Monday, September 30, 2013

Luahan hati 2.0

Cabaran mak-mak yang bekerja sekarang semestinya ialah nak cari orang yang jaga anak waktu bekerja. Respect lah mak-mak yang ada degree berhenti kerja pastu jaga anak kat rumah. I envy you. Sebab aku pun harap dapat buat macam tu. Tapi for me, I need to work to be a better mom kot. Tapi still nak spend masa yang banyak dengan anak-anak.

Sekarang Danial dah 2tahun. Dia baru 2 tahun. Tapi orang ingat dia dah 4tahun. Baru nak pandai bergaduh. Dulu orang pukul dia, dia nangis cari mama. Sekarang ok la, boleh marah balik. 

Haikal dah berdiri sendiri. Currently we are waiting anxiously untuk tengok bila masa dia nak jalan. Harap-harap cepat dia jalan, supaya dapat kurangkan kejadian abang dia langgar dia dengan basikal. Huhuhu.

Adik sangat strongly attached dengan mama.
Kalau nampak mama bangun dia nangis. Kalau mama mandi dia nangis kat depan pintu bilik air. Sampai kalau aku pakai baju, dia duduk bergayut kat kaki nak mama. Adik setakat ni 100% susu mama. Abang dah jadi 20%, lagi 80% adalah susu friso gold step 3.

Haritu masa budak-budak ni tido dalam kereta, sempat la borak dengan F. Cakap kat dia, kalau takde budak-budak ni mesti kite dapat jalan-jalan, tengok wayang, makan-makan. Galak bersembang pastu dia sekejap, tapi sampai bila. Sampai bila nak tengok wayang je? Berjalan je? Jadi kitorang bersyukur sangat dianugerahkan dua orang anak ni. 

Time flies really fast. Bila tengok danial, terkesima jap, cepatnya masa berlalu. Rasa ingat lagi camane aktifnya dia dalam perut. Unlike haikal, bila naik kereta je baru dia aktif. Haha. Bila mandi-mandi nak sabun, pegang luka c-zer, dah 2 orang dah keluar ikut luka sejengkal tu.

Semoga kitorang dipermudahkan dalam nak besarkan anak-anak ni.
Semoga anak-anak mama jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.


      The Danials at JKids Paradigm Mall


No comments:

Post a Comment