Friday, December 26, 2014

It has been a great year!

Lama nya tak update kan. Kata nak jadi blogger. Whatevs sangat.

Bibik yang dalam gambar tu dah tade. Buat sakit hati je kalau cakap lagi.
Jadi keadaan sekarang adalah berada pada fasa ketiga kehamilan, dan dengan anak-anak bujang yang sedang membesar bagai johan. Tapi sekarang dua-dua tengah batuk dan selsema.

Rumah yang dibeli pada tahun lepas.. InsyaAllah akan diduduki tak lama lagi. Sekarang berada dalam tempoh fasa bergaduh nak design cemana. Selalu laki aku beralah je. Tapi ni dia pun nak bagi pendapat jugak. Wow sangat.

Setelah orang tua dalam gambar tu tak datang kerja ke Malaysia dah, kitorang huru hara jugak la. Ngan aku yang sarat ni. Budak-budak lagi. Lagi dok rumah parents lagi, cam segan pulak asyik susahkan mak ayah. Huhu.. Nasib diberi rezeki ada maid baru ni. Tolonglah Tuhan, bagi kami orang yang boleh bantu kami dalam membesarkan anak-anak kami. Amin.

Sekarang adalah 37minggu mengandung. Walaupun dah tau jantina, tapi kan lebih elok lepas bersalin nanti kitorang buat announcement ye. Doakanlah yang terbaik. Walaupun dulu cam nak ikut orang masa ngandungkan Haikal - nak sepasang, laki ngan perempuan. Tapi sekarang bila tengok Danial ngan Haikal main bersama rasa elok lah derang dua-dua lelaki. Macam aku dengan Aiman dulu, sian tak sehaluan macam Nina dengan Aisyah yang sama jantina.

InsyaAllah due adalah anytime soon. Dengan doktor yang sama keluarkan Haikal. Doakan selamat semuanya ya. Sekarang kitorang tengah susun balik kehidupan. Next year mungkin nak hantar Danial pegi sekolah separuh hari. Dah jumpa taska yang ajar Bahasa Mandarin. Anak-anak lelaki kan, mesti kena ada bahasa extra.. cam bapak dia.

Tahun ni dapat melancong ke sana ke mari. Berlandaskan kerja. Dapat la jejak kaki ke Cairo, Egypt. Tak pernah mimpi dapat tengok 7 wonders of the world tu. Alhamdulillah. Waktu tu sebenarnya dah pregnant pun. Tapi tak bagitau orang. Senang camtu. Sekarang mungkin kena hati-hati dengan apa yang kita share. Ada orang suka tengok kita suka, ada yang tak suka. Yang penting aku doakan semua orang dapat apa yang derang nak. (Pehal aku ni)

Tahun ni juga tak bawak family berjalan. Tu kebetulan mak ayah nak pergi ke Indonesia untuk kali kedua, minta cik abe bawak la Danial pegi sekali. Kesian dia tak berjalan. Dulu ingat setiap tahun nak bawak keluar negeri. Ni mak ko punya perut tengah pesat membangun, tak dapat bawak. Bukan main happy lagi dia.

Ok lagi beberapa hari nak masuk 2015. Lagi beberapa hari lagi pun nak bersalin, InsyaAllah. Doakan yang terbaik eh. Semoga tahun 2015 akan diberikan berkah kepada kami sekeluarga, dan diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan dalam membesarkan amanah yang diberikan Tuhan kepada kami.
Amin.


Selamat Tahun Baru 2015.
Terima kasih 2014.

No comments:

Post a Comment