Monday, December 29, 2014

Magnum Cafe IOI City Putrajaya

Sape suka aiskrim Magnum?
Krik krik

Apa lagi ada Cafe yang ada jual aiskrim ni dengan variasi perisa dan creation.
Cam best kan?

Jadi pergi la dua ibu mengandung ke IOi City Mall Putrajaya, walaupun kedua-dua ibu tersebut batuk berdekah-dekah.


Ni cafe dia. Dekat aras G. Berdekatan Information Counter. Untuk aiskrim sahaja harga dia RM9.90. Boleh pilih macam-macam treats atas aiskrim tu. Tapi tak boleh makan kat situ, dia macam to-go. 
Cafe dia cantik dan selesa. 

Menu hidangan dia.
Price range dia not so bad. Paling mahal pun kalau tak silap dalam RM70. Portion besar, boleh share. 


Sebab takut lapa nanti, order spaghetti crab meat ni. Yang ni RM28. Ada macam-macam menu selain aiskrim. Wagyu beef steak pun ada. 

Tu kitorang order. Ingat nak share. Tapi Aini punya main la tu. Fries tu dia letak almond, dipping sauce dia chocolate dengan ada spice sikit. RM15.

Pastu ingat nak order aiskrim dengan waffles, sekali tade. Pastu kitorang order apa tah nama dia, cam ada soft cookies dengan aiskrim 


Ni kalau share 4 orang pun okay kot. Harga dia kalau tak silap RM30.


Nampak tak lubang hidung kembang sebab tak sabar nak makan. Pastu makan tak habis. Hahaha. Tapi kalau order ni saja pun okay kot. 
Complimentary air masak. So not bad la. 

Ok.
Tekak muak. Pasni nak try dip dip tu pulak, alang-alang lagi beberapa hari nak bersalin ni. :)

3 comments:

  1. macam best sebab ramai orang share pasal magnum ni. nanti nak try pulak. heheh

    ReplyDelete
  2. Best kalau mmg suka aiskrim magnum. Portion besar mmg blh share

    ReplyDelete
  3. Dulu berangan nk gi indonesia semata2 nak rasa magnum cafe..tup2 da ade kt malaysia..hehe..portion die besar kan..semangat nk rs hihi

    ReplyDelete