh buat, anda pun pasti boleh.
Macam leceh bunyi nya, tapi benda yang baik memang susah sedikit. Tapi bayangkan kalau keluar, tak payah bawak botol-botol, dengan air panas atau air sejuk, hanya perlukan diri anda dan baby.

Perasaan ketika dapat susukan anak pun adalah pengalaman berharga. Dari derang baru lahir, sampai lah derang main lari-lari pastu datang mntak susu. Bila tengok adik dia tengah susu dia pun nak jugak. Jadilah anda kak limah. Ok tipu.

Sumber: google dan kelas PSI



No comments:

Post a Comment