Monday, September 23, 2013

Sindrom anak kedua

Ni nak kekalkan momentum entry haritu.

Masa tengok Danial main sorang-sorang, macam kesian anak aku ni takde kawan. So lahir la haikal.
Tapi sebab dua-dua jarak adalah dekat (selang setahun) dengan Danial nak attention, Haikal pun nak attention, kekadang cam risau tak dapat bagi kasih sayang tu sama rata. I love them so much. Tu memang 100%.

F tanya aku sayang Danial ke sayang Haikal? Boleh la dia tanya camtu. Mana ada jawapan yang tepat. Dua-duanya macam paru-paru dan jantung. Takde salah satu camana aku nak hidup?

Danial dah pandai cakap dengan respon orang tanya. Kadang-kadang orang ingat dia 3 tahun. Sebab badan besar. Tapi muka baby-baby, pipi pun londeh. Tambah seri dengan taik lalat di tepi bibir kiri.

Haikal pulak, pagi ni air mata berjujuran sebab nampak aku keluar pegi kerja. Nampak je mama dia pakai tudung dia dah nak melekat. Basah lengan baju harini sebab air mata dia. Hehe. Mama pun ternangis jugak sikit. Haha.

Orang kata anak kedua akan lagi lasak dari anak pertama. Mungkin betul. Macam budak-budak ni rapat. Jadi Haikal selalu ikut apa abang dia buat. Dia dah boleh panggil 'aabah' 'mama' at the age of 8months old. Clapping hands at the age of 6-7 months old. Sebab dia tengok Danial. Ni lately dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa.

Cubanye as time goes by, mungkin masa kitorang laki bini adalah limited. Alhamdulillah, anak-anak aku jenis yang tido malam. Pelik. Maknye insomnia, tapi anak-anak kuat tido. Haikal pukul 8.30 - 9 malam dia akan ngantuk. By 10pm sure lena. And tido sampai pagi. Danial sampai umur 2 tahun, by 10pm memang dah tido. Lately ni dah pandai ter stay up sampai 10.30pm. Tu pun sebab teman abah tengok bola.
Bila Haikal tido. Maknya tertido. Sebab Haikal breastfeed. Susu badan. Masa mula-mula dia menyusu tu maknya tepuk-tepuk, pastu main hp. Time tu nak stalk orang sana sini. Pastu last sekali tertido. Danial pulak kat depan main ngan abah. Cuma sesekali bila dia nak menyusu, atau nak tengok mama dia, dia masuk bilik sendiri. Jadi bilanya kitorang nak ada masa berdua? Time kat ofis. haha. Tu pun whatsapp atau message. Laki aku on the go siiiiiibuk je.

Tapi alhamdulillah jugak, F adalah orang yang ringan tulang nak tolong aku. Bab buat susu, basuh poo-poo, mandikan dua-dua haikal dengan Danial, kalau dia ada rumah, memang dia buat. Tapi tu pun sebab memang aku mintak tolong. Bagi dia involve jaga anak-anak dia. Dia sibuk dengan kerja. Hari-hari sampai rumah pukul 7.30malam. Pagi pukul 7 keluar. Sabtu kekadang kerja. Jadi memang dari Danial dulu, aku mintak tolong F buat benda yang aku rasa dia boleh handle. Sampai sekarang, dia boleh buat, even kalau aku takde. That is the guy who I married 3 years ago and the love of my life. Hehe.

Tu la cabaran kalau anak dekat-dekat. Nak berjalan pegi oversea ke apa ke, kene pikir banyak kali. Jadi last-last tengok je la gambar orang bercuti. Tapi Allah is fair. Kekadang kita tak dapat benda tu, tapi dia ganti dengan benda lain. Aku pun bersyukur dianugerahkan Danial Hamzah & Danial Haikal.
All praises to Allah.


No comments:

Post a Comment