Friday, January 2, 2015

Rumah kami

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun, harini kami dah dapat kunci rumah kami. Gedik tak kalau cam nak bagi nama rumah ni. Haha.


Umur 30tahun baru ada sebijik rumah.

Patutnya bersalin last week, tapi since tak jadi opt untuk czer dapatla ikut cik abe ambik kunci dengan buat inspection. Mungkin nanti boleh share camana cara beli rumah ni. Sebab dulu masa mula-mula beli blur sangat, baca blog orang jugak.

Rumah ni pun lari dari tarikh S&P awal siap. Sepatutnya bulan Sept 2014, tapi Dec 2014 baru siap. Kalau tarikh siap lambat ni, developer akan bagi kita LAD.
Macam denda untuk compensate kerugian kita sebab developer tak ikut agreement. Kitorang tau dapat ni ingat lambat lagi siap, dapat banyak sikit duit, sekali bulan Dec dah siap. Haha.

Ok. Ni gambar tadi snap sebab nak tengok soket lampu. Tapi tak sempat snap semua ruang sebab kontraktor dah datang sibuk borak pulak.

Fulusss pun tak banyak sangat.
Mungkin planning nak besarkan dapur, pasang lampu, gril, kitchen cabinet.
Plaster siling pun tanya yang L box tu sampai RM4,500. Urmm baik aku beli barang rumah dulu kot. 

Ok. Ni je rumah kami yang tak seberapa.
Bismillah.. 

Ruang tamu depan. Ruang ni untuk dry kitchen jugak. Tapi mungkin tak buat kot mini bar atau island. Dapur masak kat belakang tu. Yg belakang tingkap kecik tu. Tak ambik gambar.

Dalam banyak-banyak ruang, ruang sebelah pintu stor tu je yang dah ada idea nak letak apa. LOLs.

Ok siapa nak sponsor kitorang apa-apa boleh PM iols ok. :p

1 comment: